Akhir-akhir ini, media banyak menulis mengenai Hudud. Sedangkan ramai masyarakat Islam yang tidak tahu mengenai Hudud itu. Waima, penulis, pencetak mahupun para blogger yang banyak berceloteh mengenai Hudud itu sendiri tidak memahami apakah itu Hudud dan bagaimanakah perlaksanaannya.
Definasi Hudud
Hudud merupakan perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab, (juga disebut sebagai hadud, hudood, hadd, حد , pada zahirnya bermaksud "had", atau "sekatan") adalah perkataan yang sering digunakan dalam kesusasteraan Islam untuk batas tingkah laku yang diterima dan hukuman bagi jenayah yang serius. Dalam undang-undang Islam atau Syariah. Hudud biasanya merujuk kepada kelas hukuman yang ditetapkan untuk jenayah tertentu yang dianggap sebagai "Tuntutan Allah." Antaranya termasuk kecurian, zina, minum arak, dan murtad.
Kategori Hukuman Di Dalam Islam Dan Definasi Ringkas
1- Qisas - Bermakna tindak balas dan hukuman mengikut prinsip Al-Qur'an, "Nyawa Dibayar Nyawa".
2- Diyyat - Pampasan yang dibayar kepada waris mangsa (biasanya pembunuhan). Dalam Bahasa Arab, perkataan ini membawa makna wang darah (gantirugi dengan darah) dan penebusan diri.
3- Ta'zir - Hukuman, biasanya sebat, yang dijalankan mengikut budi bicara hakim Syar'ie
4- Hudud - Hukuman yang tetap.
4- Hudud - Hukuman yang tetap.
Kesalahan Yang Wajib Dikenakan Hukuman Hudud- Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
- Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
- Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
- Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
- Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
- Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
- Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
Hukuman Menurut Hukum HududHukuman yang digariskan oleh Allah berbeza-beza mengikut kepada kesalahan yang dilakukan. Umat Islam umumnya menerima hukuman yang tegas berbanding orang bukan Islam, orang yang bebas menerima hukuman yang tegas berbanding hamba, dan dalam kes zina, orang yang sudah berkahwin menerima hukuman yang tegas berbanding orang yang belum berkahwin.
Secara ringkasnya, hukuman termasuklah:
Hukuman Mati - Menggunakan pedang bagi rompakan dengan membunuh, rejam bagi penzina jika pesalah sudah baligh dan beragama Islam, yang sudah berkahwin.
Pemotongan Tangan atau Kaki - Untuk kecurian dan rompakan tanpa membunuh.
Sebat dengan beberapa sebatan - Untuk minum 'arak, zina jikamana pesalah belum berkahwin atau bukan beragama Islam, dan tuduhan-tuduhan palsu zina.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Demikian penerangan mengenai hukuman Hudud, yang dicanang oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semenjak kesekian tahun dahulu, juga baru-baru ini, yang mana telah membawa satu arus perubahan di dalam modal politik di Malaysia.
Yang Berhormat Saudara Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS |
Setelah menghangatkan angin-angin media massa dengan isu Mat Indera & Pejuang Bukit Kepong baru-baru ini, Mat Sabu sekali lagi menimbulkan rasa tidak senang duduk dikalangan pemimpin-pemimpin politik kerajaan UMNO, MCA dan MIC, juga dua saing-nya dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP.
Beliau menegaskan bahawa seandainya Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya sekaligus menaiki takhta kerajaan Malaysia, hukum Hudud bakal dilaksanakan serta-merta bagi menggantikan akta jenayah sedia-ada dalam Perlembagaan Malaysia didalam usaha mereka menangani jenayah.
Kata-kata beliau dibantah dan ditentang sekeras-kerasnya oleh sekutu beliau, Yang Berhormat (YB) Karpal Singh yang menempelak YB Mat Sabu kerana menimbulkan isu Hudud yang ditolak mentah oleh DAP sejak sekian lamanya.
Tetapi cakap-cakap di dalam UMNO lain pula bunyinya. Ada di antara pemimpin UMNO yang mengutuk YB Mat Sabu kerana dikatakan cuba untuk mengalihkan perhatian terhadap isu Komunis yang membelenggu dirinya sekaligus menolak hukuman Hudud dijalankan di Malaysia. Manakala wujud satu kelompok lagi yang berpendirian atas pagar, dimana mereka ini mempunyai hasrat untuk menyokong pendekatan Hudud tersebut oleh PAS tetapi ragu-ragu dan bimbang oleh sokongan sekutu-sekutu mereka di dalam Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada pemimpin bukan Islam, yang secara tidak langsung berpendirian sama dengan DAP menolak Hudud.
Bagaimana pula dengan PKR? Dari presidennya, sehingga ke penasihatnya, mereka mengambil pendirian dengan berdiam diri tanpa mengulas lanjut mengenai kenyataan Hudud tersebut kerana PKR jelas berada di ambang genting sama seperti UMNO, mereka serba tak keruan untuk memilih DAP ataupun PAS. Jalan terbaik, dengan mengatakan Hudud bukan dari 'mulut' PKR, sebaliknya merupakan impian PAS, maka biarlah PAS yang menyelesaikan isu tersebut.
Akhirnya, pihak UMNO juga yang dipersalahkan kerana dituduh menyebarkan berita-berita fitnah dan cuba untuk melaga-lagakan PAS-PKR-DAP yang tampak berantakan kebelakangan ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi Dragonizer, isu Hudud ini tidak patut dipolitikkan oleh semua pihak. Ini kerana jelas sudah tertulis dan terbukti bahawa hukuman Hudud tersebut merupakan hukuman yang dituntut oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan kesalahan. Aman dan harmoninya sesebuah negara itu adalah yang menjalankan pemerintahan berlandaskan Syari'at Islam yang telah ditetapkan oleh Allah.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed |
Semalam, Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa hukuman Hudud sememangnya boleh dijalankan di Malaysia, malangnya terdapat kekangan dari segi keadilan didalam menjalankan hukuman tersebut. Beliau memberi contoh, "terdapat dua pencuri, yang terdiri daripada seorang Islam dan bukan Islam. Si pencuri Islam itu sudah pasti dipotong tangan jika didapati bersalah, tetapi si pencuri bukan Islam itu hanya dikenakan sebatan. Adakah adil bagi si pencuri Islam kerana jenayah tersebut dilakukan bersama-sama si pencuri bukan Islam".
Nilaikanlah sebernas mungkin mengenai isu Hudud ini jika mahu dilaksanakan di Malaysia. Ini kerana Dragonizer bukanlah seorang pemikir mahupun cerdik-pandai didalam hukum-hakam agama Islam. Tetapi sebagai seorang Islam, Dragonizer menjunjung Al-Qur'an dan menyokong undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah buat hamba-Nya, kerana 'Allah Maha Mengetahui'.
Mursyidul Am PAS, Yang Berbahagia Tuan Guru Datuk Seri Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Bercakap kepada pemberita semalam, Tuan Guru menegaskan bahawa pintu perdamaian diantara PAS-UMNO tidak pernah tertutup rapat malah tidak akan ditutup untuk selamanya. Menurut beliau, PAS sememangnya boleh berdamai dengan UMNO seandainya pemimpin-pemimpin UMNO berubah kepada Islamik daripada Nasionalis, sekaligus mencorakkan pemerintahan negara dengan penuh Islamik.
"Wallahu A'alam"
++
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment