Kemelut yang membelenggu Kerajaan Negeri Selangor dan JAIS kini telah selesai setelah Sultan Selangor bertitah. |
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, bahawa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah tindakan yang betul dan tidak menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri ini.
Baginda bertitah, tindakan tersebut adalah selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.
Titah baginda lagi, merujuk kepada siasatan JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.
“Oleh itu setelah meneliti dengan mendalam laporan JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, Beta menitahkan JAIS memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan kepada media siang tadi.
Baginda juga melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.
Justeru, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS agar memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu.
DAULAT TUANKU!!! |
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment