Mengulas mengenai tajuk artikel, saya merasa terpanggil untuk membangkit isu ini. Akhir-akhir ini, lambakan video kutuk-mengutuk sesama parti politik di laman sesawang popular semakin menjadi-jadi.
Hal ini tampak remeh malah sesetengahnya mengatakan tidak perlu untuk dijeritkan isu sebegini. Cuma saya agak kesal kerana kemudahan yang disediakan oleh laman media video tersebut telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak tahu menilai sensitiviti agama dan budaya.
Berkata mengenai video kotor berunsurkan kutuk-mengutuk, saya highlighted dua video disini. Video pertama merupakan video rakaman Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib sewaktu sidang Perhimpunan Agong UMNO 2009 yang lalu. Manakala video kedua pula adalah video ceramah perdana yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PKR, YB Saudara Azmin Ali.
Sejujurnya, saya tergelak tatkala menonton video berkenaan oleh kekreatifan si pengepos yang mengedit perbahasan kedua-dua ahli politik tersebut, dengan menjadikan kata-kata yang keluar dari mulut mereka merupakan kata-kata kesat.
Waima 10 kali pun saya menonton video-video berkenaan, saya pasti akan tersenyum menahan ketawa dengan 'kelancangan' kata-kata kedua-dua pemimpin itu.
Mari kita lihat video yang telah disunting oleh pemuat naik tersebut beserta dialognya :
"YAB DATUK SERI MOHD NAJIB DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009"
"Saudara-saudari, pujangga mengatakan pucuk pimpinan UMNO telah melancarkan perang melalui tragedi 13 Mei 1969. Bukankah kepimpinan UMNO memang ternyata, parti inilah yang dilihat sebagai sebuah parti yang berterusan berada dalam penafian.".
"Pandai!... UMNO juga akan menjadi *BANGAN, pemimpin UMNO kini initis dan ter*BABI dari dakapan rakyat. UMNO adalah parti *BABI! Insaflah..".
"UMNO itu parti yang lahir dari semangat mem*BABI!. Insaflah.. Kita tidak mahu melihat wujudnya sebarang *BABI!. Insaflah.. Saudara semua adalah *BABI!. Pemuda memang terkenal kerana selama ini berada dalam barisan hadapan *BABI!.".
"Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi *BABI! kepada era kestabilan *BABI! dan seterusnya memberi kepimpinan yang komited dalam menyokong *BABI!. Insaflah.. Generasi muda kepimpinan juga mesti menjadi pemuka pada penggunaan teknologi sebagai senjata politik. Barulah kita boleh mengakui sebagai parti yang mewakili bisikan *BABI!.".
"Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih *BABI!. Telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan *BABI! oleh lebih ramai *BABI!. Inilah jalan *BABI! yang dapat membendung masalah *BABI! dan politik *BABI!.".
"Apabila rakyat sudah berpaut dengan *politik wang, barulah UMNO akan kembali menjadi perkasa.".
"Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli UMNO menjiwai kelazatan *politik wang dan *salah guna kuasa. Dalam hal ini, janganlah kerana marahkan nyamuk *wang dibakar.".
"Suka saya menyeru *politik wang dan UMNO tidak dapat dipisahkan. Bagai *BABI! dengan tebing.".
----------------- ----------------- + ----------------- -----------------
Video ucapan YAB perdana menteri itu telah ditukar setiap rangkap kata-kata dan diselitkan dengan perkataan yang mencarut, dimana, pada pandangan saya hal ini bakal mencetuskan kekeliruan yang besar dan persepsi buruk oleh rakyat terhadap keperibadian pemimpin tersebut.
Meskipun ramai sedia maklum bahawa video itu merupakan video *edit dan hanya berniat gurauan, bagaimana dengan mereka yang berfikiran kolot ataupun kurang matang dalam teknologi? Sudah pasti mereka mengganggap ucapan perdana menteri itu adalah benar dan bertujuan menghina. Inilah yang perlu umum tekankan!!.
Mengulas video di atas, yang telah diubahsuai oleh Malaysianews (melihat transisi awal video) dan dimuat naik oleh nafahmi87 pada Mac 29, 2009, saya merasakan bahawa ia merupakan satu tindakan nakal penyokong pembangkang mahu menyakat penyokong UMNO. Hasilnya, beribu-ribu komen dihantar terhadap video berkenaan, sama ada menyokong juga yang membantah dengan kata-kata kesat.
Dua tahun berlalu, sejak video berkenaan dimuat naik pada 2009, kini muncul pula satu video baru yang membangkitkan perkataan yang sama, iaitu *BABI!. Namun, ucapan tersebut datangnya daripada pemimpin pembangkang sendiri, iaitu Timbalan Presiden PKR, YB Saudara Azmin Ali.
Jom kita lihat bagaimana pula ucapan dia ini yang telah diedit :
"YB SAUDARA AZMIN ALI DALAM CERAMAH PERDANA DI SARAWAK"
"Dan yang paling menyentuh perasaan saya ialah *BABI!."."Inilah yang ditakuti, Anwar Ibrahim *BABI!. Saya yakin Anwar Ibrahim *BABI!. Betul atau tidak?? (betulllll-sahut penonton)".
"*Kepala Bapak kamu!. Cakap!. Anwar Ibrahim *BABI!. Cakap!. Anwar Ibrahim *BABI!. Setuju atau tidak?? (setujuuu-sahut penonton lagi). Anwar Ibrahim *BABI!.".
"Saya nak bercakap, orang Melayu tak dengar. Anwar Ibrahim *sudah melampau. Cakap!. Anwar Ibrahim *Kepala Bapak kamu!. Anwar Ibrahim *haram jadah!.".
----------------- ----------------- + ----------------- -----------------
Video ucapan tersebut pula diubahsuai dan dimuat naik oleh Pemuda UMNO melalui laman ikrarpemuda pada Mei 3, 2011 yang lalu.
Saya tidaklah menyokong tindakan mereka memuat naik video berkenaan, tetapi kewajarannya untuk mereka berbuat demikian harus difikirkan bersama. Mengapa?
Terdapat beberapa komen yang menggeletek hati saya. Komen tersebut, pada pandangan saya, ada betulnya. Berikut merupakan komen dari penonton video tersebut di laman sesawang berkenaan,
"Alahai orang2 pembangkang nie..kitorg orang2 UMNO amik tabiat edit mengedit nie sumer dr korang la..PAKATAN RAKYAT yang ajar org2 Malaysia buat bende2 mcm nie..skrg bile kene idong sndiri..marah plak?? jangan main bangsat la brader..lawan care anak jantan la..jgn ckp media UMNO murah la..fitnah nie..nie sume makanan korang dulu2..takkn tk ingt kot?? skrg nie tiba masa org UMNO plak nk layan..hahahahaha..,payback is a bitch kan? go die la PAKATAN HARAM DAPPASPKR laknat! ".
Fikirkanlah....!...
Pesanan saya, sebagai orang yang pernah memihak kepada kerajaan suatu ketika, kemudiannya berpaling kepada pembangkang kerana inginkan perubahan dari segi pimpinan rasuah, namun hilang kepercayaan kini, dan menjadi bebas, "IKHLASKAN PERJUANGAN DAN PERJALANAN ANDA DALAM KARIER POLITIK. KERANA POLITIK MELIBATKAN NEGARA, NEGARA MELIBATKAN RAKYAT, RAKYAT MELIBATKAN KELUARGA, KELUARGA MELIBATKAN AMANAH, AMANAH DATANGNYA DARI ALLAH, ALLAH ADALAH TUHAN YANG MENCIPTA DAN YANG MAHA BERKUASA, JANGANLAH SAMPAI ALLAH ITU MENURUNKAN BALA PADA KEBODOHAN PEMIMPIN, DAN DISOKONG SECARA MEMBABI-BUTA OLEH RAKYAT, SETERUSNYA MEMBUAT KELUARGA KITA TERSEKSA, DI NEGARA SENDIRI!...".
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment