Thursday, August 11, 2016

Pak Piee Meninggal Dunia

BALIK PULAU - Pelakon dan pelawak komedi, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Piee meninggal dunia di kediaman anak perempuannya di Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

Berita mengenai kematian beliau disahkan oleh rakan karibnya, Omar M Hashim atau Omara kepada media sebentar tadi.

Omara berkata, dia dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Piee daripada anak arwah sendiri menerusi panggilan telefon.

"Anak Allahyarham beritahu yang bapanya baru meninggal dunia 10 minit tadi dan kini sedang sibuk menguruskan jenazah," katanya kepada media.

Friday, April 8, 2016

AL-FATIHAH | MR. OS MENINGGAL DUNIA



PELAWAK veteran terkenal, Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, atau lebih dikenali sebagai Mr Os meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih tersebut dikongsikan anak perempuan Allahyarham, Husna Yusof melalui kemas kini status di laman sosial Facebooknya hari ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Gombak bagi menjalani urusan pengebumian.

“Assalamualaikum dan salam jumaat. Abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr.Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak al-Fatihah,” tulisnya.
Seorang lagi anak Allahyarham, Nor Haryatie turut berkongsi berita sedih itu.

"Perginya seorang seniman Mohd Yusof Bin Abdul Hamid @ Mr. Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik di usianya 55 tahun.

"Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan abah di kalangan orang-orang yang beriman.
"Kita jumpa di sana abah. Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi," katanya.

Arwah Os ketika dirawat di Hospital Selayang.

Sebelum ini, pelawak veteran tersebut pernah dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan tonsil dan dibenarkan pulang selepas itu.









******* Sumber :- Sinar Harian Online (08-04-2016)

Thursday, March 31, 2016

JALAN JALAN KE PATTAYA & BANGKOK - HARI 1













Hai semua.








Aku nak share sikit pasal itinerary kitorang masa kat Pattaya & Bangkok. Kali ni kitorang pergi travel berempat, Aku-Omar-Feeze-Akeer, ala bagpackers tanpa ada proper planning atau ambik mana-mana pakej kat website. Kiranya, kitorang pergi ni, ala koboi laaa. Hahahaha.








27 Mac 2016








10.00AM- Hari ni Omar kerja halfday. So, aku kena rushing beli makanan Omey (kucing kitorang) kat kedai pets, then hantar Feeze balik Bandar Sri Permaisuri (sebab malam tu Feeze tido umah kitorang). Kitorang kena rushing sebab boarding time pukul 1.35pm, so Feeze ngan Akeer akan tunggu kitorang kat KLiA2 je nanti.








11.30PM- Aku siap-siap semua beg, terus rushing naik teksi, pegi LRT Wangsa Maju. Dari situ, aku gerak gi stesen LRT Masjid Jamek, then Omar amek aku kat situ, terus rushing pegi UTC Puduraya, nak pos dokumen pasal kereta Omar kat Pejabat Pos.








12.25PM- Kitorang park motor kat KL Sentral, terus berlari beli tiket bas ke KLiA2. Aku betul-betul takut tak sempat kejar flight tu. Dalam bas tu, aku asyik membebel je kat Omar sebab dah lambat. Hahahaha! Nasib baik driver bas tu bawak laju.






Skybus ke KLiA2 dari KL Sentral (RM11.00 Sehala)





01.20PM- Aku ngan Omar sampai kat KLiA2, kitorang terus cepat-cepat masuk dalam, carik gate number flight kitorang ke Utapao Rayong-Pattaya International Airport. Nampak je kat board tu tunjuk P07, aku terus masuk, scan passport & check imigresen, cepat-cepat pegi kat gate tu.






01.55PM- Kitorang empat orang, guest terakhir masuk flight. Aku punya tarik nafas lega, tak payah cakap laaa kan. Aku punya seat sebelah Omar (12A & 12B), Feeze pulak dapat sebelah Akeer (10A & 10B). Flight kitorang depart dari KLiA2 tepat pukul 2.25pm.






03.00PM- Masa dalam flight, boleh pulak Omar lapar tetiba. Terus dia order 'Nasi Lemak Pak Nasser' ngan 'Air Coke'. Apa lagi, kitorang pun bantai la melantak, kongsi sama-sama. Hehehe...







Nasi Lemak Pak Nasser ( Set RM16.00)




03.35PM- Waktu Pattaya satu jam lambat dari waktu Malaysia. Alhamdulillah, flight kitorang selamat sampai kat Utapao Rayong-Pattaya International Airport. Actually, airport situ still dalam construction, sebab airport yang sedia ada tu dulu airport military.




Feeder Bus kat airport Pattaya yang angkut kitorang dari flight ke entrance airport.










04.25PM- Lama giler kitorang beratur kat imigresen tu. Benda yang kelakarnya, passport Omar aku pegang, tapi aku terlupa aku simpan dalam beg. Punya la menggelabah, sampai panggil Airasia service cakap passport dia tertinggal kat seat dalam flight. Sekali geledah balik bagpack aku tu, terletak elok je passport dia dalam Samsung Tab aku. Hahahahaha!..






Lepas je keluar dari airport, macam biasa la, ada 'mak ayam' tengah tunggu kat sambil pekik 'transport to Pattaya naaa..??'. Aku ingat Omar dah ambik transport, rupanya belum. So, kitorang terpaksa la tawar-tawar harga mini bas kat airport tu. Mula-mula diorang mintak BH250 sorang, lepas tawar-tawar, dapat la kurang jadi BH200 sorang. Mintak BH180 sorang, diorang tak bagi. So, next destinasi, Welcome Marina Jomtien Hotel, Jomtien Beach.




Utapao Rayong-Pattaya International Airport




Tempat kitorang beli tiket minibas ke Jomtien


05.00PM- Kitorang still dalam mini bas. Jalan jem giler waktu tu. Kalau ikut info yang kitorang baca, jarak dari airport ke Jomtien Beach lebih kurang 50minit je. Sekali kitorang duduk dalam mini bas tu dekat sejam lebih. Dalam mini bas tu cuma ada kitoang 4 orang, 2 orang mamat Australia ngn sorang Filipino. Punya la rancak sorang mamat Aussie tu boring ngan mamat Pinoy tu pasal Penang la, Bangkok la, Australia la, senang citer, dalam perjalanan tu, suara diorang je la yang penuh tak berhenti. Hahaha!..




06.15PM- Mini bas tu berhenti betul-betul kat depan pintu hotel. Tapi kitorang terkejut sangat sebab hotel yang kitorang booked tu, takde la grand sangat macam depan mata kitorang tu. Tak sempat nak panggil balik minibas tu, dah blah daaa. Rupanya, yang kat depan kitorang tu bukannya Welcome Marina Jomtien Hotel, tapi Welcome Jomtien Beach Hotel. Omar kemain marah kat aku, sebab aku yang turun dulu dari minibas. Tapi, bila aku tengok balik alamat hotel kitorang tu, rasanya macam tak jauh dah. Aku pun suruh la diorang semua jalan ke depan sikit, sebab dah nampak laut depan tu.


Carik punya carik, tengok nombor alamat dalam Tab aku, last-last jumpa jugak. Hahahaha! Misi pertama, berjaya sampai ke hotel!. Alhamdulillah.


Welcome Jomtien Beach Hotel, grand giler! Tak mampu aku!.
















Welcome Marina Jomtien Hotel yang kitorang booked tu. Biasa jer.

06.25PM- Kitorang check-in kat situ, murah giler. Omar booking online, dapat harga BH700 sebilik. Kongsi 4 orang, sorang baru BH175 (RM20 jer).. Lepas settle bayar semua, dapat kunci bilik, kitorang terus shoot masuk bilik. Benda first kitorang buat, TIDUR!! Hahahaha!. Sebab lesu, so amek peluang rehat badan kejap.

08.10PM- Kitorang siap-siap nak keluar balik. Omar plan, malam tu kitorang gi Walking Street Pattaya kat area town. So, kitorang pun keluar sebab nak makan sekali, masing-masing kelaparan. Dari Jomtien Beach tu, kitorang naik 'songthaew', teksi tradisional kat area Thailand. Murah giler, kena bayar BH10 jer sekali naik. Dari Jomtien Beach tu sampai Pekan Pattaya, lebih kurang setengah jam laaa.

Songthaew kat Pattaya, BH10 jer sekali naik.

Walking Street Pattaya memang havoc waktu malam. (18sx++).


Penuh sesak umat manusia kat Walking Street Pattaya tu

09.00PM- Kitorang berjalan dari jalan besar gi kat Walking Street, tak jauh pun. Kat situ, popular tempat-tempat macam disco, casino & yang sewaktu dengannya laaa. Senang cerita, faham kan je makna pepatah ni, 'Good Guy Go To Heaven, Bad Guy Go To Pattaya'...

Kat situ gak, kitorang yang kelaparan ni, singgah 7E, nak alas perut katanya. Beli la 'jajan-jajan' buat kudap ngan air. Lepas tu, kitorang jalan depan sikit, terjumpa gerai jual 'Somtam' & makanan goreng kat tengah-tengah lorong Walking Street tu. Si Feeze terus order 'Som Tum' bila tau takde pork. Pastu kitorang order pulak 'Pad Thai Chicken', aku kongsi ngan Omar, Feeze kongsi ngan Akeer. Boleh tahan jugak la kenyangnya. Sedap tu jangan cakap la, Thailand kot, memang sedap laaa cerita dia...

Chicken Pad Thai Walking Street Pattaya (BH60)


Som Tum Walking Street Pattaya (BH50)


10.30PM- Lepas masing-masing kekenyangan, kitorang terus jalan lagi sampai hujung Walking Street tu kat area Boat Jetty. Kitorang lepak-lepak kejap kat situ, tengok kesesakan yang melanda, dengan lampu-lampu bot kat jeti tu, okay laaaa..

Dari situ, kitorang boleh nampak sign Pattaya City berlampu.



11.05PM- Kitorang pun patah balik, kat tempat kitorang turun 'Songthaew' tadi. Sambil-sambil tu, kitorang cuci laa mata tengok kiri kanan, permandangan yang takkan ada kat Kuala Lumpur. Hehehehehe..

Sweet corn kat Pattaya (BH20)


On the way nak tunggu 'songthaew' kat Pekan Pattaya tu, aku sempat sambar secawan sweet corn. Rasa sama je, dah nama pun jagung kaaan. Then bila songthaew kat situ dah nak gerak, kitorang pun cepat-cepat naik, gerak balik ke Jomtien Beach. Nak balik hotel, nak tidur sebab in planning besok kitorang nak ke Bangkok.. Excited!!! Hahahaha..

Bilik kitorang yang murah tu


11.40PM- Kena tekan loceng untuk berhenti! Hahahaha. Bayar sorang BH10, then kitorang pun chaooo la dari 'songthaew' tu. Aku singgah kejap kat 7E depan hotel kitorang beli air. Malam-malam panas kat Pattaya. Then lepas naik hotel, kitorang pun siap-siap mandi semua, then terus tidur..

Saper kata tidur?? Online jer manjanggg, sebab ada wifi free***..


***********************************************************************************
 ***TAMAT TRAVEL KITORANG HARI PERTAMA***































Sunday, January 31, 2016

LRT 3 : BANDAR UTAMA - KLANG




Pada 2013, Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan sebuah projek mega bagi membina satu laluan Tren Rel Ringan (LRT) dari Bandar Utama hingga ke Johan Setia (Klang). Kini, projek tersebut telah pun diluluskan dalam Bajet 2016.

Pembinaan laluan tersebut dijangka bermula pada suku pertama tahun 2016 dengan  jangkaan tarikh siap pada suku pertama tahun 2020. Laluan tersebut dijadual memulakan operasi pada 31 Ogos 2020, akan menghubungkan Bandar Utama, Damansara dan Johan Setia, Klang.







Gambar Rajah Perjalanan LRT 3 Dari Bandar Utama Ke Klang








Gambar Rajah Petunjuk Laluan Pengangkutan Rel di Lembah Klang

Sebanyak 25 stesen dirancang, dengan cadangan sub-jarak 2 kilometer setiap stesen. Terdapat 1 stesen bawah tanah di laluan ini, dengan 24 yang lain adalah stesen bertingkat, dan daripada jumlah itu, 10 stesen dijangka mempunyai kemudahan Park-And-Ride (Sistem Parkir Bertingkat).

Laluan LRT3 akan menampilkan beberapa Stesen Bersepadu Integrasi berbayar yang bersambung dengan beberapa laluan integrasi yang lain. Stesen pertukaran integrasi yang dirancang adalah Stesen Bandar Utama - MRT SBK Bandar Utama (250 meter jarak), Stesen Glenmarie - LRT KJ Glenmarie (100 meter jarak), Stesen Klang - KTM Klang (450 meter jarak) dan dua stesen (SIRIM dan Stadium Shah Alam) di laluan BRT KL-Klang (Dalam Pembinaan).




S01Bandar Utama
S02Damansara Utama 9 
S03Tropicana Car parking
S04Lien Hoe
S05Dataran Prima Car parking
Lembah Subang
Ara Damansara
S06Persada PLUS
S07Glenmarie Car parking
 5 
S08Temasya Glenmarie
S09HICOM-Glenmarie
S10Stadium Shah Alam Car parking
S11Persiaran Hisamuddin
S12Section 14
S13SIRIM Aiga bus on red circle.svg
S14UiTM
S15i-City Car parking
S16Bukit Raja
S17Kawasan 17 Car parking
S18Jalan Meru
S19Klang Car parking Aiga bus on red circle.svg 2 
S20Taman Selatan
S21Sri Andalas Car parking
S22TESCO Bukit Tinggi
S23AEON Bukit Tinggi Car parking
S24Bandar Botanik
Johan Setia Depot
S25Johan SetiaCar parking



Laluan LRT3 dijangka menjadi pengangkutan pilihan bagi kira-kira dua juta penduduk di Lembah Klang, membawa kira-kira 70,000 penumpang setiap hari dengan masa perjalanan awal-ke-akhir selama 51 minit. Ujian larian pertama akan bermula selepas projek itu selesai pada suku tahun pertama  tahun 2020. 

LRT 3 menghubungkan 2 pusat membeli belah, iaitu TESCO Bukit Tinggi dan AEON Bukit Tinggi di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

LRT 3 akan dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk Kawalan Komunikasi Berasaskan Keretapi (CBTC), Kawalan Keretapi Automatik (ATC), Sistem Paparan Maklumat Penumpang (PID), Sistem Perlindungan Kebakaran dan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV).

LRT3 akan mempunyai kelajuan operasi maksimum 70 km/j (17% lebih cepat daripada Laluan Kelana Jaya) dengan kapasiti membawa 12,240 penumpang sejam sehala.