JUARA, Baharuddin membuktikan walaupun sudah berusia 59 tahun, dia mampu menewaskan peserta lebih muda dalam pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011. |
WALAUPUN terlupa lirik dan juga melakukan kesilapan seperti bergumam (mumble) ketika menyampaikan lagu Kerana Mata, Baharuddin Bab, 59, tetap dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Kemenangan yang diraihnya itu sekali gus membuatkan lelaki berasal dari Selangor itu mengalahkan 11 peserta lain yang juga diperakui juri memiliki kehebatan tersendiri.
Tergamam dan terkesima dengan kemenangannya itu, Baharuddin juga mengaku sedikit kecewa kerana melakukan kesilapan. Dia tidak mahu jika perumpamaan pepatah ‘rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi’ berlaku selepas kemenangannya itu.
“Syukur Alhamdulillah. Saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Cuma saya fikir hanya dapat merebut hadiah sagu hati sahaja.
“Memang saya akui ada terlupa lirik dan sebagainya tetapi mungkin juri menilai kemenangan saya ini dari sudut yang lain,” katanya ketika ditemui sejurus sahaja pertandingan akhir Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011.
Menyentuh mengenai pemilihan lagu Kerana Mata nyanyian asal R. Azmi, Baharuddin mengaku ia dipilih berdasarkan cabutan undian yang diberi oleh pihak pengurusan pertandingan.
Mereka tidak berhak memilih lagu yang diinginkan tetapi boleh membuat sebarang pertukaran melalui persetujuan di antara peserta-peserta yang lain.
“Pertandingan ini boleh dikatakan mencabar sebab kita tidak tahu lagu apa yang kita akan nyanyikan. Dua minggu sebelum pertandingan baru kami diminta untuk mencabut lagu. Alhamdulillah saya puas hati dengan lagu yang saya dapat.
BAHARUDDIN diapit oleh pemenang tempat ketiga, Mohd. Amaran (kiri) dan Mohd. Rizal di tempat kedua.

Dengan kemenangannya itu, Baharuddin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta pakej penerbangan dan penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang ke Pulau Langkawi, Kedah.
Jika peserta paling veteran berjaya menggondol tempat pertama, naib juara pertandingan akhir Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 pula diraih oleh peserta paling muda iaitu Mohd. Rizal Ahmad, 37, yang mendendangkan lagu Berdendang Sayang daripada Ismail Ali Muda. Vokal dan lontaran suaranya yang menyerupai penyanyi asal lagu itu menyebabkan juri memilih Mohd. Rizal sebagai naib johan dan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang ke Pulau Perhentian, Terengganu.
Tempat ketiga pertandingan akhir Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 pula dimenangi oleh Mohd. Amaran Harun, 51, yang mendendangkan lagu Harapan Hanya Kenangan daripada M. Bakri. Mohd Amaran berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang ke Pulau Kapas, Terengganu.
Sembilan peserta lain pula membawa pulang wang tunai RM1,500, trofi dan sijil penghargaan.
Mereka adalah Che Azmi Che Sulaiman; Norasmah Ibrahim; Asiah Dupah; Azizah Ngah; Nerhayati @ Norhayati Yamat; Rosmah Sengari @ Basar; Hazlina Wati Zainuddin; Solhi Tambi dan Habibi Bakri.
“Sebagai juri memang kami sedar kesilapan yang dilakukan Baharuddin ketika menyampaikan lagu tetapi ia tidak menjejaskan lagu Kerana Mata yang disampaikannya. Dalam hal ini, memang kesemua peserta memiliki vokal yang bagus cuma pemilihan dibuat berdasarkan mutu suara yang dekat dengan penyanyi asal.
“Dari segi pemarkahan memang juri sebulat suara memberi markah yang banyak kepada Baharuddin kerana suara, lontaran suara dan keyakinan yang ditunjukkannya,” katanya.
Selain Johari, pertandingan itu turut diadili oleh penyanyi Juliza Adlizan Abd Rafar dan diketuai oleh Bahagian Perkhidmatan Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohd. Asnawi Mutaal.

Tiru penyanyi asal
Menyentuh mengenai pemilihan Baharuddin sebagai juara biarpun dia melakukan kesilapan ketika menyanyi, menurut salah seorang juri pada malam itu, Datuk Dr. Johari Salleh, penilaian dibuat bukan sahaja berdasarkan lontaran suara tetapi juga dinilai dari sudut mutu suara yang menyerupai seakan-akan penyanyi asal selain keyakinan peserta menyampaikan lagu yang diberikan.
“Sebagai juri memang kami sedar kesilapan yang dilakukan Baharuddin ketika menyampaikan lagu tetapi ia tidak menjejaskan lagu Kerana Mata yang disampaikannya. Dalam hal ini, memang kesemua peserta memiliki vokal yang bagus cuma pemilihan dibuat berdasarkan mutu suara yang dekat dengan penyanyi asal.
“Dari segi pemarkahan memang juri sebulat suara memberi markah yang banyak kepada Baharuddin kerana suara, lontaran suara dan keyakinan yang ditunjukkannya,” katanya.
Selain Johari, pertandingan itu turut diadili oleh penyanyi Juliza Adlizan Abd Rafar dan diketuai oleh Bahagian Perkhidmatan Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohd. Asnawi Mutaal.
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment