Friday, October 7, 2011

TERMENUNG SEPI - MEMORI MENJENGAH - BAHAGIAN 3

(sambungan...)


" Kisah AIBA, dan seterusnya Abg Arcs"



Tarikh 19 Julai pula melewati. Pertemuan hari tu meninggalkan kenangan yang cukup "indah" apabila aku dan AIBA disaman. ( O_o") . Kereta aku dan motorsikal AIBA telah disaman polis atas kesalahan meletak kenderaan sesuka hati. Hahaha, dalam pedih menerima saman, aku dan AIBA terhilai ketawa mengenangkan peristiwa tersebut. Sebenarnya AIBA yang sepatutnya habis kerja pada jam 5 petang amat terkejut apabila aku membuat kejutan sekali lagi dengan tidak memberitahu kedatangan aku ke situ. Aku dan AIBA kemudiannya menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk membeli krim muka rakannya. Itulah kali pertama aku dan AIBA menaiki kenderaan awam bersama, kami ke sana dengan LRT. Kami kemudiannya berbual-bual mengenai Abg Arcs yang dalam proses pindah rumah. Kerana AIBA perlu menemani Abg Arcs membeli kelengkapan untuk berpindah, aku pun meminta diri agar AIBA tidak kelewatan, lalu melambai AIBA yang juga hendak pulang ke rumah.

Kena saman!! Hahahaha.. Kenangan lucu!

Aku yang semakin merindui AIBA, berhasrat untuk menemuinya. AIBA kini sibuk dengan kerjayanya. Oleh itu, masa yang ada tatkala AIBA mempunyai masa lapang, aku manfaatkan sebaiknya untuk bertemu dan berkongsi kisah hati. Kami bertemu pada 26 Julai. Sebaik sampai di Times Square, aku kemudiannya membawa AIBA ke Papa John Pizza di Times Square tempat dia bekerja sebagai membalas budinya yang sudi membelanja aku tempoh hari. Kami pun berbual-bual kosong, seterusnya berkongsi cerita hati ke hati. Kenyang sahaja perut, kami pun bergerak berlegar-legar di dalam Times Square. Niat asalnya mahu menonton wayang, tetapi tiada masa yang sesuai buat kami. Sudahnya, aku dan AIBA duduk di bahagian cermin menghadap luar bangunan, dan berbicara mengenai perasaan. Aku telah dilamun cinta <3. Pada tika itu jugalah, AIBA yang tampak sedikit kusut dengan masalah diri, menceritakan segalanya mengenai bekas kekasihnya, Abg Arcs. Aku terdiam. Sesekali wujud perasaan marah kerana tergamak Abg Arcs melakukan demikian pada AIBA, namun bersimpati akhirnya kerana masalah yang menimpa diri Abg Arcs. Sekali lagi AIBA dan aku terpaksa mengucap selamat jalan, tanda kami perlu pulang dek kelewatan malam.

Kini, aku kerap memikirkan hubungan aku dan AIBA. Aku merasa sangat bahagia, walaupun tiada ikatan yang jelas antara kami kerana tidak wujud declaire dalam hubungan kami setakat ini. Namun kemesraan aku dan AIBA membuat kami rasa amat dekat antara satu sama lain. Itulah kemanisan hubungan aku dan AIBA.

28 Julai, tinggal tiga hari lagi untuk umat Islam berpuasa. Aku yang kebetulan melalui Kuala Lumpur mengambil keputusan singgah di Times Square untuk lunch bersama AIBA. Kami menuju ke food court di situ untuk menjamah. AIBA memilih Yee Mee Sizzling sebagai hidangan, manakala aku memesan Kuey Tiaw Kung-Fu. Kelakarnya AIBA ini, kerana dia memesan makanan yang tidak dia gemari. Motifnya, mahu menemani aku makan, dan kemudian menyuruh aku menghabiskan makanannya supaya tiada pembaziran berlaku! Dalam manis-manis orangnya, nakal juga AIBA ni! Hahahaha, aku ketawa sendirian. Kami berdua menyatakan hasrat untuk berbuka puasa bersama andainya ada rezeki. (^_^)


Hmmmmmm.. Kadangkala aku mengeluh, bilakah lagi dapat aku bersua dengan AIBA??? Tiada siapa yang tahu... Wahai AIBA, engkaulah Anugerah yang Indah Buat Aku, setiap kali kita bersua muka, Aku Ibarat sedang Berada di Awan dikala kita bergurau dan bergelak ketawa, kerana aku dan dia tidak pernah saling melukai.


Namun, aku tahu mimpi hanya tinggal mimpi.


Terima kasih, AIBA.

-----------------------------------------------------------------------


AIBA dahulu kerap bercerita dan berkongsi mengenai Abg Arcs. Aku akui, Abg Arcs memang bekas kekasih AIBA, dan sejujurnya AIBA mengakui dia masih menyayangi Abg Acrs. Oleh kerana itu, aku dan AIBA tidak terburu-buru membuat keputusan dalam perhubungan kami ini. Kami berdua memang rapat, di talian mahupun di luar tatkala berjumpa untuk makan bersama. Mudah ceritanya, kami sudah kelihatan seperti rakan sebaya, adik beradik dan kawan rapat. Tiada declaire bukanlah bererti kami terasing, malah kami tidak mementingkan istilah itu kerana kami sudah memahami dan gemar kutuk-mengutuk sesama sendiri tatkala berjumpa, yang mana itu lebih menggembirakan hati kami yang sedang lara. 


Walaupun, pada awalnya banyak cerita yang aku dengar mengenai Abg Arcs, namun aku sematangnya berfikir dan menenangkan AIBA. Menenangkan AIBA?? Ya.!.. AIBA akan bercerita mengenai Abg Arcs tatakala dirinya dilanda kesedihan. Justeru itulah aku mengenali Abg Arcs. Semakin kerap AIBA meluahkan perasaan, semakin bertambah perasaan aku untuk mengetahui Abg Arcs secara harfiahnya. Lalu aku menghentikan seketika kata-kata AIBA yang gemar disorot dengan seloroh, berdekah tertawa, kadangkala berdebat, lalu aku bertanya,  "betul ke Abg Arcs tu langsung tak fikirkan perasaan awak? sebab semua manusia tak lari dari kesilapan. sekeras-keras hati Abg Arcs, insyaAllah akan lembut jugak hatinya. Macam tu jugak Abg Arcs, dia ada perasaan, insyaAllah dia akan berubah menjadi baik, suatu hari nanti". 


Dari saat itulah, AIBA membuka cerita mengenai Abg Acrs sepenuhnya. Bagiku, Abg Arcs yang AIBA kenali sejak 10 Disember 2009 bukanlah seorang yang ligat ataupun nakal. Luahku pada AIBA, Abg Arcs merupakan seorang yang romantis dan baik. Pastinya ada sebab mengapa dia melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati AIBA suatu ketika dahulu. Lalu hati ini kuat memaksa aku bertanyakan kepada AIBA apakah punca utama Abg Arcs berpaling darinya suatu ketika dahulu? Namun, ringkas AIBA menjawab, "hurrmm, awak tanyalah pada Abg Arcs sendiri yer".


Semenjak dari itu, aku menghormati Abg Arcs. Menghormatinya sebagai insan yang pernah muncul dalam hidup AIBA sebelum aku mengenalinya, yang pernah menggembirakan AIBA, juga berada disisi tatkala AIBA sebak kesedihan, yang menjaga dan mengambil berat pasal AIBA dahulu dan kini, dan sebagai ahli keluarga dan insan yang AIBA sayangi juga kasihi.


Pernah satu ketika, aku dijemput oleh Abg Arcs sebagai tetamu melalui Facebooknya untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri. Aku sangat gembira tatkala mendapat jemputan tersebut, lalu bertanyakan kepada AIBA mengenai hal tersebut. Namun AIBA mengatakan, keputusan terletak ditangan aku samada untuk hadir atau sebaliknya. Setelah berkira, aku mengumpul semangat untuk menghadirkan diri. Di sana, aku telah dipelawa oleh Abg Arcs untuk menjamu selera hidangan yang telah disedia sendiri olehnya (sedap masakan Abg Arcs..jujur...). Selesai menjamah, aku lepak sekejap dan berbual dengan Abg Arcs. Disitu, baru aku mengenali keperibadian Abg Arcs. Dia seorang yang sopan santun dengan tetamu, manis dengan senyuman dan peramah. Aku kemudiannya meminta diri untuk pulang. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih padanya kerana sudi menjemput aku ke majlis tersebut.


Aku kemudiannya berbual dengan AIBA 'seketika' walaupun meleret hingga ke tengah malam. Aku memberitahu AIBA bahawa aku sangat gembira dapat berbual dengan Abg Arcs. Disitu, aku dapat lihat keserian wajah AIBA tatkala aku mengatakan bahawa aku gembira. 


Aku juga sangat gembira kala mengetahui bahawa AIBA dijaga dengan begitu baik oleh Abg Arcs. Terima Kasih Aku Ucapkan, Abg Arcs. Terima kasih...


Walaupun..................

Kadangkala aku tertanya sendiri, bagaimana kini keadaan Abg Arcs?? Namun tidak aku ketahui..... Dan bagaimana pula dengan AIBA?? Hmmmmm... telah pun berubah kini...


Sang Merah Hanya Mampu Melihat , Sang Biru Yang Tetap Menyayangi


(bersambung....)

""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: