Friday, June 24, 2011

NILAI SAHABAT & PERSAHABATAN

Ohh Sahabat....






Setiap insan pastinya memahami apakah definasi frasa diatas, dan aku yakin bahawa korang semua mesti ada, sekurang-kurangnya seorang "SaHaBat".



Bagi aku, sahabat adalah insan yang sangat istimewa dalam hidup kita kalau nak dibandingkan dengan kawan biasa ataupun rakan-rakan kita yang lain.. Kenapa erk.?.



Sebab, kebiasaannya kedudukan seorang sahabat ni akan berada ditempat yang keempat dalam aliran kasih sayang dalam jiwa seseorang. Dengar macam biasa-biasa jer..?.. Tapi, sebenarnya ada benda yang kita kadang-kadang tak nampak atau terlepas pandang, tapi sebenarnya penting dan hakikat bagi benda tu memang susah nak dinafi. Takpe, kita tinggalkan dulu cerita pasal hakikat, biar aku terangkan dulu pasal carta aliran yang aku sebut tadi. Cuba korang skrol bawah :



+
|
|
|
|
|
|
V




ALIRAN !WAJIB! KASIH SAYANG DALAM JIWA SESEORANG



-1-
ALLAH Subhanahu Wa Ta'aLa, tuhan yang MaHa PenCipTa
&
NABI MUHAMMAD SoLLaLLohu 'ALaiHi WasaLLam, utusan terakhir kepada 'umat zaman akhir


+
|
|
|
V



-2-
IBU, sorang wanita yang melahir dan menyusukan, mendodoi dan menjaga kita sejak kitorang semua sekecil dakap lengannya hinggalah membesar melebihi diri ibu tu sendiri
&
BAPA, lelaki yang bertungkus lumus memberi ilmu, rezeki, keselesaan, kemudahan dan dorongan untuk diri kita agar di masa kelak kitorang jadi hiasan duniawi yang berguna untuk masyarakat



+
|
|
|
V



-3-
ADIK BERADIK, mereka yang berkongsi darah, ruang permainan dan ibubapa dengan kita juga dari kanak-kanak kita hingga dewasa, merekalah pencetus bahan tawa, tangis, kebosanan dan kerap menjadi pentengkar tradisi kita, namun berbaik juga kemudiannya
&
KELUARGA, sebuah bahtera yang di nakhodai oleh atuk, opah, nenek moyang dan yang sewaktu dengannya yang mempunyai kapasiti dan nilainya yang tersendiri yang melambangkan identiti susur galur diri kita



+
|
|
|
V



-4-
SAHABAT, insan (lelaki, perempuan, jantan, betina, unisex, xdesex, dll) yang muncul dalam hidup kita tanpa diduga mahupun dirancang, dan kebiasaannya perkenalan kali pertama tu berlaku dalam persekitaran kita, ketika kita sedang melakukan aktiviti harian, yang mana sudah pasti tiada elemen-elemen istimewa yang wujud. 99% diorang yang bergelar sahabat kita tu pastinya langusng tiada pertalian darah dengan kita, mahupun hubungan dalam jalur keluarga. Meskipun begitu, unik dan istimewanya diorang ni dalam hidup kita sampaikan kita dapat merasakan satu perubahan telah berlaku dalam diri kita. Betul tak..?.. Percaya tak..?..






--------------------------------------------------------------------------------







Mungkin juga versi yang aku catat ini agak berbeza dengan pendapat korang dari segi definasi, mahupun respon atau tanggapan korang terhadap diorang sahabat, malah sebenarnya tu semua mengikut citarasa dan gerak hati diri masing-masing, tentang siapakah sahabat tu dalam kehidupan korang, dimanakah tempat diorang dalam hati korang dan apakah kapasiti yang korang berikan pada diorang sebagai 'sahabat' korang.?. Tu semua bergantung pada diri korang sendiri.



Tapi korang terfikir tak, kenapa aku tulis carta aliran kat atas tu.?. Hmmmmm... Sebenarnya ada sesuatu yang nak aku kongsi mengenainya.



Sedar ataupun tak, sebenarnya nilai persahabatan yang tulus tu hanya dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam bersahabat. Mereka ni-lah antara yang beruntung kerana nilai tersebut tak datang dengan sendirinya. Malahan, mereka yang dikurniakan dengan kelebihan untuk merasai ketulusan dalam persahabatan tu-lah yang sendiri pupuk nilai tersebut dari persahabatan yang mereka bina hingga menjadi amat bermakna dalam hidup mereka.



Sehinggakan, pada satu peringkat, kedudukan atau susunan carta alir kat atas tu boleh berubah secara drastik & inversif tanpa diduga disebabkan persahabatan kita dengan sahabat kita tu. Walau demikian, tu semua bergantung sepenuhnya pada kuantiti dan kapasiti ketulusan persahabatan yang diperolehi kedua belah pihak. Waima, isu ni tak-lah mengejutkan malah tidak juga boleh disanggah, sebab wujud beberapa faktor kukuh yang boleh meletakkan persahabatan tu menjadi yang utama.












~~Faktor Berlaku Perubahan Kedudukan Carta Aliran Secara Inversif~~











i- Institusi kekeluargaan yang lemah dan bermasalah!


ii- Kurang didikan dan perhatian ibubapa terhadap masalah anak remaja mereka!


iii- Hanya mengenali apa itu Kasih Sayang sejurus apabila mereka mula bersahabat.


iv- Sahabat jauh lebih rapat dan ambil berat mengenai diri kita berbanding keluarga!


v- Dan faktor paling utama adalah umur yang sebaya, tahap daya pemikiran dan mentaliti yang tak terlalu jurang, keselesaan pergaulan dengan sahabat dan tiada batasan dari segi penzahiran emosi dan reaksi penerimaan sahabat itu apabila kita berkongsi sesuatu.



~~!!( Dan tanpa aku sedari, hal tu sebenarnya telahpun berlaku kat diri aku nih )!!~~












--------------------------------------------------------------------------------









Namun, siapa sangka, layanan baik yang aku bagi selama ni nampaknyer macam takde kesan positif pun untuk diorang..



??????????



~~Terkilan~~

Aku sebenarnya agak terkilan dengan diorang yang aku dah anggap lebih dari sahabat. Hadirnya diorang dalam hidup aku adalah sebagai kawan pada awalnya. Kemudian, kitorang jadi semakin rapat dari hari ke sehari, hinggalah menjadi rakan karib, dan seterusnya menjadi sahabat sejati. Sampailah sekarang ni, diorang tu ibarat adik beradik aku sendiri.

Kitorang semua berempat. Tahun ni tahun ke-3 aku mengenali dan hidup diorang. Sepatutnya, tempoh tu dah cukup untuk diorang belajar bersikap matang dalam menjaga tatatertib dan hubungan sebagai sahabat.

Aku sedar, mungkin diorang merasa susah masa diorang tinggal sama-sama dengan aku dulu, yang menyebabkan diorang terlalu dahagakan kesenangan hidup dan pergi mencarinya. Masa tu, aku lapangkan hati aku, aku bagi ruang kat diorang agar diorang dapat melangkah membina masa depan yang lebih baik dengan sendiri tanpa halangan dari aku mahupun keluarga. 
Cuma satu yang aku harap, agar persahabatan yang dah terjalin selama ni antara kita berempat takkan goyah pasaknya lalu runtuh musnah, hanya kerana salah faham.







~~Masalah~~



 **Niat aku masa tu cuma nak bergurau je. Takde terdetik pun dalam hati aku ni nak rosakkan hubungan persahabatan yang diorang baru bina dengan rakan-rakan baru tu. Malah, aku pun turut sama tumpang gembira dan merasa ingin juga bersahabat dengan rakan-rakan baru tersebut.

Takkanlah hanya sebab gurauan aku melalui telefon tu, diorang sanggup dan tergamak meng'aibkan diri aku ni depan rakan-rakan baru diorang tu. Hina sangat ke aku ni.?. Atau jahat sangat ke aku ni kat diorang.?.

Hmmmm...
Aku tak kisah kalau diorang nak bercerita pasal aku, tapi tolonglah pastikan bahan ataupun intipatinya tu tak sampai ke peringkat mencalarkan reputasi dan mmenjatuhkan maruah aku.
Adakah ini balasannya yang aku dapat balik lepas apa yang kitorang dah kongsi bersama sebelum ni.?.
Hmmmmm..
Tak pe la, sahabatku.. Mungkin aku patut ganda & teruskan kesabaran untuk hadapi hal ni.. Janganlah korang risau.. Aku dah biasa hadapi benda-benda ni sorang-sorang.. INSYA-ALLAH aku akan okay..
Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kat diorang.




Pastinya dua orang perempuan kat belakang tu tengah seronok
bercakap pasal lelaki depan ni. Tapi diorang pernah terfikir
tak apa yang lelaki tu rasa..?..





~~Pasrah~~



Mujurlah tuhan beri kelebihan pada hati aku untuk bersabar. Biarlah aku tak pernah pun 'aibkan diorang kat depan orang lain, tapi malangnya diri aku pulak yang kena. Bagi aku, satu mentaliti yang perlu aku terapkan dalam diri aku, dimana wujud kemungkinan terletaknya hikmah yang baik yang datang bersama masalah itu. Aku pasrah je. Andai diorang sedar nanti, aku sedia maafkan bila-bila masa je. Sebab diorang tu la kawan aku, rakan aku, sahabat aku dan dah pun jadi sebahagian keluarga dan hidup aku.







 --------------------------------------------------------------------------------



Madah kat bawah ni korang boleh buat renungan bersama.















 "EpOoL De DrAgONiZeR"

No comments: