Monday, June 20, 2011

BELASUNGKAWA : PEMERGIAN 2 INSAN SENI TANAH AIR SELAMANYA

Telatah lucunya di dalam sketsa 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' suatu ketika dahulu pastinya menjadi penghibur hati kita. Watak Pak Uda yang dibawa oleh pelakon dan pelawak lagenda, Zami Ismail; 67 tahun sudah pasti mengundang hilai tawa penonton.

Namun, siapa sangka secepat itu beliau akan meninggalkan kita untuk selamanya. Pada tanggal 19 Jun 2011-hari Ahad yang lepas, sehari selepas dunia meraikan Hari Bapa, Malaysia dikejutkan dengan berita sedih bahawa beliau telah menyahut panggilan Illahi. Allahyarham yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semenjak dua minggu lalu dilaporkan sangat tenat dan sepenuhnya bergantung kepada mesin bantuan perubatan sejak Sabtu lalu.

Jenazah Allahyarham Zami Ismail dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Perak. Selain Allahyarham, dua anaknya turut mengikuti jejak langkah beliau dalam bidang seni iaitu pengarah terkenal M. Hitler Zami-39 yang merupakan anak sulung dan juga anak ketiga iaitu M. Soupi Zami (Opie)-37.


Allahyarham Zami Ismail (kanan) bersama anaknya yang juga seorang pelakon, Opie Zami


Belum pun reda kesedihan dengan pemergian Allahyarham Zami Ismail, negara sekali lagi mendapat berita yang mengejutkan dengan pemergian kartunis Komik Lawak Antarabangsa : Ujang, iaitu saudara Qayyum.

Menurut sumber, Allahyarham tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang menaiki ke apartment akibat terkena angin ahmar atau stroke. Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.45 malam semalam. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini di kampung halamannya dia Raub, Pahang.


Kartunis komik Ujang, Allahyarham Qayyum yang juga dikenali dengan watak Mat Despatch


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat roh mereka agar ditempatkan bersama mereka yang solehin di sisi Yang Maha Pencipta.



""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: