Thursday, May 10, 2018

MALAYSIA Dapat Perdana Menteri Baru Ke-7

Alhamdulillah, TAHNIAH buat Tun Dr Mahathir Bin Mohamed di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 yang baru.

Sejarah baru telah tercipta kerana buat pertama kalinya Tun Dr Mahathir menaiki tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan sebagai Perdana Menteri sebanyak 2 kali. Sejarah buat politik tanahair juga tercipta setelah menyaksikan buat pertama kalinya selama lebih 60 tahun parti UMNO (BN) jatuh tersungkur & menjadi parti pembangkang di Parlimen Malaysia. Selain itu, Tun Dr Mahathir juga mencipta sejarah dunia setelah menjadi Perdana Menteri Paling Tua di Dunia dengan usia beliau mencecah 93 tahun yang mana rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh Bekas Perdana Menteri India ke-4 Morarji Ranchhodji Desai yang umur 81 tahun ketika menjawat jawatan tersebut pada 1974.

Istiadat perlantikan tersebut telah selamat berlangsung di Istana Negara Malaysia & diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Mohamed V.

Namun jika disorot sejenak, terdapat beberapa teori yang sebelum ini sering menjadi bualan & mainan kata-kata namun setelah PRU14 berakhir, telah terbukti teori tersebut kini menjadi kenyataan :-

1) Perdana Menteri Malaysia dibawah UMNO(BN) menggunakan teori R.A.H.M.A.N :-

    R - Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra)
    A - Abdul Razak (Tun Abdul Razak Husin)
    H - Hussien (Tun Hussien Onn)
    M - Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamed)
    A - Abdullah (Tun Abdullah Badawi)
    N - Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak)

    **Dengan jatuhnya kepimpinan Datuk Seri Najib pada PRU14, maka beliau menjadi penutup kepada teori R.A.H.M.A.N. dibawah pucuk pimpinan UMNO(BN).

2) 10 tahun lepas, bekas Perdana Menteri Ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed sewaktu masih di dalam Parti UMNO (BN) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menjelang Tahun 2020, UMNO/BN bakal tumbang disebabkan rakyat & pengundi sudah mula muak dengan pentadbiran parti. Kini kata-kata itu menjadi kenyataan.

3) Lebih 10 tahun lepas juga, Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz pernah mendoakan agar umur Tun Dr Mahathir dipanjangkan Allah agar dapat melihat saat-saat UMNO/BN itu jatuh. Tanpa disangka-sangka, Allah memakbulkan doa tersebut malah kejatuhan tersebut di atas tangan Tun Dr Mahathir sendiri, dengan sebuah pakatan campuran yang dinamakan Pakatan Harapan.

Apapun, penulis merasa cukup bangga dengan peralihan pucuk pimpinan baru ini, menjadikan pengundi & politik di Malaysia ini semakin matang dan bertambah sihat.

MALAYSIA BOLEH!!!
MALAYSIA BOLEH!!!
MALAYSIA BOLEH!!!

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾