Salam guys.
Sorry la sebab agak lama aku tak post entri.
Sebelum aku patah hati, patah riuk, patah segalanya. Pada saper yg kenal aku tu, konfem diorang tau ape yang dah berlaku pada diriku.
Anyway, tu cerita lama. Menjadi sejarah dalam hidup aku. Tarikh 22 Mac 2011 adalah tarikh keramat yang membawa kisah duka bagi aku.Pahit memang lah pahit. Tapi disebalik pahit yang aku rasa, manisnya menyusul kemudian.
Apa yang menariknya diriku selepas "clash" tu.?. hahahaha...
1- Aku mula buka akaun TAGGED balik.
2- Aku cari kenalan seramai yang boleh.
Tapi, setiap kawan yang aku 'add' dalam TAGGED tu aku bagitau awal-awal yang aku memang tak sedia untuk buka buku baru.
( Hati tengah terbelah kan kan kan )..
Haaaaa.. Nombor 3 dan seterusnya ni la bermulanya kisah gembira.. Bak kata orang tua-tua, selepas hujan, panas pastikan datang jua.. ( Tapi aku orang muda. Macam mane tu??? ) Kuikuikui.. Jom ikuti :
3- Aku kenal dengan seorang abang. Boi namanya. Umur dia dalam 34 tahun. Dia seorang yang baik dan masa aku lepak ngan dia kat Pak Li, kitorang banyak berbual pasal kisah sedih aku. Dia ni sangat berfikiran terbuka dan banyak bagi nasihat kat aku. Walaupun berlaku satu insiden yang kurang menyenangkan pada akhir pertemuan tu, tapi aku rasa okay sebab kitorang sekarang ni jadi kawan.
>>>> Aku respect kau, Abang Boi .^_^. Thanks.
4- Lepas tu, aku berkenalan pulak dengan sorang adik lelaki. Nickname dia sama ngan aku, Epul. Dia ni 20 tahun. Mula-mula kitorang jumpa, aku makan McD kat tempat dia kerja. Kitorang banyak berborak. Lama gak, dari petang pukul 4 setengah, sampai malam la bercerita tak habis. Haha. Yang kelakarnya, bila aku dah balik, masuk mesej dalam henfon aku. Macam ni tulisan nya : "sy dpt rs smthng, tp xtw ap. yg psti, rs ni wt sy resah. mcm yg sy ckp, awk ad ciri2 kwn yg sy tkut nk kwn, mcm yg sy bgtw sblum ni. papepn, tggu & lihat je". Nak tau seterusnya.?. hahaha.. Dia sekarang ni jadi adik angkat aku. Gembira kot. Bukan setakat aku dapat adik angkat baru, dapat sekali dengan kakak angkat dia yang automaticaly jadi kakak angkat aku jugak, Kak Hajar.
>>>> Thanks korang berdua .^_^. Gembira korang ada.
5- Dan kisah pun bersambung lagi. Seorang rakan lelaki berumur 25, menetap di Klang. First aku jumpa dia kat Oldtown White Cofee. Seronok berbual dengan dia sebab dia ni seorang pendengar yang baik. Aku panggil dia Zed. Banyak yang kitorang borakkan. Dan pertemuan kitorang tak berakhir malam tu je. Lepas dari malam tu, kitorang biasa lepak sama-sama, dan jadi semakin rapat. Genap sebulan kitorang kenal, berlaku sikit perselisihan faham. Mujur dia tunjukkan kematangan dia (walau sebenarnya hal tu berlaku sebab aku rasa kurang selesa dengan beberapa perkara). Then, aku jumpa dia dan berterus terang, dan sekarang ni kitorang sangat baik.
>>>> Zed, thanks a lot for being such a nice person. Terbaik dari ladang, bro ^_^
6- Dan ini orang yang terakhir aku kenal. Sebenarnya aku dah kenal dia sebelum Zed lagi. Cumanya kitorang jadi rapat selepas tu. Nama dia Adi. So far sampai setakat hari ni, aku masih lagi dalam proses nak kenal dia secara rapat. Ringkasnya, dia ni seorang yang mudah nak 'get along' dengan aku dari segi pergaulan, perbualan, perangai dan masalah. So, kira dia ni okay la untuk aku berkawan rapat.
>>>> Adi, saya ni insan yang baik kan3..???... hahahahaha.. -----pengsan-----
4 orang yang aku kenal kat atas tu akan terus menjadi orang yang aku kagumi dan terhutang budi sebab sudi menjadi kawan, rakan, teman dan saudara aku.
Korang buat aku senyum kembali.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
So, apa yang penting sekarang, aku dah kembali untuk menggesek jari jemari aku ni kat papan kunci komputer aku mem'blog'ging.
Jumpa lagi.
""EpOoL De DrAgONiZeR""
3 comments:
Di kesempatan ini, kalau Zed terbaca entri ni, saya nk awk tw yg sy benar2 mntak maaf atas ap yg brlaku. Bnar kn sy prbetulkn diri sy dulu. Awk ttp kwn sy smpai bila2..
amboi kenal 4 orang je dah leh senyum macam kucing tuh...
klu kenal 8 orang mesti senyum macam kambing kan??
ahaha....
apa apa pun gud luck dear...
Adi, bagi sy, ckup skadar itOo sajer.. Xnk da snYum kamBinG.. SnyUm kuCinG pn dA sGt2 bahgiA..
Yg ke-4 tu Lg r wat Sy snYum slaLu.. Hihihihihi...
Post a Comment