Aku rasa dah lebih dua bulan aku macam ni.
Dalam tempoh 24 jam satu hari, aku hanya membuka mulut untuk bercakap dengan Cik Ajak, customer, AIBA & kadang-kadang dengan Syahrul & Achik, itupun kalau dia call atau mesej dulu.
Kalau pepagi sebelum pegi kerja, aku akan tolong Opah bangun untuk ke bilik ayor, pas tu cakap ngan ibu untuk bersalam dan gi kerja.
Sebelum ni aku tak pernah pun rasa sesunyi ni dalam hidup aku. Jujur aku kata, semenjak zaman sekolah menengah dulu, hidup aku penuh dengan gelak ketawa, senda gurau dengan rakan-rakan, usik-usik, borak-borak, senang citer susah lar mulut aku nak muncung, atau pipi aku monyok. Ye lar, orang kata hidup penuh dengan warna-warni. Memang happy ajer all the time.
Tapi tu citer lama.
Citer sekarang ni dah takde yang desireful untuk dikongsi. Sebab rutin harian aku sekarang ni sama je tiap-tiap hari. Dan yang aku peliknya, aku tak pernah bosan pulak buat benda semua tu tiap-tiap hari.
Pagi-pagi bangun Solat Subuh ( ... )
Pukul 7.30pagi hantar Adek Yun gi Al-Fudhail
Balik rumah, siap nak gi kerja
Gi office
<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>
Balik pukul 8 / 9 / 10 malam
Mandi & Isyak & Termenung
Pejam mata & Tidur
( Berlaku setiap hari bermula Senin, akhiri Ahad.)
So, satu hari tu, aku termenung sorang-sorang dalam bilik, barulah aku dapat fikir APAKAH yang sebenarnya dah berlaku.
aku ke....an
Kalau dulu, aku ada keluarga yang bising, hingar-bingar dan suka memekak, termasuklah adik-beradik angkat aku sekali, tapi sedar atau tak, semua tu la sebenarnya pencetus keceriaan hidupku. Aku jujur, memang satu ketika dulu, semuanya penuh ceria, baik aku, family, beradik aku dan kawan-kawan aku jugak..
Tapi entahlah. aku nak tulis pun dah takde guna.
Cuma sebab sesuatu yang tersangat.. , sumer terus senyap dan berlalu poie..
Takpe lah.. Lagipun, dah aku telan semuanya tu. Dan benda-benda itulah yang buat aku jadi lebih tabah, berhati-hati, dan cuba bawak diri sendiri sebaik mungkin, dengan yang paling penting, aku dapat pahala bonus sebab kurang bercakap (^_^)..
''So, korang-korang.. Aku ada puitis sikit nak coret. Layannzz je k.. ''
~~ Janganlah engkau berterusan memberi senyuman pada mereka yang tak tahu menghargai, kerana engkau telah menjadikan mereka hanya terus menerima,tanpa mahu memberi sedekah juga, walau hanya dengan senyuman, kerana senyuman itu satu sedekah yang paling mudah~~
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment