Penyanyi veteran popular, Datuk Ahmad Jais telah dilaporkan meninggal dunia hari ini, 11 Oktober 2011. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam.
Allahyarham yang mengadu sesak nafas telah dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Shah Alam pada 8 September lalu untuk diberi rawatan pernafasan. Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Unit Rawatan Separa Rapi DEMC pada 25 September lalu kerana Allahyarham mempunyai rekod rawatan yang di situ.
Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam dan telah dikebumikan selepas Solat Zohor di Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Antara rakan artis yang turut menziarahi pengebumian Allahyarham adalah Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Sharifah Aini, Datuk Aziz Satar, Seniwati Uji Rashid, Seniman Hail Amir dan Ibnor Riza.
Allahyarham yang dilahirkan pada 1936 di Kapar, Klang, Selangor Darul Ehsan telah meninggalkan 5 orang cahaya mata dan 13 orang cucu.
Allahyarham Datuk Ahmad Jais sewaktu membuat persembahan |
Allahyarham Datuk Ahmad Jais ketika hayatnya cukup popular dengan lagu seperti Umpan Jinak Di Air Yang Tenang, Gelisah, Budi Setahun Segunung Intan, Bahtera Merdeka dan banyak lagi. Allahyarham juga pernah dinobatkan sebagai Penyanyi Bersuara Emas kerana kelunakkan suaranya yang memukau selain pernah dianugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' pada 2006.
+
+
+
+
+
- لفاتحةا -
+
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment