Saturday, October 22, 2011

seLAMAT haRi LaHiR buAT DRAGONiZER / RiKAFUREN

( 2011-OKT-22 )

Setiap kali Oktober menjengah, aku pasti akan teruja dalam diam.

Aku akan mengira detik harian, hingga tibanya hari ke-22.

Mengapa??

Haaaaa...


HAPPY BIRTHDAY TO ME..!..

Setiap kali masuk tanggal Oktober 22, pasti aku akan tersenyum kegirangan. Menanti ucapan ulangtahun dari teman, keluarga dan sahabat handai.

Tahun 2011 pada kali ini menyaksikan sekali lagi sejarah tercipta apabila insan yang pertama mengUCAPkan selamat ulangtahun kepada aku adalah WS..

Terima kasih aku ucapkan, adinda ku WS yang terus menyokong aku.

Bagi aku, hubungan kekeluargaan yang tercipta selepas perbalahan 'suatu ketika dahulu' kini sudah nampak sinarnya. Aku lebih senang hati dan selesa dengan mengganggap dirinya sebagai adik. ALHAMDULILLAH..

Keduanya, hadiah yang agak bermakna buat aku juga, apabila hubungan aku dan Aciq kini sudah pulih dan kembali jernih, INSYAALLAH..

Semalam, aku bertemu dengan WS dan sampaikan niatku untuk bertemu dengan Adiq & Shavril.. Kemudian, aku beritahu padanya yang aku mahu bertemu sekali dengan Aciq. Keputusannya, kami berlima jumpa, kemudia kami lepak minum dan makan di Setapak.

Agak menyentuh sanubari, tatkala aku yang sedang mengelamun memikirkan kata-kata sang BIRU mengenai bicarawara cinta hatinya (yang mana tika itu aku fikirkan betul juga kata-kata itu), tiba-tiba WS, Adiq, Aciq & Shavril menepuk tangan beramai-ramai dan menyanyikan : 

" Selamat Hari Jadi.. 
Selamat Hari Jadi.. 
Selamat Hari Jadi Daitei.. 
Selamat Hari Jadi "

Terima kasih, Adikku WS, Adiq, Aciq & Shavril.. Aku takkan lupa kenangan yang tercipta itu..

Begitu juga ucapan terima kasih aku tujukan kepada AIBA yang sudi mengirimkan ucapan ulangtahun yang ringkas dan padat, buat aku. Sampaikan salam aku buat Abg Arcs, yang kini dikhabarkan lebih ceria di samping AIBA. Aku sangat gembira dengan perubahan positif yang berlaku antara mereka. Meskipun kini sudah tamat diantara Aku & AIBA, aku tetap hargai kesudiannya atas ucapan itu.^_^.

'Khas' buat BONDA & AYAHANDA ku, yang tidak pernah lupa tarikh kelahiran anakanda sulung mereka ini, TERIMA KASIH ku titipkan buatmu BONDA, juga buat AYAHANDA. Tanpa kalian, pasti tiada diriku di atas muka bumi ini. I LOVE YOU, BONDA.. I LOVE YOU, AYAHANDA..


^_^ Selamat Hari Lahir ^_^


""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: