Monday, December 28, 2009

Takziah Mangsa Nahas Sani Ekspres

Epool mengucapkan takziah kepada keluar mangsa tragedi nahas bas ekspres SANI yang mengorbankan 10 nyawa penumpangnya.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Ipoh, berpunca daripada kecuaian pemandu bas terbabit. Beliau mengakui terlelap seketika sewaktu memandu kerana mengantuk dan berhasrat untuk menukar pemandu sejurus tiba ti RnR Sungai Perak.

Namun malang tidak berbau, bas yang dipandu beliau terbabas ke kiri jalan lalu merempuh penghadang besi yang menusuk masuk ke dalam perut bas dan mengenai penumpang yang berada di tingkat bawah.

Menurut seoarng mangsa yang tidak mengalami kecederaan, beliau yang berada di tingkat atas merasakan sesuatu tidak kena pada bas kerana pergerakannya yang terhuyung-hayang ketika di jalanan. Tapi tidak menyangka rasa tidak sedap hati beliau berakhir dengan tragedi berdarah.

Sementara itu, pihak pengurusan SANI EKSPRES bersetuju menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut dan sedia untuk bertanggungjawab atas kejadian.

Setakat ini, LPKP tidak akan menggantung permit perjalanan bas SANI tetapi hanya memberi amaran agar pengurusan syarikat perlu lebih mengetatkan kawalan pemandu.

Epool pernah menulis mengenai bas sebelum ini dalam blog, http://fingerofthedragon.blogspot.com/2009/09/bus-oh-bus.html yang menyentuh berkenaan bas di Malaysia. Epool berharap agar tragedi tersebut merupakan tragedi terakhir yang melibatkan bas ekspress. Ini kerana pada minggu hadapan, Epool bersama teman akan menaiki SANI EKSPRESS ke Kuala Perlis dan ini agak merisaukan kerana memikirkan tragedi yang berlaku. " Pada mu Ya-ALLAH, ku berdoa agar Kau selamatkan perjalanan pergi dan balik ku serta kesemua hamba mu itu".

AL-FATIHAH kepada mangsa yang beragama Islam dan Takziah pada dua mangsa yang bukan beragama Islam ikhlas dari Epool..

""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: