Wednesday, December 9, 2009

Sumpah Laknat Saiful Bukhari Sudah Berusia 1 Tahun 3 Bulan

Ingatkah anda pada ayat berikut, “Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”.

Sudah pasti ayat tersebut masih segar dalam ingatan anda. Pada amatan saya, walau siapa jua yang mengeluarkan kata-kata atau ayat tersebut, beliau bukan sahaja berhadapan dengan orang ramai, tetapi beliau juga berhadapan dengan Yang Mencipta yakni ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA.



Pada 15 Ogos 2008 lalu, negara kecoh dengan tindakan saudara Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat bahawa beliau benar-benar diliwat oleh penasihat Parti KeAdiLan Rakyat ( PKR ), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setelah sumpah tersebut dibuat, maka wujud dua cabang pihak, satu yang menyokong, juga satu pihak yang berkata dia bohong.

Pada hari ini tarikh 9 Disember 2009, genap satu tahun tiga bulan sumpah yang dibuat oleh saudara Saiful Bukhari. Dari hari ke hari, bulan ke bulan, dan kini masuk tahun ke tahun rakyat Malaysia dan keluarga Saiful khususnya menunggu detik mahkamah membuat keputusan berhubung dakwaan tersebut. Malangnya, masih tiada khabar berita.

Sewaktu sumpah dibuat, terlihat seorang imam bersama di dalam majlis tersebut. Setelah sumpah dibuat, banyak kecaman dan pertikaian timbul dan dicanang kepada beliau. Lalu beliau dibawa kepada media PKR dan disuruh menerangkan kepada umum. Maka tersurat cerita oleh beliau bahawa beliau iaitu Imam Ustaz Ramlang Porigi secara tidak sengaja berada di dalam majlis tersebut dan telah dipaksa menjadi saksi sumpah laknat tersebut.

Seperti keterangan mufti perak Datuk Seri Haji Harussani Zakaria, sumpah laknat hanya boleh dibuat oleh hamba ALLAH yang teraniaya dan mahukan kebenaran ditegakkan. Bagi sesiapa yang mempelajari Islam, sudah pasti mereka tahu, bahawa orang yang teraniaya terdapat dua cara yang boleh mereka lakukan. Pertama, bersumpah laknat untuk menzahirkan kebenaran dan kedua, berdoa kepada ALLAH mohon bala ke atas yang membuat aniaya.

Jelas dalam kes ini, Saiful merasakan dirinya teraniaya lalu membuat sumpah laknat.

ALLAH juga telah mengingatkan kepada hambaNya, berdoalah kepadaNya maka akan ALLAH makbulkan setiap permintaan hambaNya.

Jika kita mengatakan sumpah Saiful tersebut adalah bohong dan palsu, mampukah beliau bertahan hingga kini? Ini kerana sumpah tersebut dibuat atas nama ALLAH. Adakah kita umat Islam tidak tahu mengeja perkataan A-L-L-A-H? Perlukah kita menerangkan kepada umum siapa ALLAH????????? Kafirlah mereka yang mempersoalkan siapa ALLAH.

Terbaru, Saiful kelihatan tenang dan sihat sewaktu hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan mahkamah rayuan. Sudah maklum bahawa siapalah kita yang boleh menentukan sihat-sakitnya, hidup-mati seseorang itu. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Adakah ALLAH akan membenarkan hambaNya yang suka-suka menggunakan namaNya ke arah penipuan demi kepentingan diri begitu sahaja?

Seperti mana yang berlaku di sana sini, ALLAH menurunkan bala sebagai peringatan kepada mereka yang lupa akanNya. Tetapi mengapa tidak kepada saudara Saiful yang dilabel oleh pengikut Datuk Seri Anwar sebagai pendusta? Adakah ALLAH memberi isyarat bahawa Saiful berada dipihak yang benar?? WALLAHU A'ALAMU BIS SAWWAB... Tetapi jelas kini, pihak tertuduh kelihatan tidak senang duduk dihimpit pelbagai kontroversi dan lontaran "fitnah" ( dakwa dirinya )...

Tertuduh kini berusia 62 tahun. Jika benar beliau dipihaksebelah kanan, maka ALLAH akan meletakkan beliau sama seperti orang seusianya yang kini tenang berehat di teratak bersama anak-anak dan cucu. Untuk beliau kembali, masih tidak terlambat, tetapi beliau harus berhadapan dengan sumpah laknat daripada Saiful Bukhari. Mengapa ALLAH membenarkan sumpah laknat tersebut? ALLAH maha berkuasa. Jadi, tidak mustahil untuk ALLAH menggagalkan majlis sumpah tersebut ketika itu. Malah, majlis tersebut berlangsung di dalam rumah suci ALLAH dimana sepatutnya insan "munafik" seperti Saiful ( dilabel oleh ahli PKR ) tidak layak berada didalamnya membuat sumpah. Tidakkah kita semua terfikir sejenak?

MENGAPA ALLAH MEMBENARKAN SUMPAH LAKNAT TERSEBUT BERLAKU???? Maka, jawapan bagi persoalan tersebut hanya terdapat pada Yang Maha Mencipta. Kepada saudara Saiful, berdoalah sebanyaknya kepada ALLAH supaya ALLAH menolong anda menunjukkan ke"Bathil"an yang berlaku kepada umum khususnya kepada yang tertipu oleh yang menipu.

ALLAHU AKBAR!!!


""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: