Monday, December 21, 2009

Datuk Bung Dan Zizie Izzete


" Saya tak mahu soalan tambahan yang di-pertua, saya sakit hati!", jika anda masih ingat lagi, kata-kata tersebut pernah dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin di dalam dewan rakyat ketika kontroversi Ahli Parlimen Bagan Serai menaiki singgahsana Yang Di-Pertua Dewan, Datuk Pandikar Amin Mulia.

Beliau cukup sinonim dengan mulut yang celupar ketika di dalam dewan, juga antara wakil dewan yang banyak mulut.

Baru-baru ini, timbul kontroversi oleh media yang mengatakan beliau telah menikahi seorang aktres jelita, Zizie Izzete.


Zizie Izzete pernah menyatakan kepada media ketika beliau disoal mengenai jodoh, bahawa beliau menolak cinta "suami orang". Tetapi baru-baru ini, beliau sekali lagi ditemuramah oleh media disoal mengenai kontroversi yang timbul, beliau dengan bersahaja menjawab, " kalau sudah jodoh saya, saya terima sahajalah".

Setelah kontroversi timbul, mereka berdua terus dikerumuni wartawan media massa juga cetak. Mereka diasak dengan bermacam soalan dan pertanyaan.

" Saya tidak cukup 'handsome' untuk 'dia'.", begitulah komen Datuk Bung ketika disoal mengenai pernikahan beliau dengan Zizie.

" Saya tidak mahu berkata apa-apa, kerana saya perlu jaga hati banyak pihak" itu pula komen Zizie kepada wartawan.

Baru-baru ini juga, Ahli Parlimen Sri Gading yang juga rakan karib Datuk Bung, Datuk Mohamad Azziz mengiakan perkara tersebut malah memberi nasihat kepada rakannya bahawa perkara yang baik tidak perlu disorokkan.

Kesudahannya, perlu kita tunggu pengesahan daripada Datuk Bung sendiri juga daripada Zizie.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: