Jika kita melihat satu sudut yang jarang dipandang umum, negara kita sudah mempunyai parti-parti politik yang cukup lengkap tanpa kehadiran dua parti pembangkang tersebut.
Parti Tindakan Demokrasi ( DAP ) yang memperjuangkan hak demokrasi negara sudah tidak perlu diwujudkan atau dalam erti kata lain, mereka hanya perlu bubarkan parti dan menyertai parti lain di negara ini. Jika dilihat dengan teliti, sentimen yang dibawa mereka hanyalah berbaur perkauman dan amat menyentuh sensitiviti rakyat di negara ini. Tanpa mereka, negara tidak akan merasa kehilangan malah kembali aman dan tenteram dengan rakyat yang harmoni.
Begitu juga dengan Parti KeAdiLan Rakyat ( PKR ) yang tidak diketahui wadah perjuangan sebenar mereka. 95% daripada ahlinya adalah bekas ahli UMNO yang kecundang iman lalu menyertainya. Jelas tergambar perjuangan PKR yang diasaskan oleh presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya berkisar untuk suami beliau yang tercinta iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perjuangan yang mereka laungkan hanyalah "Anwar Untuk Perdana Menteri". Setelah menjadi perdana menteri, apa yang akan terjadi? Tiada noktah mahupun koma, hanya tanda soal.
Berbalik kepada parti yang lengkap, kita di negara ini mempunyai beberapa parti komponen yang sudah berjaya melindungi hak-hak rakyat seluruhnya. Sebagai contoh UMNO yang memperjuangkan hak orang melayu, MIC untuk orang india, MCA untuk orang cina, PPP dan GERAKAN untuk rakyat, beberapa parti komponen di Sabah dan Sarawak yang menjaga hak orang di sana, juga PAS untuk orang islam.
Tidakkah itu sudah lengkap untuk kita membentuk sebuah gagasan 1Malaysia? Disamping mengamalkan undang-undang islam, negara Malaysia yang dibentuk oleh tiga kaum utama pasti akan harmoni dan dihormati oleh negara luar.
Institusi Raja Beperlembagaan yang diamalkan Malaysia cukup untuk menggambarkan sebuah negara yang unik dimana kita mempunyai ketua negara iaitu Yang Di-Pertuan Agong yang menjaga hak-hak rakyat islam dan keistimewaan orang melayu dan seorang pemerintah yang tidak dipengaruhi oleh politik, diikuti dengan Perdana Menteri yang menjadi tulang belakang pemerintahan negara dibawah payung Agong dan seterusnya beberapa menteri kabinet yang menyokong kerja-kerja perdana menteri.
Jadi, mengapa perlunya dua parti tersebut yang tiada matlamat tunjang dan tuntas di negara ini? Mengapa tidak disingkir sahaja? Mengapa rakyat masih menyokong mereka? Seharusnya mereka buka mata dan melihat sejauhnya apa yang ada dimasa hadapan jika terus bersama dua parti ini.
Kini, perlahan-lahan pejuang bawahan dan atasan PAS berpaling pandang kepada Pakatan Rakyat kerana mereka sedar akan bahana yang akan menimpa PAS jika terus bersama pakatan tersebut. Begitu juga ahli-ahli PKR yang kini seakan bingung dengan penasihat mereka yang jauh tersasar dari "matlamat" utama perjuangan parti yang diuar-uarkan ketika permulaan penubuhan parti itu dahulu.
Seharusnya mereka korbankan perasaan benci mereka terhadap parti pro-kerajaan dan kembali menyokongnya kerana sejauh mana pun kebencian mereka itu, harus mereka sedar bahawa tiada parti yang lebih baik dari kerajaan kini yang sedari dulu membantu memajukan rakyat negara ini dan keluar dari kepompong kehidupan zaman penjajah dahulu.
Bangunlah wahai rakyat Malaysia dan buka mata anda luas-luas akan apa yang DAP dan PKR sedang lakukan untuk mengaut segala ketamakan mereka untuk memerintah negara Malaysia ini dan menjadikan kita sebagai rakyat yang tunduk kepada mereka.
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment