Baru-baru ini, saya menerima satu emel yang dihantar oleh emak saudara saya yang dihormati menyatakan bahawa terdapat banyak makanan segera di pasaran kini yang mengandungi lemak babi.
Saya terkedu apabila melihat lampiran kertas pembungkus makanan ringan yang dikatakan mengandungi lemak haiwan tersebut.
Tertulis jenama "ROTA" yang mana makanan tersebut amat senang dan mudah didapati di mana-mana kedai runcit sekitar Malaysia. Malah saya juga adalah penggemar makanan ringan tersebut suatu ketika dahulu.
Ini adalah suatu perkara yang cukup serius dan kerajaan serta badan-badan Islam di Malaysia tidak boleh memandang ringan perkara ini. Mereka harus mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya demi menjaga kepentingan umat islam sejagat di negara ini.
Menurut beliau, terdapat bermacam lagi produk makanan yang menggunakan lemak haiwan tersebut tanpa kita sedari.
Umum sedia maklum, babi atau khinzir adalah haiwan yang diharamkan oleh ALLAH kepada kita untuk dimakan dan disentuh. Jika mereka sensitif dengan perkara ini, sudah pasti mereka tidak akan bertindak menggunakan lemak tersebut.
Jelas disini, bertapa biadapnya mereka yang sewenang-wenangnya memperbodohkan umat islam di Malaysia yang jelas secara keras mengharamkan babi tetapi memakan produk yang berunsurkan haiwan tersebut. Tidakkah mereka akan ketawa besar melihat kita dengan sedapnya memakan makanan tersebut walaupun hakikatnya, kita mengharamkan haiwan yang menjadikan asas produk makanan tersebut? Betapa bodohnya kita.
Saya berharap agar pihak yang bertanggungjawab terutamanya jabatan-jabatan agama islam seluruh negara, badan-badan islam bukan kerajaan, tokoh-tokoh islam dan seterusnya kerajaan Malaysia menggerakkan jentera mereka menyiasat perkara ini sehingga ke lubang cacing demi Islam sebenar.
Berikut adalah kod-kod makanan yang menurut beliau mengandungi lemak babi.
Jadikan panduan untuk muslim ketika membeli produk makanan demi kepentingan agama dan bangsa.
ALLAHU AKBAR
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment