Wednesday, December 2, 2009

ISU PIJAK POSTER PADA PANDANGAN SAYA

Heboh satu Malaysia apabila pemimpin tertinggi DAP yang diketuai oleh penasihatnya, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memijak poster tiga ahli dewan undangan negeri Perak yang bertindak keluar parti beberapa bulan lalu secara beramai - ramai.

Tindakan mereka demikian disebabkan perasaan marah mereka terhadap tiga ADUN tersebut yang berpaling tadah dari parti pembangkang dan menyertai kerajaan.

Jika kita ingat dahulu sewaktu heboh mengenai "916" oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjangkakan lebih 30 ahli Barisan Nasional akan melompat kepada Pakatan Rakyat lalu membentuk kerajaan baru.

Siapa yang memulakan istilah "lompat parti" selepas PRU 13 lalu? Jadi jika lompat parti di"halal"kan dalam Pakatan Rakyat, maka "halal" lah perkara tersebut untuk semua ahlinya. Maka dengan itu, "halal" lah dua ADUN dari PKR dan satu dari DAP tersebut melompat keluar parti seterusnya menyertai Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat tidak harus memijak gambar tiga ADUN tersebut kerana mereka tidaklah se"gah" dan sehebat Datuk Seri Zaid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa ahli politik lain dari Barisan Nasional yang berpaling menyertai Pakatan Rakyat.

Isunya kini jelas tindakan yang mereka halalkan dahulu telahpun memakan diri mereka. Kini dikhabarkan semakin ramai ahli Pakatan Rakyat terutamanya dari PKR yang tidak mempercayai kepimpinan pucuk parti lalu menyertai Barisan Nasional. Begitu juga dengan PAS yang kecoh dengan "Kolonel Mat" nya lalu mengheret beberapa ahli akar umbi keluar parti dan menyokong UMNO. Selepas masalah dalaman MCA selesai, maka DAP juga akan kehilangan beberapa ahli akar umbinya.

Seterusnya, hasrat seorang insan yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak kesampaian. Jika dahulu, beliau boleh "membuli" Bapa Hadhari Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terlalu berlembut, tetapi kini beliau berhadapan dengan Bapa 1Malaysia, Datuk Seri Najib yang disokong penuh oleh Bapa Permodenan Malaysia, Tun Mahathir yang bertanggungjawab menaikkan dan juga menjatuhkan beliau dahulu.

Maka selepas ini, akan terbitlah hikayat sejarah yang bertajuk, " Hikayat Pemimpin Kempunan " khas untuk Datuk Seri Anwar, " Hikayat Si Pejuang Demokrasi " dituju khas kepada Lim Kit Siang dan " Hikayat Tok Janggut " untuk Tuan Guru yang dihormati.

Pemimpin DAP tidak seharusnya melakukan demikian rupa kerana tindakan mereka berbuat demikian akan menambah kebencian rakyat kepada mereka yang sudah pun digelar sebagai " Pro Lee Kuan Yew " suatu ketika dahulu.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: