Wednesday, December 2, 2009

PBB Bidas Switzerland Haram Menara Masjid

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyatakan tindakan Switzerland mengharamkan menara masjid baru sebagai satu bentuk diskriminasi yang jelas.


Menurut Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay, pungutan suara yang diadakan pada Ahad lalu untuk mengharamkan pembinaan menara di negara tersebut merupakan satu produk antiorang asing.

Kritikan daripada Pillay dibuat selepas beberapa negara Islam membantah tindakan itu termasuk negara-negara jiran Switzerland.

Dalam pungutan suara itu, 57.5 peratus penduduk negara berkenaan menyokong pengharaman menara masjid baru.

Pemerintah Switzerland menentang pungutan suara itu tetapi berusaha untuk mempertahankannya dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang bukan menentang Islam atau penduduk Muslim.

Menurut pentadbiran negara itu, pengharaman tersebut bertujuan untuk memperbaiki integrasi dan memerangi gerakan pelampau.

"Itu merupakan dakwaan melampau apabila satu simbol satu agama diserang," kata Pillay dalam satu kenyataan.

Menurut Pillay yang merupakan seorang wanita, beliau kecewa dengan hujah-hujah menggerunkan orang asing sedangkan penduduk negara berkenaan menyokong asas-asas hak asasi manusia.

Pungutan suara itu tidak akan menjejaskan menara masjid yang sedia ada atau menyekat penduduk Islam melakukan ibadat.

Ia hanya mengharamkan menara yang yang digunakan untuk melaungkan azan.

Namun, pelancong-pelancong Arab mungkin berfikir dua kali cara untuk membelanjakan wang mereka di Geneva dan beberapa buah bandar raya di Switzerland. - AP


""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: