Semakin aku memikirkan, semakin sakit hati ini. Semakin jauh aku mengelamun, semakin jerih jiwa terasa. Semuanya disebabkan oleh dia yang ku gelar insan khinzir!
Si dia yang ku sayangi WSBWA, kembali diganggu oleh buah hati lama nya. Adakah ini petanda buruk bagiku? Atau sesuatu yang biasa baginya?
Oleh kerana ku amat menyayanginya, ku merasa amat sedih dan lesu apabila melihat nombor talian bimbit insan khinzir tersebut tertera di skrin telefon bimbit dia.
Selama ini, ku sanggup berbuat apa sahaja untuk dirinya. Tetapi mengapa masih ada insan yang mahu menggugat rumahtangga ku? Segala-galanya ku serahkan padaNya.
Disini aku ingin berSUMPAH, agar hina dan melarat hidup si insan khinzir yang ku maksudkan berkenaan untuk selamanya sehingga tiga keturunan!! Biarlah apa yang mahu difikirkan orang lain terhadap diriku. Sudah sakit lagi dipicit jiwa ini ku rasakan.
Jauh aku termangu, sejenak memikirkan apakah tidak cukup selama ini kasih sayang yang ku berikan padanya, sehingga si khinzir itu bertindak mengganggu WSBWA kembali?
Senyum ku kini penuh dengan persoalan yang membuak. Zahirnya ku tampak gembira, tetapi batinku penuh dengan pergolakan. Ku lihat dirinya seperti tiada apa yang berlaku, sedangkan aku meronta merayu kepadanya agar berhenti daripada diganggu oleh si khinzir berkenaan.
Ku masih tidak faham mengapa semua ini masih terjadi. Ku juga punyai kisah lampau, tetapi ku bertindak keatas masa lampau ku agar tidak menghantui ku kembali biarpun mereka tidak mempunyai masalah dengan ku. Kerana apa? Kerana ingin merasakan betapa manisnya berumah tangga. Tetapi mengapa tidak dirinya??? Mengapa??? Ya-ALLAH, Ya-Tuhan ku...
Ku pasrah Ya-ALLAH..
Ku ingin melihat sejauh mana khinzir berkenaan boleh mendekati. Jauh mana pun pergi, kalau khinzir tu tetap khinzir, jika tersentuh perlu juga disamak. HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAH!!!! Lebih baik campak sahaja ke dalam sungai yang banyak buaya. Itupun belum tentu buaya lalu makan, ye-lah, bangkai busuk yang bergelar bangkai khinzir.. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!! Aku masih tak puas hati dengan khinzir tu hingga.............. talkin.... ( Itupun kalau sanggup orang ramai nak talkinkan khinzir... )
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment