Wednesday, November 9, 2011

CORETAN DI AIDIL ADHA - OHH, MERAH!! (PART 1)

Dalam suasana perayaan Aidil Adha di bulan Zul Hijjah yang mulia, aku ingin berkongsi mengenai perjalanan Si Merah sewaktu Aidil Adha lalu yang disambut pada 6 November 2011.



Kisah 1 – Aidil Adha Si Merah Di Rantauan


Di kala semua insan seronok merayakan Aidil Adha bersama keluarga tercinta, tetapi tidak buat Merah yang menyambut Aidil Adha nun jauh di tempat orang. Merah tahu, pasti keluarga Merah merasa sedikit kecewa atas tindakan Merah. Namun Merah berharap agar keluarga Merah faham dan bersikap lebih terbuka.

Tujuan Merah menyambut Aidil Adha di rantau orang bukanlah untuk melarikan diri dari keluarga, jauh sekali benci pada mereka. Bagi Merah, apalah salahnya untuk Merah merasai suasana perayaan di tempat orang. Malahan, Merah akan lebih terbuka minda, meluaskan lagi pandangan, dan mengetahui cara di tempat lain merayakan Aidil Adha. Merah juga tahu, sambutan Aidil Adha di kawasan kediaman Merah tetap sama berdasarkan pengalamannya sedari kecil hinggalah dewasa. Justeru, cadangan Merah untuk merayakan Aidil Adha di kampung Si Hijau dipersetujui oleh Hijau malah disambut gembira oleh seluruh keluarga Hijau.

Tetapi, siapakah Hijau? Biarlah aku merahsiakan siapa Hijau. Tiba masanya kelak, aku pasti Merah akan bersedia mendedahkan identiti si Hijau. Aku faham, Merah bukan sengaja mahu menyembunyikan mengenai Hijau. Namun, Merah terpaksa melakukannya demi menjaga hati dan perasaan ramai pihak. Tidak mengapa, Merah. Aku faham.

Maka, pada Jumaat malam, Merah dan Hijau pun bertolak ke kampung halaman Hijau yang terletak di negeri kejiranan Siti Wan Kembang. Dalam perjalanan tersebut, Merah dan Hijau sedikit tertekan kerana terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Karak yang maha dasyat. Menurut Merah, kesesakan tersebut berlaku sepanjang lebuhraya berkenaan yang memakan masa lebih dua jam.

Sesampainya mereka di kampung, kakak Hijau terus mengajak mereka untuk bersarapan di luar. Merah tanpa menunggu lama terus memesan Nasi Kerabu Ayam Bakar sebaik tiba di restoren berkenaan. Manakala Hijau dan kakaknya memesan Nasi Minyak Ayam Bakar. Menurut mereka, hidangan Nasi Kerabu sudah biasa buat mereka. Selesai bersarapan, Mereka bertiga pun terus menuju ke sebuah pasar untuk membeli bahan mentah masakan buat Aidil Adha esok harinya. Sebaik tiba di rumah, Hijau yang turut keletihan memandu terus melelapkan mata di sofa ruang tamu. Begitu juga Merah yang tewas dek kepenatan, dan merehatkan badan di kamar tetamu yang telah disediakan oleh kakak Hijau.

Namun, kelenaan Merah disentap Hijau yang secara tiba-tiba menggerakkan Merah dari tidur. “Kawan saya ajak saya ke K***t**.Jom ikut”, ajak Hijau. Lalu Merah bertanyakan mengenai kawannya itu yang tidak dikenali Merah. Setelah dijawab sepi oleh Hijau, hati Merah mula timbul perasaan kurang senang. Tidak seberapa lama kemudian, kawannya itu muncul. Merah yang agak mengantuk menyatakan pada Hijau yang Merah tidak mahu pergi. Tapi Hijau berkeras mahu pergi juga ke sana bersama Merah. Namun setelah berkali-kali Merah gagal dipujuk Hijau, Hijau terus membuka langkah mengikut kawannya itu. Hasrat Merah untuk bersama-sama Hijau membawa kakaknya ke bandar terpaksa dilakukannya sendirian.

Sewaktu berjalan-jalan bersama dengan kakak si Hijau dan anaknya, beberapa kali Merah cuba menghubungi Hijau namun gagal. Semuanya terjadi berpunca keputusan awal Merah mahu pulang ke Kuala Lumpur dan menyambut Aidil Adha di sana, menyebabkan Hijau yang buntu tidak keruan terus mematikan telefon bimbitnya. 

Di bandar, Merah menemani kakak Hijau dan anaknya membeli belah untuk persiapan ala kadar Aidil Adha. Sedang kakak Hijau ralit mencari barangan di gedung berkenaan, Merah mula rasa bosan dan sunyi. Merah kemudiannya memberitahu kakak Hijau untuk ke tandas. Merah yang sangat kecewa kerana tidak dapat menghubungi Hijau, melabuhkan punggung di satu sudut luar gedung dan termenung. Sewaktu leka termenung, Merah tiba-tiba teringatkan mengenai pakcik Merah yang dikhabar akan menyambut Aidil Adha di sana lalu menghubungi mereka, namun gagal. Kala sedang membelek nama-nama ditelefon bimbitnya, pandangan Merah terhenti pada satu nama, nama si Putih. Perasaan Merah bercampur baur sama ada mahu menyapa Putih walau hanya dengan satu mesej ataupun tidak. Merah akui hubungan dengan Putih memang sangat bermasalah ketika itu menyebabkan masing-masing menyepi. Namun Merah tabahkan hati lalu cuba menghubungi Putih, juga gagal. Merah terus termenung di situ sehinggalah kakak Hijau menghubungi untuk pulang. Tanpa sedar, rupanya Merah telah duduk mengelamun di luar gedung selama lebih tiga jam.

Penantian Merah sudah sampai hadnya, apabila Hijau masih belum pulang walaupun jam sudah menunjukkan 9 malam. Tanpa berlengah, Merah berkemas dan memberitahu kakak Hijau yang Merah akan bermalam di rumah sepupunya yang terletak lebih tiga puluh lima kilometer dari situ. Sebenarnya, Merah merasa sangat janggal melihat keresahan keluarga Hijau dek menantikan Hijau yang masih belum pulang. Bertambah marah kerana Hijau terus mematikan telefon bimbitnya. Sebaik meninggalkan rumah kakak Hijau, Merah berhenti di tepi jalan dan menghantar mesej dengan herdikan terhadap Hijau. Perasaan marah, kecewa dan bengang si Merah seakan tidak dapat dibendung ketika itu. Merah membuat keputusan untuk nekad pulang ke Kuala Lumpur sendirian meskipun esok adalah hari raya. Merah kemudiannya meneruskan perjalanan ke bandar untuk mengisi minyak. Di stesen minyak berkenaan, Merah tiba-tiba menjadi sebak tatkala mendengar takbirAirmata Merah tumpah, namun diseka selajunya kerana tidak mahu menangis. Ingatan Merah tiba-tiba tertumpu pada seseorang lalu Merah menghubunginya. Nah, pada dia lah yang Merah gelar Bayu, Merah berkongsi segala-galanya.

Aku sangat mengerti, bahawa si Merah sangat tertekan ketika itu. Meskipun senyuman yang Merah lemparkan, namun aku dapat lihat betapa rosaknya hati dan perasaan si Merah. Merah yang keterujaan menyambut Aidil Adha di tempat Hijau dan sanggup meninggalkan kampung sendiri musnah dengan Hijau menghilangkan diri demi kawannya itu. Merah yang sememangnya sedang duka dek permasalahan mengenai Putih, ditambah persengketaan kecil Merah dan keluarga, menyebabkan emosi Merah bertambah buruk. Niat Merah untuk pulang ke Kuala Lumpur, Merah panjangkan pada Bayu. Reaksi Bayu amat terkejut, dan marah dengan keputusan Merah. Bayu akui dia amat risaukan keselamatan Merah dan meminta Merah menimbang semula. Setelah berbicara dengan Bayu, melepaskan marah dan kesedihan pada Bayu, emosi Merah sedikit redaTerima kasih Bayu. Nasihat Bayu agar Merah tidak bertindak menuruti perasaan. Jam diketika itu menunjukkan sebelas lebih tengah malam, lalu Bayu yang sedang membantu keluarganya menyiapkan kelengkapan raya, meminta diri.

Hujan mula turun. Merah mengambil keputusan untuk menunggu Hijau. Biar apapun yang akan terjadi, Merah tetap mahu bersemuka dengan Hijau. Lalu Merah capai telefonnya dan menaip satu pesanan bertulis, “AK LOM BLIK KL AG!! MSIH KT AREA BNDR!! AK TGGU KO KT DPN UMAH AKAK!!!”. Merah pun cuba tenangkan dirinya, dan menuju rumah kakak Hijau. Namun, Merah tidak terus memasuki rumah, sebaliknya menunggu di hadapan laluan masuk rumah.

 Tepat jam dua belas setengah, Hijau dihantar pulang oleh kawannya itu. Tatkala melihat wajah Hijau, Merah (yang menunggu di laluan masuk rumah) terus menyirap. Namun Hijau dengan selamba berkata, “Awk, diorg lom mkn lg r awk.Diorg ajak awk skali. Jom r”. Lalu Merah dengan ketat membalas, “Ko xde rs brsalah lgsung??!! HUHH!! Ko nk mkn, ko g dulu!! Ak tggu ko kt cni!! Ak mmg btul2 xpuas ati ngn ko nih, doh!!! G r!!!”. Lalu Hijau yang tersentap, memberitahu kawannya untuk tidak ikut bersama.

KO AD RS BRSALAH X??!! HAHH!! MCM TUNGGUL KO WT AK KN!! SKANG NI AK MMG SGT2 MARAH!! KO SNDRI XPRNH NMPK AK MARAH MCM NI KN??!!!”, herdik Merah pada Hijau sebaik dia melabuhkan punggung di bangku. “MMG BTUL AK XKISAH SKIT PN KO NK MNENGGEK K MNE PN KO NK!! TP KO TRFIKIR X KT BENAK KPALE HOTAK KO TUH, SAPE YG AD KT KG KO NIH??!! HAAAHHHH!!!!??!! DH LA ESOK RAYA, AK INGT DPT LA DUK SAMA2 NGN FMILY, DGR TAKBIR SAMA!! TP MCM HAMPAS!!! KO NIH MMG JNIS IRRESPONSIBILITY!! DSR BET*** G*RI*!!!”, sambung si Merah. Pada ketika itu, Merah langsung tidak dapat menahan marahnya dan terus ‘membasuh’ Hijau dengan kata-kata pedas. Hijau tunduk, memeluk lututnya, dan senyap tanpa berkata sepatah pun. Sesekali Hijau termenung ke arah hujan lebat di luar, dan matanya berkaca. Merah terus menghentam Hijau dan meluahkan kekecewaan terhadap perangai Hijau! Sehinggalah Merah sendiri tewas lalu gugur airmatanya.

Hijau dengan nada sedih, tertekan dan tersekat-sekat mengakui kesilapannya terhadap Merah. Setelah hampir sejam berlalu, Hijau memujuk si Merah untuk masuk ke rumah dan berehat secukupnya. Merah tenangkan diri, lalu membuka langkah memasuki rumah kakak Hijau.
*Selepas kejadian itu, Hijau tampak kesal atas tindakannya namun menyuarakan agar Merah memahami akan keinginannya. Merah juga tampak berubah berikutan kejadian tersebut. Layanan Merah terhadap Hijau berubah serta-merta. Dalam erti kata lain, Merah seakan sudah hilang budi bahasa terhadap Hijau.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

2 comments:

Opie. said...

saya rasa saya dah mula memahami kod2 warna yg digunakan. huhu

Unknown said...

ohh, tapi, seawal-awalnya, saya ingin mengingatkan, entri yang ini dgn entri yg brtajuk (MAAFKAN AKU, TEMAN) tiada kena-mengena dari segi warna mahupun istilahnya..

kmungkinan trdapat kesamaan, nmun brlain bahan & mksud..

(^_^)

*p/s- Raya Haji tahun ni di Kelantan.. H/M :p