Aku adalah aku.
Tidak akan terlintas untuk aku menulis mengenai aku, seandainya aku tidak mengenali aku.
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, tidak bermewah, tetapi serba lengkap untuk kehidupan yang sempurna, ALHAMDULILLAH.
- Keluarga
Menjadi seorang anak sulung bukannya mudah. Serba-serbi perlu diatur dan dilakukan dengan sebaik mungkin. Bak kata orang tua-tua, yang sulung jadikan contoh buat adik-adiknya. Oleh sebab itulah, aku kerap mengingatkan diri aku bahawa saat sukar, payah dan getir bagi seorang yang bergelar anak sulung adalah perkara ruji dalam norma kehidupan.
Ayah aku pernah berpesan, "kau kena jadi contoh untuk adik-adik. jangan sampai diorang pijak kepala kau dan hilang hormat pada kau, sebab kau abang. kau kenalah tunjukkan sifat dan sikap sebagai abang yang baik, bijak, tegas dan dihormati. ingat!".
Ibu juga selalu berpesan pada aku, "jangan lupakan keluarga kalau kau dah berjaya nanti. ibu takkan hidup untuk seratus tahun. jadi, kaulah yang kena jaga adik-adik kau. pastikan adik-adik kau tak buat apa-apa yang buruk. jangan sampai kau lupa tanggungjawab".
Famili aku (Raya 2011) |
Oh ayah, oh ibu. Sesungguhnya aku tak pernah lupa akan semua pesan-pesan yang pernah dicoret, dimadah mahupun dititipkan pada aku. Aku selalu mengingatkan diri agar tidak sekali-kali melupakan keluarga sendiri.
Biarpun tampak pada kasar mata, aku seakan menjauhkan diri dari keluarga, namun sedikit pun dalam hati aku ini, tidak pernah membuang atau mengetepikan keluarga dari dalam hidup aku. Aku sayang akan keluarga aku.
Aku di Hentian Rehat Lebuhraya Utara-Selatan (10-10-2011) |
- Sahabat (Kanak-kanak)
Selain keluarga, aku juga dikelilingi oleh rakan, sahabat, kawan dan teman. Mereka bukanlah asing dalam hidup aku. Mereka ini juga sudah pun menjadi sebahagian dari keluarga aku.
Masih segar dalam ingatan aku, sahabat aku di zaman kanak-kanak. Setiap petang, sekembalinya aku dari persekolahan sesi petang, mereka inilah yang aku cari. Bukannya lepak yang aku dan mereka fikirkan, tetapi 'bermain' permainan di luar dan riadah.
Lompat Gelang Getah |
Konda-Kondi |
Berbasikal, kejar-kejar, polis entri, baling selipar, sorok-sorok, gelang-getah dan konda-kondi. Itu antara permainan aku semasa zaman kanak-kanak. Setiap petang terutamanya Sabtu dan Ahad, aku pasti akan ke kejiranan sebelah mencari dan memanggil semua sahabat aku untuk berkumpul. Kemudian kami akan bincangkan apakah bentuk permainan yang menjadi pilihan.
Diketika itulah, sambil kejar mengejar, menyorok mahupun melompat, berderai hilai-tawa, sendu-tangis, jerit-teriakan dan macam-macam reaksi sewaktu bermain. Namun kini, kenangan itu hanya dapat dikongsi, dicoret, dibual dan disimpan menjadi memori silam yang tidak akan dilupakan sehingga tertutupnya mata.
Antara mereka yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak aku adalah Ipul (Shaiful Nizam). Berumur dua tahun lebih tua dari aku, Ipul merupakan sahabat aku yang sangat rapat. Malah, sehingga kini aku dan Ipul masih bersahabat baik, sebagai jiran, saudara keturunan dan sahabat. Selain Ipul, dua orang adiknya Awat (Mohd Aswat) dan Hawe juga turut berkawan rapat denganku.
Selain mereka, sahabat -sahabat yang sezaman-permainan dengan aku adalah Jeri (Azri), Etty (Halijah), Ana (Hana), Sabil (Salsabila), Daud, Han (Afhan), Ca'ie (Nasaie), Jemi (Nazmi), Mamat (Azrul), Jirah (Azirah) dan seorang sahabat yang pernah muncul dalam kumpulan kami, iaitu Raja namun dia kemudiannya berpindah.
Bagi aku, pada zaman itulah segala keriangan yang jujur dan sebenar tuhan pinjamkan pada aku. Terima kasih, sahabat-sahabat aku atas memori yang sangat indah, yang kita cipta sama-sama, di zaman kanak-kanak kita dahulu.
- Sahabat (Persekolahan)
Di zaman persekolahan, ramai kawan yang berada disekeliling aku.
Namun, mereka yang bergelar kawan sekolah majoritinya terhad ketika di sekolah sahaja. Tambahan pula, kawan ketika di sekolah rendah, dimana pergerakan aku juga kawan-kawan masih terbatas dengan faktor usia dan kemudahan.
Namun demikian, aku masih ingat beberapa nama yang pernah menjadi kawan baik aku ketika di sekolah rendah. Antara mereka adalah (Ayish) Faris Razali, Aswad Burtah, Nor Azizi, (Amang) Akmal Hasan, Nur Hafrizal, Shahrizan Mat Jen, Farez Abdul Rahman, Haydzam, Azmil, Afiq, Luqman Hakim, Saiful Suhaimi, Mohd Iqra', Anas, Taufiq Mansor dan Azri Fadhil.
Aku di Pantai Teluk Mak Nik, Terengganu (04-06-2011) |
----- part 2 -----
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment