Aku ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA buat semua umat Islam di seluruh Malaysia, seterusnya saudara-seIslam di seluruh dunia.
Tahun ini, Aidil Adha disambut pada tarikh 06 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432.
Aidil Adha sinonim dengan qurban. Pada setiap Hari Raya Aidil Adha, umat Islam diwajibkan untuk mengadakan majlis qurban dengan seekor lembu, biri-biri, kambing mahupun unta dan daging-daging hasil sembelihan tersebut disedekahkan kepada golongan fakir miskin dan kariah.
Mengimbas sejarah sambutan Hari Raya Aidil Adha, ianya merupakan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada seluruh umat Islam bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim 'Alaihi Salam yang tabah dan sabar menuruti perintah Allah agar mengorbankan anakandanya Nabi Ismail untuk disembelih. Begitu juga kesabaran dan pengorbanan Nabi Ismail 'Alaihi Salam menyerahkan dirinya kepada Allah dan merelakan dirinya disembelih. Berkat kesabaran, ketabahan dan keimanan kedua-dua nabi Allah itu dalam menuruti perintah Allah, maka Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kibas untuk disembelih.
Bagi aku, Aidil Adha pada tahun ini amat bermakna kerana seperti yang sedia maklum, 2011 merupakan tahun kesukaran bagi aku dalam menempuhi liku-liku kehidupan yang diselangi dengan hati dan perasaan.
Aidil Adha kali ini membuka sinar dan ruang baru untuk diriku mengerti dan memahami apakah itu pengorbanan. Pengorbanan yang aku lakukan demi kebahagiaan mereka disekeliling membuatkan aku lebih tabah dan kuat dalam meneruskan kehidupan ini.
Kepada semua yang terlibat secara langsung dengan diriku, terutamanya keluarga, teman karib, kekasih, sahabat handai, jiran tetangga juga rakan perniagaan, harus dititikkan disini bahawa setiap pengorbanan yang aku lakukan ini bukanlah untuk kesenangan diriku sendiri, juga bukan untuk merosakkan diriku, tetapi pengorbananku ini adalah demi tempahan kegembiraan, kemuslahatan, kesenangan dan ketenangan di hari mendatang yang dapat dikongsi bersama, INSYA-ALLAH...
Sekali lagi, aku dengan rasa rendah dirinya, memohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari zahir juga batin, seandainya terkasar bahasaku, tercela perlakuanku, terkotor penulisanku, mahupun terjelek perkataan.
“SELAMAT
HARI RAYA AIDIL ADHA”
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment