Sunday, November 13, 2011

MENONTON MOVIE : ADVENTURES OF TINTIN

Pada 11 November lepas, Aku, Syarul, Sarah dan adik Sarah sama-sama pergi menonton wayang di TGV AEON Bukit Raja Shopping Centre, Klang.


Aku dan Syarul sepakat untuk menonton animasi 3D, The Adventures of Tintin : Secret of The Unicorn. Sebenarnya, aku agak kelewatan untuk memasuki panggung kerana mencari parking dan menyalin pakaian di tandas (segan pakai baju formal). Bila aku masuk je dalam panggung, aku nampak cerita dah pun dimainkan. Tapi, bukan tu je yang aku nampak, selain itu aku juga nampak ‘kerusi pasangan’ di tempat paling atas tu kosong. Aku pun terus duduk tanpa berfikir panjang (seronok duduk kerusi besar sorang-sorang^^). Mereka bertiga yang duduk dua baris dari bawah hanya melihat dengan sinis.

Setelah menonton filem animasi 3D tersebut, aku merasa amat kagum dengan penghasilannya yang nyata berkesan dari segi efek visual, lukisan 3D juga jalan cerita yang kuat dan menarik.

Komen-komen :

Aku

Filem Tintin ni sangat menarik. Dari jalan ceritanya, hinggalah kepada kartun 3D tu sendiri yang tampak sangat realistik seperti manusia sebenar, selain latar belakangnya yang menyerlah serta efek bunyi yang mengkagumkan. Bagi aku, filem ni adalah filem animasi terbaik pernah dihasilkan. 5 bintang untuk Tintin”.

Syarul

Hehe.. This is the Animation Movie of the Year. It’s look like real, I means the movement, face reaction, background and the storyline itself. It was awesome!. I do not regret to buy a ticket to watch it for second time, especially with dearly Sarah.. Hehe.. Is’t possible for 10 stars..?.. Hahaha..!...”.

Sarah & Adik

Hehehe.. Mmmm, okay^^.. (Actually I bukannya peminat cerita kartun ni.). By the way, I enjoy with my sister.. Thank you ^^.”.


Sinopsis :

Filem animasi 3D The Adventures of Tintin: Secret of The Unicorn ni sebenarnya mengisahkan mengenai seorang wartawan muda, Tintin dan anjing kesayangannya, Snowy yang mengembara ke dunia pelayaran yang sangat hebat.

Tintin & Snowy 

Semuanya bermula setelah Tintin membeli sebuah model replika kapal layar Unicorn dengan harga yang agak tinggi. Namun, model tersebut tanpa diduga telah diambil oleh penjahat misteri bernama Sakharine dalam satu insiden.

 Ivan Sakharine (kiri) - Suara oleh Daniel Craig

Dengan kecekalan mahu mencari model kapal yang dicuri itu, Tintin dan Snowy mengkaji mengenai sejarah Unicorn kerana mengesyaki kecurian itu ada kaitan dengan perebutan yang berlaku ketika di kedai dan sejarahnya yang melibatkan pelayar lagenda terhebat, Kapten Haddock Lagenda iaitu pemilik asal Unicorn yang sebenar di lautan.

Kapten Haddock bersama Tintin

Nasib Tintin kurang baik apabila dia ditangkap oleh Sakharine dan dikurung di dalam kapal. Di situ, Tintin bertemu dengan Kapten Haddock yang merupakan kapten dan pemilik kapal berkenaan yang juga dikurung oleh Sakharine. Di situ jugalah, mereka bekerjasama menggagalkan rancangan Sakharine setelah mendapat tahu niat Sakharine untuk merungkai kod rahsia yang terdapat dalam setiap tiga model replika Unicorn dan merampas harta karun.

Di samping itu, Tintin juga bertungkus lumus menyelamatkan Kapten Haddock yang mengalami masalah ketagihan alkohol agar Kapten Haddock dapat mengingati sejarah Unicorn dalam merungkai misteri rod rahsia berkenaan. Disinilah terdapat banyak plot-plot yang menarik.

Pengembaraan mereka membawa ke Negara Morocco di mana terletaknya kediaman mewah seorang pembida yang memiliki model ketiga replika Unicorn. Setelah bertarung hebat dalam beberapa siri, barulah Kapten Haddock teringatkan sesuatu sejurus sedar dari pengsan, bahawa orang yang bertarung dengan Haddock The Legend (datuknya) dalam sejarah adalah Sakharine The Red Hat Pirate. Menjadikan Ivan Sakharine yang berebut Unicorn dengan mereka merupakan keturunan Sakharine yang telah besumpah untuk membalas dendam terhadap Haddock ( setelah Sakharine Si Lanun tenggelam bersama Unicorn yang turut sana karam dengan harta-harta karunnya ).

The Unicorn kepunyaan keturunan Haddock

Di akhir cerita, Ivan Sakharine telah ditangkap dua orang polis antarabangsa profesional ( yang telah menolong Tintin mendapatkan kembali dompetnya yang dicuri ketika di Eropah ) atas kesalahan jenayah. Ini menjadikan Tintin dan Kapten Haddock berjaya mendapatkan harta karun berkenaan tanpa halangan Sakharine lagi. Setelah mendapatkan harta karun datuknya di kediaman asal Lagenda Haddock, Tintin mendedahkan, terdapat satu lagi klu yang ditinggalkan datuknya kepada Kapten Haddock. Klu itu adalah klu untuk harta karun yang berada di dalam Unicorn yang tenggelam.



""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: