Tengku Temenggong Mohd Fakry bersama bekas isterinya, Manohara ketika bahagia |
Mahkamah menetapkan sehingga 5 November ini bagi Cik Puan Temenggong Kelantan, Manohara Odelia Pinot, melantik peguamnya dalam tuntutan saman suaminya berjumlah RM105 juta.
Jika bekas model muda itu gagal berbuat demikian, mahkamah akan mengeluarkan penghakiman engkar untuk membenarkan tuntutan tersebut, lapor Bernama.
Peguam suaminya Mohd Haaziq Pillay dilaporkan berkata tarikh tersebut ditetapkan oleh penolong kanan pendaftar Shazali Hidayat Shariff di dalam kamar.
"Bagi memberikan keadilan kepada kedua-dua defendan, pihak kami meminta mahkamah memberikan masa sehingga 5 November depan bagi mereka melantik peguam," beliau dipetik berkata.
"Semua dokumen berkaitan dengan kes sudah diserahkan kepada kedua-dua defendan.
"Jika mereka masih gagal melantik peguam pada tarikh tersebut, maka mahkamah akan mengeluarkan penghakiman ingkar terhadap mereka."
Menurut agensi berita itu lagi, Haaziq berkata prosiding dalam kamar tadi untuk memastikan bahawa bekas peguam Manohara dan ibunya Daisy Fajarina sudah menyerahkan dokumen perintah penarikan diri.
Pada 12 Oktober lalu, mahkamah yang sama membenarkan permohonan firma guaman Fakrul Hisham Abdullah & Associates menarik diri daripada mewakili defendan, isteri dan ibu mertua Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dalam kes saman fitnah tersebut.
Pada 20 Julai lalu, susulan krisis rumah tangga mereka yang berlarutan selama beberapa bulan, Tengku Temenggong Kelantan menfailkan saman terhadap kedua-dua warga Indonesia itu.
Tengku Muhammad Fakhry, sebagai plantif, mendakwa defendan secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah mengenai penderaan seksual terhadap Manohara, semasa sidang akhbar antara April sehingga Jun lalu.
Plaintif mendakwa pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.
Perkataan itu dirancang untuk memperkecil-kecilkan dan mengaibkannya di kalangan ahli kerabat diraja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat jelata, dakwa Tengku Fakhry.
Putera ketiga Sultan Kelantan itu seterusnya mendakwa bahawa dakwaan dan sindiran itu tidak benar, tidak berasas dan menyebabkannya mengalami kerosakan serius kepada reputasi peribadi secara nasional dan antarabangsa.
"Defendan-defendan melafazkan perkataan-perkataan tersebut dengan didorong oleh keuntungan kewangan," dakwa Tengku Fakhry.
Plaintif menuntut ganti rugi teruk, teladan dan pampasan berjumlah
RM105 juta, faedah, kos serta perintah injuksi menghalang kedua-dua defendan daripada terus mengeluarkan perkataan fitnah tersebut.
Tengku Fakhry, 31 dan Manohara, 17, berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan kemudian menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.
Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya.
Pada 5 Julai lepas, Tengku Fakhry memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu terhadap Manohara bagi menuntut isterinya kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment