Aku mintak maaf dari hujung rambut ku, sehingga ke hujung kaki ku. Ku faham perasaan mu, ku mengerti isi hati mu, biarlah kau terus dengan kemarahan mu.
10 Oktober menjadi tarikh keramat dalam hidup mu dan aku. Satu tahun lamanya kita bersama. Tetapi aku telah meragut segala - galanya, hingga kau menjadi murka kepada ku.
Pagi tadi aku melutut, berdoa menghadap tuhan yang MAHA ESA, agar Dia mengampun segala dosa - dosa ku. Aku tahu, hikmah di sebalik kejadian. Mungkin Dia menurunkan ujian kepada diri ku ini. Yang mana selama ini aku langsung tidak sedar kesilapan diri ku. Biar lah tuhan menghukum aku.
Coretan ini sekadar berkongsi. Ku tidak akan ulangi kesilapan lalu. Demi kebaikan diri ku, terutama diri nya. Biar lah ku hidup berulam kan jantung. Kerana hati ku, telah pun ku tinggal kan bersama dengan nya. Biarlah apa yang hendak dikata, tetapi diri ini masih mengharapkan belas dari nya. Perasaan kasih sayang, dan cinta ku ini tidak akan pudar walau sedikit pun.
* CORETAN KHAS UNTUK W.S.B.W.A.
Saiful Izwan, 14 Oktober 2009
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment