Tuesday, October 13, 2009

KEMENANGAN DAN KEKALAHAN DI BAGAN PINANG

Pada 11 Oktober yang lalu, DUN Bagan Pinang di Port Dickson telah melalui satu proses pengundian. Parti yang bertanding meraih undi penduduk terdiri daripada dua parti iaitu Barisan Nasional ( BN ) yang diwakili oleh UMNO dan Pakatan Rakyat ( PR ) yang diwakili oleh PAS. Calon kedua - dua parti berjaya menonjolkan diri masing - masing kepada pengundi.

Calon BN, Tan Sri Isa Abd Samad merupakan seorang tokoh politik terkemuka tanah air dan juga bekas menteri besar Negeri Sembilan. Manakala calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar merupakan calon pilihan pucuk pimpinan PAS. Selama seminggu tempoh kempen diberi kepada calon untuk meraih sokongan pengundi.

Pada tarikh tersebut, undian berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekacauan oleh peraih - peraih undi. Keputusan pada 8.00 malam di berita mengumumkan calon BN, Tan Sri Isa Abd Samad mendahului calon PAS dengan undian sebanyak 8,031 undi manakaln calon PAS meraih 2,578 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,435 undi.

Tahniah kepada calon BN, Tan Sri Isa Abd Samad dan terima kasih kepada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Saiful Izwan , 13 OKT 2009
""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: