Friday, August 12, 2011

WARNA-WARNA RAMADHAN 2011 KU

SaLAm kepada semua..

Ramadhan aku tahun ini agak huru-hara..

HuHhHH!!!

Berbeza dengan tahun lepas, keadaan sewaktu bulan puasa dipenuhi dengan aktiviti harian selain KERJA.. Aku ada Syahrul, Sepu dan Shah disamping aku untuk gaduh-gaduh, nak ketawa-ketawa, kengkadang tu borak-borak (bukan ngumpat ye), dan kengkadang tu solat terawih sesama.. Dalam bulan puasa ni jugakla, aku dapat berkumpul dan beramah-mesra dengan seluruh famili aku baik kandung mahupun angkat, jugak saudara-mara aku, jiran-jiran & kengkawan aku termasuk la Awat, Ipul, Jeri, Amin, Mamat, Han ngan Amie..

Tapi tahun ni, lain sesangat bulan puasa yang ditempuhi. Mana tak nye, tahun lepas dan dua tahun sebelumnya, tuhan bagi sepenuh kegembiraan kat aku.. Semuanya ada disekeliling aku. Tapi tu la.. Orang kata kuasa tuhan sangat Maha Besar dan Maha Kaya. Buktinya, tahun ni bersamaan Ramadhan 1432H, tuhan amek dan tarik semua kegembiraan tu dari aku dengan sekali petik je..

Kosong Jer Rasa...

Entah la.. Aku pun tak tau la apa lagi yang boleh diperkatakan.. Hakikatnya, aku redha.. Tapi, mesti korang tertanya-tanya ke mana dorang semua pergi..?.. Haaaaa... Baiklah, aku kongsi :

Mula dengan adik-beradik aku.. 

Anis ngan Ain 
- Kedua-duanya hubungan dengan aku tak bape baik sebab 'perang dunia keempat'.. Si Anis tu dah balik IKBN Alor Gajah, yang si Ain plak sibuk study dalam bilik sampai otak naik kudis..

Syarul 
- Balik Terengganu dan menetap kat sana sebulan sebab nak tolong kakak-kakak-kakak nya jual kuih-muih masa bulan puasa ni. Huhuhu.. 

Sepu ngan Shah 
- Dua-dua dah bawa diri ke Key-YeLL untuk survive dan berdikari katanya. Hubungan aku ngan mamat dua orang ni pun takde la baik sangat, sebab ada tercetus dissatisfied pada diorang menyebabkan darah aku menyirap.

Kawan-kawan aku pulak merangkap jiran-jiran aku..

Awat, Han ngan Amie 
- Masing-masing sibuk belajar.. Study hard katanya.. Awat ngan Han tengah buat kursus kat politeknik.. Si Amie pulak tengah fokus SPM, sama baya dengan si Ain adik aku..

Ipul, Jeri ngan Mamat 
- Yang dorang ni plak, tengah menyibukkan diri mencari rezeki untuk kahwin.. Ipul dah tercampak jauh kat Banting bekerja kat sana.. Jeri pulak dah ada tanggungjawab, yer la, dah dekat-dekat nak jamu aku dengan nasi minyak, so kena lah 'bersibuk' dengan si "bakal"nya tu.. Yang Mamat ni pulak, sekarang ni dah jadi orang bawah Kaled Berahim, maka secara otomatiknya dia ni pun sibuk berurusan di kantornya.. Huhuhuhu...

Dan akhirnya, aku
....KeseoRanGan LAGi....

Tapi, tuhan tu Maha Adil. Disebalik kesepian yang dialami, tuhan menemukan aku dengan seorang teman yang aku gelarkan AIBA ^^.. Aku mula mengenali AIBA di awal Jun lepas.. Sehingga kini, aku masih dalam peringkat mengenali dirinya, keluarganya dan juga latar belakang kehidupannya dan dalam masa yang sama, aku terus berkawan dengannya agar kelak aku dapat menjadi seorang teman yang jauh lebih akrab dan bermakna buat diri masing-masing..

8hb lepas, Cak dia berbuka sama-sama dirumah. Petang tu, aku gi amek dia kat Cheras Hartamas. Sesuatu yang beghok telah terjadi. Tepat-tepat jer aku parking kereta aku kat lot, enjin kereta tu mati tiba-tiba!!.. Aku terus periksa kereta, dan almukarram walfadangvulawil betul lah!! , minyak kereta habis!!! Memang tak berbau.. Lepas tu, AIBA pun turun dari apartment, tak semena aku jadi tebal muka!! WAAARRGGHH!!!

Apa yang dibuat..?..



Kemudian, aku dan AIBA bonceng motor pegi isi minyak dalam gelen kat Petronas Cheras susur.. Nasib baik takde masalah.. Kalau tak, AIBA suruh aku bawak motor dia, dia bonceng, terbang ke Meru..!.. Hahahaha.... Memang cair muka aku tahan malu..


Sampai je kat Meru, aku bawak dia gi jejalan kat sekitar Meru, Bukit Kapar, Bukit Kerayong dan Cherakah Felda.. Saje nikmati permandangan kampung.. ^_^ .. Kemudian, kitorang singgah Bazar Ramadhan Meru, dia beli :




Talapia Berlada
Kerabu Mangga


Ayam Percik Madu
Popia Basah

Soto ( aku punya )

Air Teh Bunga

AL-HamduLiLLah, masa berbuka tu, semuanya kenyang. Selain AIBA sebagai tetamu hari tu, keluarga aku yang sama-sama berbuka termasuk Ayah dan Ibu, adik aku si Yap dan anak saudara aku si Syazwan.. Aku sangat-sangat gembira hari tu.!!. 

Tapi, AIBA terpaksa balik ke kampung dia di Segamat.. Esok paginya, dia dengan gigih menunggang keldai kesayangannya tu dari Cheras ke Segamat.. Diam-diam, aku risau sesangat sebab faktor jarak, cuaca dan keadaan trafik, khuatir keselamatan dia.. Tapi bila dia sms kata dia dah selamat sampai, siap ready nak rebah badan ke lantai melayan stim mata (membuta).. 

Mood 9hb tu :

HAPPY sebab dia selamat sampai.....
Tapi, kemudiannya aku :

ting-tong bengong sebab aku dah kembali
keseorangan
KESEORANGAN kembali... KESEPIAN kini...

( Janji puasa aku cukup, dah memadai untuk aku kukuhkan iman.. Walaupun hati merindu.. Aku sabar menanti... )


""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: