Monday, August 29, 2011

AKU DI SEGAMAT ( 17 ~ 18 OGOS 2011 )

Bertarikh 17 Ogos, bersamaan 17 Ramadhan, hari Rabu, bersamaan Nuzul AL-Qur'An yang lepas, aku telah ke Segamat.

Semuanya bermula dari ajakan En. Iwan Ahmad (wah! nama sama) untuk aku berbuka puasa di kampungnya yang terletak di Kg. Tanjung Sengkawang, Segamat, Johor.

Hari Selasa tu aku masih lagi bekerja. Jadi aku pun cuba siapkan kerja-kerja yang tertangguh dan 'skip' mana-mana kerja yang boleh di 'carried forward' ke hari Jumaat. Kemudian, aku pun singgah kat Stesen Bas Shah Alam Seksyen 17 untuk survey tiket, yang kebetulan masa tu aku ke Shah Alam untuk ambil barang.

Jadinya, dapatlah tiket bas untuk ke Segamat :-
TiKet Bas aKu ke SeGamaT
Pada hari berkenaan, aku bangun agak lewat, menyebabkan rencana untuk hantar kereta aku untuk service tak jadi. Aku bangun pukul 8.10 pagi. Cepat-cepat aku bersiap dan terus mintak tolong ibu hantar aku ke Klang Sentral. Kemudian, bila dah tiba kat stesen, aku pun bergegas cari bas. Fuhh, nasib baik sempat.

Bas SE Super Ekspres YanG aKu naIk paGi TuH..
Masa dalam bas, aku just dengar lagu kat handphone pakai fon telinga. Sepanjang jalan, aku tengok sekitar perjalanan kat luar, lebih-lebih lagi bila dah masuk sempadan Johor.

Bila aku sampai kat Stesen Segamat, aku mesej Iwan. Selang 8 minit, dia pun 'tercongok' depan aku dengan tersenyum.

"YAIY!! Finally I'm in Segamat!!!!"..

Menurut Iwan, dia bangga sebab akhirnya aku sampai jugak kat kampung dia, lepas kitorang cakap-cakap kononnya nak berbuka kat rumah masing-masing.

Kat bawah ni peta Google Maps untuk korang review :-

Peta KamPung TanJung SengKaWanG ( Google Maps )..
Bila aku sampai jer kat rumah Iwan, aku rasa teruja sebab suasana kat sekitar kampung tu sangat tenang. Tak ada satu bunyi bising pun, kecuali ayam berkokok, sekali sekala bunyi motor lalu lalang depan rumah. Memang seronok.

Bila aku masuk jer rumah, aku salam mak dan abah Iwan. Mak Iwan tengah goreng kerepek gulung, abah Iwan pulak tengah tonton televisyen. Kemudian, aku pun Iwan bawa masuk bilik depan ( yang memang confirm bilik tu adalah bilik kakak Natrah walau Iwan tak beritahu ^_^ ).

Petang tu, dalam pukul 6, Iwan dan adik Fauzi pergi ke bazar Ramadhan kat Bandar Segamat. Kata Iwan, itulah satu-satunya bazar yang ada kat Segamat. Bazar tu tak besar, tapi banyak jugak gerai yang menjual. Bila dah jalan-jalan seluruh bazar, kitorang pun beli :-

cucur udang Segamat,
onde-onde,
kentang goreng bermayonis,
air katira,
air teh bunga,

Bila balik rumah, mak Iwan dah masak :-

mee hailam mak Iwan masak sendiri
murtabak mak Iwan masak sendiri

Bila dah berbuka, kenyang sesangat. Solat maghrib pun senak. Kemudian, kitorang pergi solat terawih kat Surau Kg. Tg. Sengkawang, Abah Iwan jadi imam. Yang syoknya, abah Iwan imamkan solat terawih dengan pantas. Pukul 9.10 malam dah selesai 8 rakaat. Andailah abah Iwan dapat jadi imam kat Surau Darul Ehsan, Meru, gerenti ramai jemaah akan datang sebab cepat habis, boleh balik dan buat kerja-kerja lain kat rumah.

---------------------------------------

Hari kedua esoknya, kitorang plan nak balik tengahari, tapi tak jadi. Akhirnya kitorang balik lepas berbuka. Petang tu, kitorang keluar ke bandar jalan-jalan. Aku pun tak lepas peluang survey harga barang kat Segamat.

Aku beli selipar kat BATA, pelita besi 2 pek x 10 biji dan Iwan beli pinggan mangkuk untuk rumah baru Abg Art kat Cheras Hartamas yang dibeli kat kedai 2ringgit, then aku beli pencuci muka NANO White, pencukur Gillete Mach3 & gel rambut Brylcreem kat GUARDIAN. Aku ada tengok baju melayu siap jahit, tapi kurang berkenan dihati. Jadi, aku balik Klang nanti batu beli.

Malam tu, masa berbuka, kitorang makan :-

nasi putih,
sayur taugeh,
roti jala,
asam pedas ikan tenggiri beli kat bazar,
asam pedas ikan pari abah Iwan beli,
satay paru berlada beli kat bazar,
puding nicola (nenas,NataDeCoco,laici) beli kat bazar,
air mata kucing beli kat warung depan surau.

Alhamdulillah, kenyang.!!!.

Sebelum bertolak balik malam tu, mak Iwan bagi kerepek gulung goreng sira dengan kerepek pisang. Pesan mak Iwan, bagi kat ibu aku. TERIMA KASIH, Acik ^_^.. Abah Iwan pulak lepas solat terawih baru balik.

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Iwan a.k.a. Adi Izwan yang sudi jemput aku ke Segamat. Juga jutaan terima kasih kepada mak dan abah Iwan yang melayan aku dengan sangat baik. Aku rindukan suasana kampung tu. Tak sabar nak pergi lagi...

TERIMA KASIH, YER...(^_^)...

Tepat pukul 10 malam, kitorang pun bertolak ke Klang dengan kereta BLM putih JLB 3XXX.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

3 comments:

ed.izuan.ahmad said...

yeay!!
nnt dtg lg tau...
bli bju same2.. huhu

Unknown said...

inSyaALLah..

Ad rezeKi, panjang umur, kiTe ke SaNe Lg. SeroNok kT saNer Tw.. ^_^

ed.izuan.ahmad said...

seronok ek dekat sini??? haha.... motipppppp....?