Friday, August 12, 2011

SENDA KUIH-MUIH DI BULAN PUASA

Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis kuih muih yang dihidang. Dari selatan, ke pantai timur, hingga ke utara, kuih-muih tradisional masih kekal dan tetap digemari sampai bila-bila..

Bulan puasa ni, pasti di setiap bazar Ramadhan seluruh negara menyediakan juadah kuih buat santapan berbuka.

Jom tengok nama-nama kuih muih dari perspektif "double meaning".... :

Kuih Paling Gangster = 
Kuih Lompat Tikam 
( lompat dan tikam..!.. ganas beb ).. hahahaha..

Kuih Paling Sexy = 
Kuih Puteri Mandi 
( puteri rupawan sedang mandi..?.. memang sexy )

Kuih Paling Keji = 
Kuih Tahi Itik 
( eja nama pun dah tau kenapa keji )

Kuih Bajet Cute = 
Cek Mek Molek
( molek tak semestinya cute )

Kuih untuk Awet Muda = 
Seri Muka
( seri pada muka tanda kita awet muda )

Kuih Paling Alim = 
Kuih Ketayap
( orang biasa ke surau pakai ketayap )

Kuih Penyakit Lelaki Kronik = 
Batang Buruk
( ''batang'' dah buruk..?.. sangat kronik!! )

Kuih Suka Pukul = 
Kuih Lompang
( "mak den memang suko lompang den. dio memang kaki pukul, rupo pun dah macam nago bilo marah". )

Kuih dalam Zoo = 
Badak Berendam
( badak kat zoo memang suka berendam dalam air )

Kuih untuk En. Sam si Polis Trafik = 
Kuih Sampret
( Sam tiup wisel, bunyi "PRETT!!" )

Kuih yang bangun sendiri = 
Kuih Bangkit
( bangkit sama erti bangun )

Kuih orang tak mandi = 
Kuih Baulu
( Bau Lu memang busuk!! )

Kuih Paling Lembab = 
Kuih Siput
( korang kenal siput kan )

Kuih ada kari, tapi takde kuah =
Kuih Karipap
( Macam mana kalau kuih ni berintikan kuah kari.?. larat korang nak kelim.?. )


SenyuM SeLaLu 
^_^

""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: