Thursday, November 19, 2009

Namewee Buat Kontroversi Lagi


Pagi tadi saya membuka akhbar Utusan Malaysia edisi 19 Nov. 2009. Ada satu cerita baru yang hangat telah ditulis iaitu mengenai Namewee.

Sebelum ini, kita digemparkan dengan dua video beliau yang bertajuk "Negarakuku" dan "Kawanku". Kedua - dua video tersebut menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Kini, beliau muncul dengan "single" terbaru yang bertajuk " Namewee Fxxx TNB Malaysia ".

Di dalam video tersebut, beliau menyatakan bertapa hinanya TNB [ Tenaga Nasional Berhad ] Malaysia yang tidak bertanggungjawab atas kerosakan elektrik yang berlaku di Muar. Bermula dari rumah beliau, seterusnya ke seluruh bandar Muar dan berakhir di TNB Muar. Beliau juga turut mengeluarkan kata - kata kesat kepada pekerja TNB terbabit.

Pada hemat saya, beliau ini tidak harus dibiarkan terus - terusan membuat onar di laman YouTube dengan menghantar video yang boleh dianggap kontroversi. Kita menyokong kekreatifan beliau, tetapi jika begitu cara beliau mengekstrak kebolehan beliau, kerajaan perlu lakukan sesuatu terhadapnya.

Selepas kenyataan maaf beliau yang disiarkan di seluruh media tempatan, kini beliau seakan tidak serik dengan amaran yang telah diberikan.

Kita di Malaysia ada undang - undang. Jika berlaku putus bekalan elektrik, beliau tidak seharusnya terus menghentam TNB. Beliau harus tahu apa yang berlaku, dimana tempat berlaku, siapa yang melakukannya? Adakah benar salah TNB atas kesulitan tersebut? Banyak kemungkinan yang boleh dijadikan alasan atas kesulitan tersebut.

Alahai Namewee, Namewee Namewee......

""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: