Ahad lepas 15hb Februari 2015 aku dimintak untuk jadi pengapit Ipul, kawan aku masa kecik kat kampung dulu. Dia la kawan, dia la jiran, dia jugak la sedara aku. Kitorang dari kecik memang rapat sangat. Ye la, nama pun kawan dari kecik kan. Tapi bila dia kahwin Ahad lepas, aku tetiba jadi menung sorang pulak. Mana tak nya, rasa macam kejap sangat masa berjalan, tetiba je semua dah besar, dewasa. #Nangessss.
Apapun, aku wish tahniah kat Ipul ngan wife dia, Lela Sari. #Congrates.
Zaman Budak Budak
Sambung cerita ek. Actually, kitorang dulu ada geng. Masa tu dalam tahun 1997. Geng kitorang ni akan aktif setiap hari Sabtu Ahad, mula pukul 3 petang. Dalam geng kitorang, paling besar sekali nama dia Daud. Senang citer dia yang otai la. Bila waktu nak main apa pun masa kecik dulu, dia la yang akan decide, samada nak main Nyorok-Nyorok ke, Polis Entri ke, Baling Selipar ke, Gelang Getah ke, semua dia yang akan cakap.
Selain warok kitorang Daud, kitorang ada Kak Ugee, Ipul, Jemi, Kak Hani, Mamat, Azmi, Cha'ie, Jirah, Aku, Sabil, Ety, Sarah, Jeri, Anis, Hawe, Ana, Awat ngan Han. Tu sumer geng kitorang la. Setiap hari Sabtu je, kitorang akan kumpul then bincang, hari tu nak main apa. HAHAHAHAHA. #Memori Giler.
Selalunya bila kitorang tengah leka main Nyorok-Nyorok ke, Polis Entri ke, apa-apa je la, mesti kitorang akan berhenti pukul 4.30 petang, then kitorang semua akan serbu rumah Wak Emi. Sebabnya ada cerita Dragon Ball kat TV Metrovision (TV4 dalam kenangan). Bila habis je Dragon Ball, kitorang terus lari keluar balik untuk sambung main. Awesome giler zaman bebudak kitorang.
Dalam citer Dragon Ball tu, kitorang ni ada la yang 'cop' nak jadik Goku, Bezita la, jadik Trunk la. Memasing pilih watak sendiri, lepas tu time main kat luar, buat la gaya watak tu dengan sepenuh jiwa. HAHAHAHAHA. Kelakar giler bila kitorang ingat balik zaman tu.
So, geng kitorang start berkurang bila memasing dah makin besar. Ada gak yang pindah keluar dari kampung.
Zaman Komputer
Mula dengan Daud, bila dia dah start sekolah menengah kat SAMTAR Sungai Manggis, dia masuk asrama. Lepas tu Kak Ugee pulak masuk asrama SAM BESTARI USJ.
Tinggal la kitorang yang still sekolah rendah ni. Kitorang pun lantik Ipul jadik warok kitorang pulak. Dia la yang decide apa nak main setiap kali cuti sekolah. Lama gak dia jadik warok kitorang. Sampai la dia start umur 15 tahun (Form 3), dia dah mula slow bab main-main nih. Ye la, nak PMR kan, lagi pun dah besar, segan nak main permainan budak budak ni dah.
Aku ingat lagi, last Ipul jadik warok kitorang, masa tu Raya Pertama. Balik je kitorang dari ngelencer, Ipul cakap yang dia dah segan nak ngelencer lagi sebab dah besar. Tu la last, lepas tu dah takde dah zaman bebudak kat kawasan kitorang tu main Nyorok-Nyorok ke, Gelang Getah ke, Ngelencer ke, semuanya dah habis dah.
Masuk pulak zaman teknologi. Zaman komputer tengah berkembang. Lepas tu ada pulak jiran baru masuk, nama dia Hakim, pun ada komputer gak. Masa tu, kitorang start main game komputer pulak. Kat Meru tu pulak dah start bukak Cyber Cafe (CC). So ramai la yang melekat kat CC tu.
Dalam tahun 2002, semua geng kitorang dah makin besar. Aku pun bila masuk je sekolah menengah kat SAMTH Kg. Jawa, rasa nak main kat luar tu dah takde dah. So, zaman kitorang tu tinggal kenangan je.
Kahwin
Dalam geng kitorang, yang mula-mula sekali habiskan zaman bujang dia adalah warok first kitorang, Daud. Lepas Daud kahwin tahun 2005, Kak Ugee pulak kahwin tahun 2007. Tapi kitorang takde la nak terasa sangat sebab jarak antara umur kitorang agak jauh.
Sampai lah, bila geng kitorang yang umur dekat-dekat ni kahwin, baru laa kitorang start terasa. Memula sekali Jirah, kahwin tahun 2012 dengan Amer. Lepas dia kahwin, adik dia pulak Jeri nikah ngan Shila sama tahun ngan Mamat yang kahwin ngan Alia tahun 2013.
Actually sebelum diorang tiga orang tu kahwin, kawan kitorang yang pindah tu dah kahwin dulu dah, Kak Hani, Azmi ngan Sarah. Cumanya diorang pindah jauh, jadi kitorang terus lost contact.
Tahun 2014, Sabil pulak kahwin ngan pakwe dia dari Sabah. Tinggallah kitorang kitorang yang bujang-bujang nih tunggu masa pulak. Sampai...........la Ahad lepas 15hb Februari 2015, giliran warok kitorang Ipul jadik laki orang. Berturut pulak tarikhnya ngan majlis adik aku Anis, 21hb Februari 2015 kahwin ngan tunang dia, Afif.
Hurmmmmmmmm, masing masing dah kahwin. Lepas ni tunggu je la yang lain pulak, mana mana yang belum kahwin tu. Ye la, masing masing dah dewasa. Dah ada kehidupan sendiri. Tu la namanya kitaran hidup. #SobSob.
Actually sebelum diorang tiga orang tu kahwin, kawan kitorang yang pindah tu dah kahwin dulu dah, Kak Hani, Azmi ngan Sarah. Cumanya diorang pindah jauh, jadi kitorang terus lost contact.
Tahun 2014, Sabil pulak kahwin ngan pakwe dia dari Sabah. Tinggallah kitorang kitorang yang bujang-bujang nih tunggu masa pulak. Sampai...........la Ahad lepas 15hb Februari 2015, giliran warok kitorang Ipul jadik laki orang. Berturut pulak tarikhnya ngan majlis adik aku Anis, 21hb Februari 2015 kahwin ngan tunang dia, Afif.
Hurmmmmmmmm, masing masing dah kahwin. Lepas ni tunggu je la yang lain pulak, mana mana yang belum kahwin tu. Ye la, masing masing dah dewasa. Dah ada kehidupan sendiri. Tu la namanya kitaran hidup. #SobSob.
Anak
Bercakap pasal anak, Alhamdulillah setakat ni dalam geng kitorang, dah ada 2 baby. Sorang anak Jirah, nama dia Anaqi. Sorang lagi anak Jeri, Naufal. Jeri sekarang ni tengah tunggu anak kedua pulak. Selain Jirah ngan Jeri, diorang yang advanced kahwin dulu tu pun, ada dah anak. Daud ada 2 orang anak, Kak Ugee pun 2 orang anak.
So kitorang tengah tunggu anak Sabil, Ipul ngan Anis pulak. #Hehehehehe.
Credits goes to :
Muhammad Daud Bin Sahry (Daud)
Suzila Binti Suhame (Kak Ugee)
Mohd Saiful Nizam Bin Suhame (Ipul)
Mohd Najmi Bin Taslim (Jemi)
Farah Hani Binti Zohli (Kak Hani)
Mohd Azrul Bin Sharip (Mamat)
Shaiful Azmi Bin Zohli (Azmi)
Mohd Nasa'ie Bin Taslim (Cha'ie)
Noor Azirah Binti Shahrudin (Jirah)
Salsabila Binti Sahry (Sabil)
Siti Halijah Binti Sukor (Ety)
Farah Nadia Binti Zohli (Sarah)
Mohammad Noor Azri Bin Shahrudin (Jeri)
Nuranis Safina Binti Mohd Puzi (Anis)
Hawa Binti Suhame (Hawe)
Siti Norhana Binti Sukor (Ana)
Mohd Aswat Bin Suhame (Awat)
Mohd Afhan Bin Fajri (Han)
*** Warok (Bahasa Jawa) : Ketua
*** Ngelencer (Bahasa Jawa) : Ziarah Raya
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""
3 comments:
RINDU ZAMAN BUDAK BUDAK (T_T)
perghhhhh... kenangan legen siot..
wa tabik wa nanges wooo teringat kenangan lalu..
rase nk ajak korng main nyorok2 lagi skarang
Zeera Lily, jangan cakap camtu.. KItaran hidup, biase laaaa.. Huhuhuhu.. Sedih kannnnn...
Jangan ajak, kang betul betul kang Sabtu Ahad nih.. Hahahahaha..
Post a Comment