MALAYSIA AIRLINES SYSTEM (MAS) |
DOA BUAT MH370 |
Penerbangan MH370 mungkin telah sengaja diterbangkan secara khusus oleh seseorang dari dalam kokpit.
Pakar bencana penerbangan telah menganalisis data dari satelit penerbangan Malaysia Airlines yang hilang itu, mereka mendapati bahawa pesawat itu terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan.
Pemeriksaan teliti terhadap bukti yang wujud telah mendedahkan bahawa MH370 membuat tiga kali pusingan (air turns back) selepas panggilan radio yang terakhir; yakni pertama pusingan ke kiri, kemudian dua lagi, membawa pesawat ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika.
Menuju ke selatan: Data daripada satelit Penerbangan MH370 menunjukkan bahawa pesawat itu membuat beberapa pusingan selekoh selepas panggilan radio yang terakhir, sebelum akhirnya menuju ke Antartika. |
Menurut Malcolm Brenner, pakar terkemuka dunia dalam punca-punca bencana penerbangan, 'mencadangkan' seseorang dari dalam kokpit telah dengan sengaja menerbangkan MH370 keluar dari laluan asal.
'Kemalangan ini telah menarik perhatian dunia, dengan cara yang saya sendiri tidak pernah lihat dalam kerjaya saya selama empat puluh tahun dalam penerbangan,' kata Encik Brenner.
Temubual tersebut dibuat dalam dokumentari baru National Geographic yang akan ditayangkan 8 Mac 2015 di mana Encik Brenner dan satu pasukan pakar cuba untuk menyelesaikan misteri MH370.
Ini berikutan keyakinan penyelaras carian Australia bahawa pesawat tersebut akan ditemui dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Menjejaki: Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Martin Dolan berkata beliau pasti pasukannya akan merungkai misteri dan menjumpai bangkai itu suatu hari nanti. |
Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines yang ditetapkan untuk diselesaikan pada akhir Mei ini, menurut Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata beliau berharap pasukannya akan menjumpai bangkai pesawat itu suatu hari nanti, lapor News.com.au.
Tetapi Agensi Bersama Pusat Koordinasi masih mengunci ketat mulut mereka mengenai isu itu, dengan mengatakan pihak China, Kerajaan Malaysia dan Australia akan menilai apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Penerbangan MH370 telah hilang pada 8 Mac 2014 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal.
Tiada kesan pesawat dijumpai sejak itu tetapi Encik Dolan percaya pasukannya telah hampir menemui bangkai pesawat itu.
'Saya tidak bangun setiap hari dan berfikir "inilah harinya". Tetapi saya bangun setiap hari dengan harapan "ia akan jadi harinya", dan mengharap di antara hari ini sehingga Mei akan muncul harinya,' kata Pesuruhjaya Encik Dolan kepada
News Corp.
'Kedua-duanya menghairankan, dari sudut pandangan kita dimana belum pernah terjadi sebelum ini - bukan sahaja misteri, tetapi juga pada skala yang kita lakukan untuk mencari pesawat'.
'Seperti yang kita dedahkan, kita tidak mempunyai kepastian malah hanya keyakinan bahawa kita akan mencari pesawat yang hilang itu'.
Pencarian MH370 setakat ini seperti sia-sia, dengan lokasi kemalangan pada mulanya dianggap di Laut China Selatan atau Teluk Thailand.
Kemalangan: Saudara-mara penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH370 memegang sepanduk semasa protes yang menuntut penjelasan mengapa Kerajaan Malaysia telah mengumumkan baru-baru ini bahawa nasib MH370 adalah sebuah kemalangan. |
Usaha pencarian kemudiannya diarahkan ke bahagian Selatan Lautan Hindi.
Permulaan yang lewat ini bermakna apa-apa kesan bangkai pesawat yang berada di permukaan dasar laut akan tenggelam dan berkemungkinan beberapa serpihan akan muncul di pantai Sumatera Barat di Indonesia.
Setakat ini, mereka telah gagal mengesan mana-mana bahagian pesawat tetapi pakar cuba untuk meramal corak terapung untuk mencari tapak bangkai dengan mempertimbangkan 'bagaimana pesawat itu telah berlanggar di atas air'.
Agensi Bersama Pusat Koordinasi diketuai oleh Australia yang sedang menjalankan penggeledahan itu mengatakan bahawa setakat ini operasi bawah air telah berjalan dengan rapi sejauh 22,000 kilometer persegi dasar laut, menyamai sekitar 36 peratus daripada kawasan carian utama.
Dianggarkan bahawa jika tiada sebarang penangguhan dari kapal bantuan, peralatan atau cuaca, pencarian bawah air akan selesai beberapa waktu pada bulan Mei ini.
Kapal bekalan 'Go Phoenix' kekal di kawasan itu, 2,500km arah barat selatan Perth, Australia Barat, tetapi tiga kapal lain yang terlibat dalam carian di bawah air digantung operasi sementara minggu ini untuk kembali ke pelabuhan di Australia untuk lawatan berjadual.
Walaupun berbulan mencari di kawasan itu, tidak ada sebarang serpihan ditemukan di permukaan ataupun apa-apa petunjuk bahawa pesawat itu berada di dasar laut di rantau tersebut setakat ini.
Tajuk :MALAYSIAN 370: WHAT HAPPENED? Waktu Premier Ahad 8 Mac pada jam 8 malam, National Geographic Channel.
*** Sumber : Daily Mail United Kingdom
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment