Wednesday, February 25, 2015

KINGSMAN : THE SECRET SERVICE - TERBAIK



Aku baru je lepas tengok citer Kingsman : The Secret Service kat TGV Wangsa Walk. Aku beli tiket online pukul 19:15, tapi sampai lewat sebab terkejar kejar lepas balik keje.

First first, aku rasa macam biase biase je citer dia. Tapi bila sorang kawan office aku Abg Ilyas recommend suh aku tengok, aku pun gigih la pi tengok.

Serious aku cakap, citer dia langsung tak bosan baq ang. Dari start citer, sampai la habis, takde pun part bosan, seronok je aku ikut flow jalan citer dia. 

Citer dia ni pasal satu organisasi rahsia Kingsman, ala ala James Bond 007 la. Diorang banyak involve untuk selamat kan dunia. Actually dalam Kingsman ni ada beberapa wakil agen seluruh dunia yang dipanggil Lancelot. Lancelot utama dia si Galahad, mentor hero citer nih, Eggsy.

Part paling best sekali, masa Merlin letupkan mikro cip tuh, havoc giler baq ang....siap ada muzik okestra lagi.. #Hahahahaha.

Jom aku share sket sinopsis citer tu :-





Sewaktu misi di Timur Tengah, agen rahsia, Harry Hart, aka "Galahad," gagal menyelamatkan salah seorang rakan agen. Kerana merasa bersalah, beliau sendiri menyampaikan pingat keberanian kepada balu agen tersebut dan anaknya, Gary "Eggsy" Unwin, dan mengatakan jika mereka memerlukan bantuan, mereka hanya perlu menghubungi nombor telefon di belakang pingat dan menyampaikan mesej berkod.

Tujuh belas tahun kemudian, saintis iklim James Arnold diculik oleh penyerang yang tidak dikenali, yang diketuai oleh Gazelle, pembunuh dengan kaki palsu bilah, dan majikannya, seorang jutawan internet Richmond Valentine. Salah seorang rakan Hart, yang digelar "Lancelot" cuba untuk menyelamatkan saintis tersebut, tetapi gagal. Valentine, yang terkenal dengan sifat dermawannya, terus bertemu dengan beberapa ketua negara dan orang kenamaan, sebahagian daripada mereka hilang selepas itu. Beliau juga mengumumkan promosi giveaway kad SIM, dengan memberi akses telefon selular dan internet percuma.

Di London, Eggsy yang kini semakin dewasa menjadi anak muda yang menganggur, hidup dengan ibunya, adik tiri yang masih bayi dan bapa tiri yang sangat teruk. Walaupun dia seorang yang pintar dan berkebolehan, dia meninggalkan latihan Tentera Marin Di -Raja dan hidup tanpa arah tujuan. Selepas ditangkap kerana mencuri kereta, Eggsy menghubungi nombor pada bahagian belakang pingat. Hart yang membantu membebaskannya memberitahu Eggsy tentang kewujudan Kingsmen, sebuah agensi perisikan rahsia yang mana kedua-dua dia dan arwah ayah Eggsy bekerja. Berikutan kematian seorang Lancelot, Kingsmen kini mempunyai kekosongan untuk agen baru, dan Eggsy bersetuju untuk turut serta. Beliau menyertai kumpulan calon-calon lain, termasuk seorang wanita yang bernama Roxy. Latihan diawasi oleh "Merlin" seorang Pegawai Kanan Kingsman. Calon-calon yang gagal dikeluarkan satu demi satu sehingga Eggsy dan Roxy muncul sebagai dua finalis. Walau bagaimanapun, Eggsy gagal ujian terakhir, dan Roxy menjadi Lancelot baru.

Pada masa yang sama, Kingsmen telah menyiasat Valentine berkaitan dengan kehilangan VIP. Hart cuba menjejaki saintis James Arnold dan memaksa beliau mendedahkan rahsia mengenai Valentine. Cip yang diimplan dalam kepala Arnold kemudiannya meletup, membunuh beliau dan mencederakan Hart. Namun itu tidak menghalangnya, Hart kemudian menyamar pula sebagai jutawan terkenal dan mengatur makan malam bersama Valentine, dan menjelaskan pandangan beliau; manusia adalah serupa dengan virus, pemanasan global adalah bersamaan Bumi demam, dan Valentine bercadang untuk melakukan sesuatu tentang masalah itu sebelum virus tersebut membunuh ''Tuan Rumah''.

Hart kemudiannya menjejaki Valentine di sebuah gereja kumpulan kebencian di Kentucky di mana Valentine dan Gazelle sedang menjalankan ujian. Mereka melancarkan isyarat kepada kad SIM, menyebabkan semua orang di dalam gereja, termasuk Hart, menjadi ganas tanpa kawalan. Satu pergaduhan besar meletus dan pembunuhan turut berlaku, namun Hart sahaja yang terselamat, manakala Eggsy, Merlin dan Arthur "Pemimpin Kingsmen" memantau melalui pautan video. Valentine kemudiannya menghampiri Hart, dan memberitahu rancangannya untuk menyiarkan isyarat ke seluruh dunia, dengan menggunakan rangkaian satelit untuk menghapuskan secara besar-besaran seluruh umat manusia, seterusnya menyelamatkan Bumi daripada kerosakan yang lebih teruk. Hanya segelintir yang Valentine telah anggap sebagai layak hidup - iaitu mereka yang berpihak kepadanya dan mereka mendapat mikrocip perlindungan yang tertanam di kepala mereka sahaja akan terlepas. Setelah mendedahkan rancangannya, Valentine membunuh Hart.

Eggsy kembali ke ibu pejabat Kingsmen, di mana dia mendapati bahawa Arthur adalah salah satu rangkaian Valentine. Setelah menggagalkan percubaan Arthur untuk membunuhnya dengan membunuh pemimpin Kingsmen itu, Eggsy bekerjasama dengan Roxy dan Merlin. Roxy menggunakan Belon Udara Ber-Altitud Tinggi ke permukaan stratosfera, untuk memusnahkan satelit rangkaian Valentine dengan peluru berpandu, manakala Eggsy dan Merlin meneruskan serangan ke atas Valentine di Pergunungan Bunker. Roxy meletupkan satelit, manakala Eggsy menentang pasukan keselamatan Valentine, manakala Merlin meletupkan cip keselamatan dan membunuh semua orang yang juga sebahagian daripada rancangan Valentine. Eggsy kemudian berlawan dan mengalahkan Gazelle sebelum membunuh Valentine dan menyelamatkan dunia. Dalam satu kejadian di pertengahan kredit, Eggsy, kini merupakan Kingsman penuh, mendapatkan ibunya dan menawarkan rumah yang lebih bagus dan peluang untuk melepaskan diri daripada bapa tiri beliau yang teruk itu.






EGGSY (Kiri) dengan HART 'GALAHAD' (Kanan)

COLIN FIRTH sebagai HARRY HART 'GALAHAD'

TARON EGERTON sebagai GARY 'EGGSY' UNWIN

SAMUEL L JACKSON sebagai RICHMOND VALENTINE

MICHAEL CAINE sebagai CHESTER KING 'ARTHUR'

MARK STRONG sebagai MERLIN

SOPHIE COOKSON sebagai ROXY

SOFIA BOUTELLA sebagai GAZELLE


Senang citer, korang memang kena tengok ah citer nih.. Confirm korang layan punye..!! Tapi citer nih 18++ tau.. Aku rasa sebab masa dorang gaduh tuh, potong real punya.. #Hahahahahaha.

Adiosssssssss & enjoy korang punya movie...

*** info : wikipedia


+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: