Saturday, February 28, 2015

KOPERAL SIRUL AZHAR UMAR - KAMBING HITAM - KEMATIAN ALTANTUYA SHAARIBU



Mendiang Altantuya Shaaribuu

Kes pembunuhan Altantuya Shaaribu kembali hangat diperbincangkan apabila salah seorang tertuduh yang telah dijatuhi hukuman mati, Koperal Sirul Azhar Umar yang kini berada dalam tahanan Jabatan Imigresen Australia, mengeluarkan kenyataan kepada pihak media untuk membongkar rahsia di sebalik pembunuhan tersebut.

Sirul telah bertindak melarikan diri ke Australia beberapa bulan sebelum Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu memutuskan hukuman mati ke atasnya bersama seorang lagi tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya.

Koperal Sirul Azhar Umar

Dalam pendedahannya dari Australia, Sirul mengaku membunuh model dari Mongolia itu, tetapi menegaskan yang dia melakukannya atas arahan pihak tertentu dan menyifatkan dirinya sebagai kambing hitam. Pendedahan terbaru Sirul ini menarik perhatian yang cukup besar sehingga pihak media bergegas meminta komen dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pernah dikaitkan dengan kes tersebut. Najib yang enggan mengulas lanjut hanya menyifatkan apa yang dikatakan oleh Sirul sebagai 'mengarut'. Jawapan ini terus memanaskan lagi suasana dan telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi terhadap kes berprofil tinggi ini.

Walaupun Malaysia telah dikhabarkan memohon ekstradisi ke atas Sirul, Kerajaan Australia bagaimanapun sehingga kini masih tidak mahu melepaskan pesalah terbabit kerana undang-undang negara kanggaroo tersebut membenarkan orang-orang yang dihukum mati untuk berlindung di negaranya. Di samping misteri bagaimana Sirul boleh bolos ke Australia jika tiada bantuan serta perancangan yang rapi dan teliti, Kerajaan Malaysia dilihat tersepit dengan perjanjian ekstradisi yang ditandatanganinya sendiri.

#Masih Menunggu Update Terbaru Mengenai Sirul di Australia.......






***sumber : My Khilafah ( BIL:SN418 )
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, February 25, 2015

KINGSMAN : THE SECRET SERVICE - TERBAIK



Aku baru je lepas tengok citer Kingsman : The Secret Service kat TGV Wangsa Walk. Aku beli tiket online pukul 19:15, tapi sampai lewat sebab terkejar kejar lepas balik keje.

First first, aku rasa macam biase biase je citer dia. Tapi bila sorang kawan office aku Abg Ilyas recommend suh aku tengok, aku pun gigih la pi tengok.

Serious aku cakap, citer dia langsung tak bosan baq ang. Dari start citer, sampai la habis, takde pun part bosan, seronok je aku ikut flow jalan citer dia. 

Citer dia ni pasal satu organisasi rahsia Kingsman, ala ala James Bond 007 la. Diorang banyak involve untuk selamat kan dunia. Actually dalam Kingsman ni ada beberapa wakil agen seluruh dunia yang dipanggil Lancelot. Lancelot utama dia si Galahad, mentor hero citer nih, Eggsy.

Part paling best sekali, masa Merlin letupkan mikro cip tuh, havoc giler baq ang....siap ada muzik okestra lagi.. #Hahahahaha.

Jom aku share sket sinopsis citer tu :-





Sewaktu misi di Timur Tengah, agen rahsia, Harry Hart, aka "Galahad," gagal menyelamatkan salah seorang rakan agen. Kerana merasa bersalah, beliau sendiri menyampaikan pingat keberanian kepada balu agen tersebut dan anaknya, Gary "Eggsy" Unwin, dan mengatakan jika mereka memerlukan bantuan, mereka hanya perlu menghubungi nombor telefon di belakang pingat dan menyampaikan mesej berkod.

Tujuh belas tahun kemudian, saintis iklim James Arnold diculik oleh penyerang yang tidak dikenali, yang diketuai oleh Gazelle, pembunuh dengan kaki palsu bilah, dan majikannya, seorang jutawan internet Richmond Valentine. Salah seorang rakan Hart, yang digelar "Lancelot" cuba untuk menyelamatkan saintis tersebut, tetapi gagal. Valentine, yang terkenal dengan sifat dermawannya, terus bertemu dengan beberapa ketua negara dan orang kenamaan, sebahagian daripada mereka hilang selepas itu. Beliau juga mengumumkan promosi giveaway kad SIM, dengan memberi akses telefon selular dan internet percuma.

Di London, Eggsy yang kini semakin dewasa menjadi anak muda yang menganggur, hidup dengan ibunya, adik tiri yang masih bayi dan bapa tiri yang sangat teruk. Walaupun dia seorang yang pintar dan berkebolehan, dia meninggalkan latihan Tentera Marin Di -Raja dan hidup tanpa arah tujuan. Selepas ditangkap kerana mencuri kereta, Eggsy menghubungi nombor pada bahagian belakang pingat. Hart yang membantu membebaskannya memberitahu Eggsy tentang kewujudan Kingsmen, sebuah agensi perisikan rahsia yang mana kedua-dua dia dan arwah ayah Eggsy bekerja. Berikutan kematian seorang Lancelot, Kingsmen kini mempunyai kekosongan untuk agen baru, dan Eggsy bersetuju untuk turut serta. Beliau menyertai kumpulan calon-calon lain, termasuk seorang wanita yang bernama Roxy. Latihan diawasi oleh "Merlin" seorang Pegawai Kanan Kingsman. Calon-calon yang gagal dikeluarkan satu demi satu sehingga Eggsy dan Roxy muncul sebagai dua finalis. Walau bagaimanapun, Eggsy gagal ujian terakhir, dan Roxy menjadi Lancelot baru.

Pada masa yang sama, Kingsmen telah menyiasat Valentine berkaitan dengan kehilangan VIP. Hart cuba menjejaki saintis James Arnold dan memaksa beliau mendedahkan rahsia mengenai Valentine. Cip yang diimplan dalam kepala Arnold kemudiannya meletup, membunuh beliau dan mencederakan Hart. Namun itu tidak menghalangnya, Hart kemudian menyamar pula sebagai jutawan terkenal dan mengatur makan malam bersama Valentine, dan menjelaskan pandangan beliau; manusia adalah serupa dengan virus, pemanasan global adalah bersamaan Bumi demam, dan Valentine bercadang untuk melakukan sesuatu tentang masalah itu sebelum virus tersebut membunuh ''Tuan Rumah''.

Hart kemudiannya menjejaki Valentine di sebuah gereja kumpulan kebencian di Kentucky di mana Valentine dan Gazelle sedang menjalankan ujian. Mereka melancarkan isyarat kepada kad SIM, menyebabkan semua orang di dalam gereja, termasuk Hart, menjadi ganas tanpa kawalan. Satu pergaduhan besar meletus dan pembunuhan turut berlaku, namun Hart sahaja yang terselamat, manakala Eggsy, Merlin dan Arthur "Pemimpin Kingsmen" memantau melalui pautan video. Valentine kemudiannya menghampiri Hart, dan memberitahu rancangannya untuk menyiarkan isyarat ke seluruh dunia, dengan menggunakan rangkaian satelit untuk menghapuskan secara besar-besaran seluruh umat manusia, seterusnya menyelamatkan Bumi daripada kerosakan yang lebih teruk. Hanya segelintir yang Valentine telah anggap sebagai layak hidup - iaitu mereka yang berpihak kepadanya dan mereka mendapat mikrocip perlindungan yang tertanam di kepala mereka sahaja akan terlepas. Setelah mendedahkan rancangannya, Valentine membunuh Hart.

Eggsy kembali ke ibu pejabat Kingsmen, di mana dia mendapati bahawa Arthur adalah salah satu rangkaian Valentine. Setelah menggagalkan percubaan Arthur untuk membunuhnya dengan membunuh pemimpin Kingsmen itu, Eggsy bekerjasama dengan Roxy dan Merlin. Roxy menggunakan Belon Udara Ber-Altitud Tinggi ke permukaan stratosfera, untuk memusnahkan satelit rangkaian Valentine dengan peluru berpandu, manakala Eggsy dan Merlin meneruskan serangan ke atas Valentine di Pergunungan Bunker. Roxy meletupkan satelit, manakala Eggsy menentang pasukan keselamatan Valentine, manakala Merlin meletupkan cip keselamatan dan membunuh semua orang yang juga sebahagian daripada rancangan Valentine. Eggsy kemudian berlawan dan mengalahkan Gazelle sebelum membunuh Valentine dan menyelamatkan dunia. Dalam satu kejadian di pertengahan kredit, Eggsy, kini merupakan Kingsman penuh, mendapatkan ibunya dan menawarkan rumah yang lebih bagus dan peluang untuk melepaskan diri daripada bapa tiri beliau yang teruk itu.






EGGSY (Kiri) dengan HART 'GALAHAD' (Kanan)

COLIN FIRTH sebagai HARRY HART 'GALAHAD'

TARON EGERTON sebagai GARY 'EGGSY' UNWIN

SAMUEL L JACKSON sebagai RICHMOND VALENTINE

MICHAEL CAINE sebagai CHESTER KING 'ARTHUR'

MARK STRONG sebagai MERLIN

SOPHIE COOKSON sebagai ROXY

SOFIA BOUTELLA sebagai GAZELLE


Senang citer, korang memang kena tengok ah citer nih.. Confirm korang layan punye..!! Tapi citer nih 18++ tau.. Aku rasa sebab masa dorang gaduh tuh, potong real punya.. #Hahahahahaha.

Adiosssssssss & enjoy korang punya movie...

*** info : wikipedia


+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, February 24, 2015

MH370 DI ANTARTIKA ????????????


Heading south: Satellite data from Flight MH370 showed that the plane made several turns after the last radio call, before finally heading towards Antarctica
MALAYSIA AIRLINES SYSTEM (MAS)

DOA BUAT MH370

Penerbangan MH370 mungkin telah sengaja diterbangkan secara khusus oleh seseorang dari dalam kokpit.

Pakar bencana penerbangan telah menganalisis data dari satelit penerbangan Malaysia Airlines yang hilang itu, mereka mendapati bahawa pesawat itu terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan.

Pemeriksaan teliti terhadap bukti yang wujud telah mendedahkan bahawa MH370 membuat tiga kali pusingan (air turns back) selepas panggilan radio yang terakhir; yakni pertama pusingan ke kiri, kemudian dua lagi, membawa pesawat ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika.

Menuju ke selatan: Data daripada satelit Penerbangan MH370 menunjukkan bahawa pesawat itu membuat beberapa pusingan selekoh selepas panggilan radio yang terakhir, sebelum akhirnya menuju ke Antartika.

Menurut Malcolm Brenner, pakar terkemuka dunia dalam punca-punca bencana penerbangan, 'mencadangkan' seseorang dari dalam kokpit telah dengan sengaja menerbangkan MH370 keluar dari laluan asal.

'Kemalangan ini telah menarik perhatian dunia, dengan cara yang saya sendiri tidak pernah lihat dalam kerjaya saya selama empat puluh tahun dalam penerbangan,' kata Encik Brenner.

Temubual tersebut dibuat dalam dokumentari baru National Geographic yang akan ditayangkan 8 Mac 2015 di mana Encik Brenner dan satu pasukan pakar cuba untuk menyelesaikan misteri MH370.

Ini berikutan keyakinan penyelaras carian Australia bahawa pesawat tersebut akan ditemui dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menjejaki: Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Martin Dolan
berkata beliau pasti pasukannya akan merungkai misteri dan menjumpai bangkai itu suatu hari nanti.

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines yang ditetapkan untuk diselesaikan pada akhir Mei ini, menurut Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata beliau berharap pasukannya akan menjumpai bangkai pesawat itu suatu hari nanti, lapor News.com.au.


Tetapi Agensi Bersama Pusat Koordinasi masih mengunci ketat mulut mereka mengenai isu itu, dengan mengatakan pihak China, Kerajaan Malaysia dan Australia akan menilai apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Penerbangan MH370 telah hilang pada 8 Mac 2014 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal.

Tiada kesan pesawat dijumpai sejak itu tetapi Encik Dolan percaya pasukannya telah hampir menemui bangkai pesawat itu.

'Saya tidak bangun setiap hari dan berfikir "inilah harinya". Tetapi saya bangun setiap hari dengan harapan "ia akan jadi harinya", dan mengharap di antara hari ini sehingga Mei akan muncul harinya,' kata Pesuruhjaya Encik Dolan kepada 
News Corp.

'Kedua-duanya menghairankan, dari sudut pandangan kita dimana belum pernah terjadi sebelum ini - bukan sahaja misteri, tetapi juga pada skala yang kita lakukan untuk mencari pesawat'.

'Seperti yang kita dedahkan, kita tidak mempunyai kepastian malah hanya keyakinan bahawa kita akan mencari pesawat yang hilang itu'.

Pencarian MH370 setakat ini seperti sia-sia, dengan lokasi kemalangan pada mulanya dianggap di Laut China Selatan atau Teluk Thailand.

Accident: Relatives of passengers of Malaysia Airlines flight MH370 held placards during a protest demanding to know why the Malaysian government had announced recently that the fate of MH370 was an accident
Kemalangan: Saudara-mara penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH370 memegang sepanduk semasa protes yang menuntut penjelasan mengapa Kerajaan Malaysia telah mengumumkan baru-baru ini bahawa nasib MH370 adalah sebuah kemalangan.

Usaha pencarian kemudiannya diarahkan ke bahagian Selatan Lautan Hindi.

Permulaan yang lewat ini bermakna apa-apa kesan bangkai pesawat yang berada di permukaan dasar laut akan tenggelam dan berkemungkinan beberapa serpihan akan muncul di pantai Sumatera Barat di Indonesia.

Setakat ini, mereka telah gagal mengesan mana-mana bahagian pesawat tetapi pakar cuba untuk meramal corak terapung untuk mencari tapak bangkai dengan mempertimbangkan 'bagaimana pesawat itu telah berlanggar di atas air'.

Agensi Bersama Pusat Koordinasi diketuai oleh Australia yang sedang menjalankan penggeledahan itu mengatakan bahawa setakat ini operasi bawah air telah berjalan dengan rapi sejauh 22,000 kilometer persegi dasar laut, menyamai sekitar 36 peratus daripada kawasan carian utama.

Dianggarkan bahawa jika tiada sebarang penangguhan dari kapal bantuan, peralatan atau cuaca, pencarian bawah air akan selesai beberapa waktu pada bulan Mei ini.

Kapal bekalan 'Go Phoenix' kekal di kawasan itu, 2,500km arah barat selatan Perth, Australia Barat, tetapi tiga kapal lain yang terlibat dalam carian di bawah air digantung operasi sementara minggu ini untuk kembali ke pelabuhan di Australia untuk lawatan berjadual.

Walaupun berbulan mencari di kawasan itu, tidak ada sebarang serpihan ditemukan di permukaan ataupun apa-apa petunjuk bahawa pesawat itu berada di dasar laut di rantau tersebut setakat ini.



Tajuk :MALAYSIAN 370: WHAT HAPPENED? Waktu Premier Ahad 8 Mac pada jam 8 malam, National Geographic Channel.






*** Sumber : Daily Mail United Kingdom
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, February 20, 2015

SEMUA TELAH DEWASA




Ahad lepas 15hb Februari 2015 aku dimintak untuk jadi pengapit Ipul, kawan aku masa kecik kat kampung dulu. Dia la kawan, dia la jiran, dia jugak la sedara aku. Kitorang dari kecik memang rapat sangat. Ye la, nama pun kawan dari kecik kan. Tapi bila dia kahwin Ahad lepas, aku tetiba jadi menung sorang pulak. Mana tak nya, rasa macam kejap sangat masa berjalan, tetiba je semua dah besar, dewasa. #Nangessss

Apapun, aku wish tahniah kat Ipul ngan wife dia, Lela Sari. #Congrates.

Zaman Budak Budak


Sambung cerita ek. Actually, kitorang dulu ada geng. Masa tu dalam tahun 1997Geng kitorang ni akan aktif setiap hari Sabtu Ahad, mula pukul  3 petang. Dalam geng kitorang, paling besar sekali nama dia Daud. Senang citer dia yang otai la. Bila waktu nak main apa pun masa kecik dulu, dia la yang akan decide, samada nak main Nyorok-Nyorok ke, Polis Entri ke, Baling Selipar ke, Gelang Getah ke, semua dia yang akan cakap.

Selain warok kitorang Daud, kitorang ada Kak Ugee, Ipul, Jemi, Kak HaniMamat, AzmiCha'ie, Jirah, Aku, Sabil, Ety, SarahJeri, Anis, Hawe, Ana, Awat ngan Han. Tu sumer geng kitorang la. Setiap hari Sabtu je, kitorang akan kumpul then bincang, hari tu nak main apa. HAHAHAHAHA. #Memori Giler.

Selalunya bila kitorang tengah leka main Nyorok-Nyorok ke, Polis Entri ke, apa-apa je la, mesti kitorang akan berhenti pukul 4.30 petang, then kitorang semua akan serbu rumah Wak Emi. Sebabnya ada cerita Dragon Ball kat TV Metrovision (TV4 dalam kenangan). Bila habis je Dragon Ball, kitorang terus lari keluar balik untuk sambung main. Awesome giler zaman bebudak kitorang. 

Dalam citer Dragon Ball tu, kitorang ni ada la yang 'cop' nak jadik Goku, Bezita la, jadik Trunk la. Memasing pilih watak sendiri, lepas tu time main kat luar, buat la gaya watak tu dengan sepenuh jiwa. HAHAHAHAHA. Kelakar giler bila kitorang ingat balik zaman tu.

So, geng kitorang start berkurang bila memasing dah makin besar. Ada gak yang pindah keluar dari kampung.

Zaman Komputer


Mula dengan Daud, bila dia dah start sekolah menengah kat SAMTAR Sungai Manggis, dia masuk asrama. Lepas tu Kak Ugee pulak masuk asrama SAM BESTARI USJ

Tinggal la kitorang yang still sekolah rendah ni. Kitorang pun lantik Ipul jadik warok kitorang pulak. Dia la yang decide apa nak main setiap kali cuti sekolah. Lama gak dia jadik warok kitorang. Sampai la dia start umur 15 tahun (Form 3), dia dah mula slow bab main-main nih. Ye la, nak PMR kan, lagi pun dah besar, segan nak main permainan budak budak ni dah.

Aku ingat lagi, last Ipul jadik warok kitorang, masa tu Raya Pertama. Balik je kitorang dari ngelencer, Ipul cakap yang dia dah segan nak ngelencer lagi sebab dah besar. Tu la last, lepas tu dah takde dah zaman bebudak kat kawasan kitorang tu main Nyorok-Nyorok ke, Gelang Getah ke, Ngelencer ke, semuanya dah habis dah.

Masuk pulak zaman teknologi. Zaman komputer tengah berkembang. Lepas tu ada pulak jiran baru masuk, nama dia Hakim, pun ada komputer gak. Masa tu, kitorang start main game komputer pulak. Kat Meru tu pulak dah start bukak Cyber Cafe (CC). So ramai la yang melekat kat CC tu. 

Dalam tahun 2002, semua geng kitorang dah makin besar. Aku pun bila masuk je sekolah menengah kat SAMTH Kg. Jawa, rasa nak main kat luar tu dah takde dah. So, zaman kitorang tu tinggal kenangan je. 

Kahwin


Dalam geng kitorang, yang mula-mula sekali habiskan zaman bujang dia adalah warok first kitorang, Daud. Lepas Daud kahwin tahun 2005, Kak Ugee pulak kahwin tahun 2007. Tapi kitorang takde la nak terasa sangat sebab jarak antara umur kitorang agak jauh.

Sampai lah, bila geng kitorang yang umur dekat-dekat ni kahwin, baru laa kitorang start terasa. Memula sekali Jirah, kahwin tahun 2012 dengan Amer. Lepas dia kahwin, adik dia pulak Jeri nikah ngan Shila sama tahun ngan Mamat yang kahwin ngan Alia tahun 2013.

Actually sebelum diorang tiga orang tu kahwin, kawan kitorang yang pindah tu dah kahwin dulu dah, Kak Hani, Azmi ngan Sarah. Cumanya diorang pindah jauh, jadi kitorang terus lost contact.

Tahun 2014, Sabil pulak kahwin ngan pakwe dia dari Sabah. Tinggallah kitorang kitorang yang bujang-bujang nih tunggu masa pulak. Sampai...........la Ahad lepas 15hb Februari 2015, giliran warok kitorang Ipul jadik laki orang. Berturut pulak tarikhnya ngan majlis adik aku Anis, 21hb Februari 2015 kahwin ngan tunang dia, Afif.

Hurmmmmmmmm, masing masing dah kahwin. Lepas ni tunggu je la yang lain pulak, mana mana yang belum kahwin tu. Ye la, masing masing dah dewasa. Dah ada kehidupan sendiri. Tu la namanya kitaran hidup. #SobSob.

Anak


Bercakap pasal anak, Alhamdulillah setakat ni dalam geng kitorang, dah ada 2 baby. Sorang anak Jirah, nama dia Anaqi. Sorang lagi anak Jeri, Naufal. Jeri sekarang ni tengah tunggu anak kedua pulak. Selain Jirah ngan Jeri, diorang yang advanced kahwin dulu tu pun, ada dah anak. Daud ada 2 orang anak, Kak Ugee pun 2 orang anak. 

So kitorang tengah tunggu anak Sabil, Ipul ngan Anis pulak. #Hehehehehe.





Credits goes to :

Muhammad Daud Bin Sahry (Daud)
Suzila Binti Suhame (Kak Ugee)
Mohd Saiful Nizam Bin Suhame (Ipul)
Mohd Najmi Bin Taslim (Jemi)
Farah Hani Binti Zohli (Kak Hani)
Mohd Azrul Bin Sharip (Mamat)
Shaiful Azmi Bin Zohli (Azmi)
Mohd Nasa'ie Bin Taslim (Cha'ie)
Noor Azirah Binti Shahrudin (Jirah)
Salsabila Binti Sahry (Sabil)
Siti Halijah Binti Sukor (Ety)
Farah Nadia Binti Zohli (Sarah)
Mohammad Noor Azri Bin Shahrudin (Jeri)
Nuranis Safina Binti Mohd Puzi (Anis)
Hawa Binti Suhame (Hawe)
Siti Norhana Binti Sukor (Ana)
Mohd Aswat Bin Suhame (Awat)
Mohd Afhan Bin Fajri (Han)



*** Warok (Bahasa Jawa)  :  Ketua
*** Ngelencer (Bahasa Jawa) : Ziarah Raya


+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, February 18, 2015

IBU


Ibu yang terunggul
jasa mu disanjung
kasihnya Ibu
menyinar hidupku

Ibu yang tersayang
masihku terbayang
seri wajahmu
walaupun hatimu pilu

Lembut sentuhanmu
ikhlas belaian
dikau segala
dengannya Ibu

demi kebahagian
ku rela korbankan
sekadar restu 
jiwa dan ragamu

/chorus/
Ibu yang terunggul
Jasa mu disanjung
Kasihnya Ibu
menyinar hidupku

Ibu yang tersayang
Masihku terbayang
seri wajahmu
walaupun hatimu pilu

Ditelapak kaki
terletak styurgawi
alam abadi diakhir nanti

demi kebahagian
ku rela korbankan
sekadar restu 
jiwa dan ragamu

=====================================================


=====================================================
Nyanyian : Liya
Tajuk Lagu : Ibu
Terima Kasih Kepada Saudara : Fizi Jie 

+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, February 17, 2015

DAITEI , RIKAFUREN , DRAGONIZER ....... ???



Apa ada dengan nama tu ...?

Ramai yang tanya aku apa makna Daitei, apa makna Ri-Kafuren. Ada gak yang tanya kat blog ni, kenapa mesti Dragonizer. #Derrrrrrrr.

Takpe la. Hari ni aku reveal apa makna nama nama yang aku pakai tu.


---- Daitei & Ri-Kafuren


Actually, nama Daitei ngan Ri-Kafuren tu aku amek dari satu citer kat TV2 zaman aku kecik kecik dulu, tajuk dia Flashman. Citer dia ala ala Power Rangers, ada 5 superhero, ada jahat, cuma lagi old-school.

CHOUSHINSEI FLASHMAN

So, mana datangnya Daitei..?

Nama Daitei tu aku amek dari nama ketua jahat dia, Maharaja La Deus. Dalam english-nya The Great Emperor La Deus. Aku just amek 'Great Emperor', di translate kan pulak ke Bahasa Jepun, jadilah Dai-Tei.

THE GREAT EMPEROR LA DEUS ( Dai Tei Ra Deusu )

So, tu la yang muncul nama Daitei tu....

Yang Ri-Kafuren tu pulak, macam ni.....

Dalam citer tu, Maharaja La Deus ni ada pencipta dia, namanya The Great Dr. Lee Keflen. Dia ni la yang meng-havoc-kan citer tu dengan piano yang dia selalu main bila nak hidupkan monster.

THE GREAT DOCTOR LEE KEFLEN ( Dai Hakase Ri Kefuren )

Nama The Great Dr. Lee Keflen dalam sebutan Jepun jadi Dai-Hakase Ri-Kefuren. So aku pun amek nama dia tu jadi nickname nama aku. Semuanya sebab aku gila sangat kat citer tuh ngan watak Dr. Lee Keflen.

Boleh kata masa aku kecik kecik dulu, tiap-tiap minggu tak pernah missed citer nih. #biaselabebudak.

So, tu yang muncul nama Ri-Kafuren.....


---- Dragonizer



Nickname ni senang je nak predict. Nama ni aku selalu pakai dalam blog aku nih. Actually aku lahir tahun NAGA. Cer korang selak kalender yang ada banyak-banyak binatang, sekali ngan tahun-tahun tuh.

CHINESE DRAGON

Korang akan nampak tahun 1988 tu tahun NAGA. So aku just english-kan je la NAGA tu jadik DRAGON. #Hehehehehe. Dari DRAGON, aku DRAGONIZER kan binatang hebat dari kayangan purba cina tu. 

Jadi la nickname aku DRAGONIZER.......






***** So aku dah kongsi ngan korang rahsia sebalik nama nick aku nih. Kalau korang rasa nama tu kreatif , korang like. Kalau rasa tak kreatif, pun kena like gak. #Hehehehehe....



Thursday, February 12, 2015

AL-FATIHAH : TUAN GURU DATUK SERI HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, setelah menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di kediamannya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.

Bapa kepada 10 orang anak itu meninggalkan seorang balu, Datin Seri Hajah Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.

Anaknya, Nik Mohammad Abduh, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ayahnya meninggal dunia di sisi semua ahli keluarga mereka.

"Saya ingin memaklumkan pada jam 9.40 malam iaitu malam jumaat ayahanda saya menghembuskan nafas terakhir. Kita akan mengadakan solat jenazah  pada malam ini dan urusan pengebumian ayahanda akan dilakukan esok," katanya kepada media.

Antara yang hadir termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan untuk ayahanda.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Sementara itu, seramai lebih 2,000 orang mula membanjiri kawasan kediaman Allahyarham, sebaik mendapat berita kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka tersebut.

Suasana sedih menyelubungi perkarangan kediaman Allahyarham apabila orang ramai yang hadir ternyata gagal menahan sedih dan beratur untuk masuk secara bergilir-gilir ke kediaman Allahyarham.


AL-FATIHAH, SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN ALLAHYARHAM TUAN GURU BERSAMA DENGAN MEREKA YANG MMENERIMA RAHMAT-NYA........AMEEEEEEEEEEEEEEN.












**sumber : Berita Harian

AL-FATIHAH : DATUK HASBULLAH AWANG MENINGGAL DUNIA

ALLAHYARHAM DATUK  HAJI HASBULLAH AWANG


Pengulas sukan terkenal, Datuk Haji Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.

Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.
Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.






***Sumber : BERITA HARIAN