Monday, January 31, 2011

KEMENANGAN DI TENANG DAN KEHILANGAN DALAM PKR

Barisan Nasional (BN) mendapat dua bonus pada penghujung Januari 2011 kali ini.


Bonus pertama diperoleh BN adalah dari kemenangan pilihan raya di DUN TENANG dengan majoriti 3,707 undi yang diwakili oleh anak bekas ADUN Tenang Mohd Azahar Ibrahim sebanyak 6,699 undi mengalahkan calon PAS Cikgu Normala Sudirman yang memperoleh 2,992 undi.

Kemenangan ini jelas menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat dari kalangan rakyat yang mana majoriti undian telah meningkat semejak pilihan raya umum yang lepas dari dua ribu lebih kepada tiga ribu lebih.

Mengulas lanjut mengenai sentimen yang dimainkan di Tenang sewaktu berkempen, masing-masing menunjukkan krediabiliti untuk menang samada PAS mahupun BN. Kita dapati BN menggunakan suami calon iaitu Cikgu Maarof yang mengambil cuti sakit samata-mata hendak berkempen untuk isteri, kejatuhan ketua pembangkang yang menunjukkan Pakatan Pembangkang kian luntur. Manakala PAS pula melalui Tuan Guru telah mengeluarkan satu fatwa kepada pengundi yang akan mengundi BN adalah jahiliah. Selain itu, kematian ketua cawangan UMNO semasa lawatan Perdana Menteri juga dipolitikkan sehingga mengundang kekesalan oleh keluarga allahyarham.

Apapun, tahniah buat calon BN di Tenang. Jalankanlah tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat dan janganlah JANJI HANYA TINGGAL JANJI. Buat calon PAS, kekalahan adalah adat pilihan raya. Semak dan siasat punca kekalahan dan ambil iktibar.

Bercakap mengenai sentimen, baru-baru ini melalui laman Twitter seorang ahli PKR yang juga merupakan tonggak penubuhan parti tersebut mengumumkan keluar dari parti.



Ahli Parlimen dari Bagan Serai itu, YB N. Gobalakrishnan menulis beliau kecewa dengan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya tahu berjanji tetapi tidak langsung tahu untuk menunaikan janjinya itu. Menurut beliau, nasib kaum India tidak akan terbela jika beliau masih dibawah DS Anwar.

Pemergian YB Gobala meninggalkan PKR adalah satu lagi bonus bagi BN kerana didalam usaha parti kerajaan itu meraih sokongan rakyat, parti lawannya itu sendiri membongkar betapa busuknya parti itu hari demi hari dan seterusnya jatuh menjunam menyembah bumi.

Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia tetap aman dan harmoni seperti sediakala dan kita singkirkan mereka-mereka yang menjadi pengacau dalam arus keharmonian hidup rakyat ini.


""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: