Thursday, January 27, 2011

GADIS PEMINTA DERMA DI STESEN MINYAK SEMAKIN RAMAI

Semalam keluar dalam berita TV3, sebuah pusat amal di Negeri Sembilan telah diserbu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan ( JHEANS ). Kesalahan yang dilakukan termasuk mengajar tanpa tauliah dan beberapa kesalahan lain.

Yang menjadi topik utama adalah, diantara mereka merupakan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal di pusat tersebut dijadikan sumber pendapatan dengan menjual produk-produk seperti kalendar, minyak sapu dan pelbagai lagi atas nama 'amal'.

Menurut orang kuat pusat amal tersebut, kanak-kanak yang dihantar menjual produk itu adalah sebagai latihan keusahawanan bagi mereka. Yang menjadi persoalannya, adakah rela tindakan itu dilakukan oleh kanak-kanak tersebut? Ini kerana kanak-kanak sebaya mereka sepatutnya duduk dibangku sekolah menuntut ilmu dan bukannya menjaja seharian sehingga lewat malam.

Jika kita biasa mengisi minya dimana-mana sekitar Lembah Klang, pastinya kita akan terserempak dengan gadis yang menjual atau meminta derma atas nama 'amal'. Kadangkala saya rasa tergerak untuk berfikir dan bertanya kepada gadis tersebut asal-usulnya dan kepentingan tindakannya itu. Tetapi berat rasa hati dek melihat wayah sayu mereka yang seakan meraih belas.

Sebelum ini, pernah juga saya didatangi oleh seorang gadis sewaktu mengisi minyak di Stesen Petronas Pekan Meru. Apabila diminta, saya menyatakan alasan tiada wang kerana belum "cucuk". Jawapan yang diberikan memang membuatkan hati saya panas. "Isi minyak ada duit, orang minta derma sikit pun tiada duit", bisik gadis itu sendirian dengan suara yang perlahan.

Jadi apabila mendengar keluhan gadis tersebut, saya hairan adakah derma perlukan paksaan? Ataupun keluhan sebegitu kerana tindakan dia bukan seperti meminta derma tetapi seperti berniaga. Sebut pasal berniaga, pasti ada agennya. Dan terkini, agen yang menjadi persoalan itu telah diserbu oleh pihak berkuasa.

Saya bukanlah memboikot, tetapi banyak lagi cara lain untuk mereka ini menjalankan kerja amal daripada membuang masa gadis-gadis ataupun kanak-kanak tersebut di stesen minyak dengan meminta derma. Saluran yang betul akan lebih membantu untuk mendapatkan dana.

Renungkanlah...

""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: