Monday, January 31, 2011

DOSA PERCUMA - VIDEO POLITIK BABI DATUK SERI NAJIB

Reaksi pertama saya setelah menonton video ini, saya tergelak besar kerana suntingan yang sungguh mencuit hati. Tetapi bila diamati, video ini memberikan dosa percuma kepada si penyunting tersebut.



Inilah yang dinamakan teknologi multimedia yang disalah gunakan.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

GEJALA BUANG BAYI!!! SYAITAN BETUL!!!

Cuba anda perhatikan betul-betul gambar dibawah ini >>>>>>>

Petikan KOSMO!

MAYAT bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang di Ayer Hitam, Batu Pahat
 Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.


Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Kadangkala terfikir saya, mengapa masih ada gejala seperti ini sedangkan kita kini hidup didalam zaman moden. Jika kita amati gambar tersebut, tidakkah tergerak hati kita merasa sayu dan sedih apabila bayi yang tidak berdosa tersebut dibuang oleh ibu mereka?

Dosa si ibu kepada bayi ini langsung tidak bermain difikiran ketika si ibu membuangnya. Hanya yang fikirkan, cara untuk menutup aib itu. Itulah hasutan syaitan.

Hasutan syaitan bermula sejak dari awal lagi. Pertama, syaitan menghasut si ibu untuk mengenali dengan lebih intim teman lelakinya. Kemudian syaitan menghasut teman lelakinya untuk keluar berdua-duaan. Dalam masa yang sama, syaitan menutup mata hati bunda kepada si ibu untuk tidak merasa sangsi akan tindakan anak perempuannya keluar di malam hari. Maka keluarlah si ibu dengan teman lelakinya.

Sekali lagi syaitan berada diantara mereka berdua seperti firman Allah yang diringkaskan, "jika diantara dua anak adam lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan, ada diantara mereka yang ketiga, dan itulah syaitan". Maka, syaitan menghasut teman lelaki supaya berlaku ghairah terhadap si ibu itu, dan si ibu pula dihasut agar mempercayai teman lelakinya. Maka sandiwara syaitan telahpun berjaya menyatukan mereka berdua.

Setelah beberapa bulan berlalu, si ibu merasakan sesuatu yang lain berlaku didalam dirinya. Si ibu mengandung. Maka tugas syaitan yang pertama berhasil. Agenda seterusnya oleh syaitan adalah memujuk teman lelaki si ibu agar tidak bertanggungjawab atas diri ibu. Maka tertekanlah si ibu. Dek risaukan perut yang semakin memboyot, syaitan datang dengan membawa jalan penyelesaian terhadap si ibu. Bisikan syaitan supaya si ibu menggugurkan atau membuang bayi itu setelah dilahirkan. Maka tidaklah si ibu merasa malu dengan anak haram yang dikandungkannya.

Demikianlah senario yang berlaku dalam diri anak Adam yang memegang status Islam. Syaitan sentiasa mendamping kita agar melakukan dosa. Banyakkanlah kita berdoa agar syaitan laknatullah itu tidak dapat mengganggu hidup kita.

Renungkanlah.....

""EpOoL De DrAgONiZeR""

WAJIB BACA!! GOLONGAN AHLI NERAKA!!

Ini adalah sekadar peringatan untuk dari saya untuk diri sendiri, seluruh keluarga dan semua taulan. Tidak ada kena mengena atau ingin menguris hati mana-mana pihak. Semoga kita semua dijauhkan dari golongan ini..Amin~


11 GOLOGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan

oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat

ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut

kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda

menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12

golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan

sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka

adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana

mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka

melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular

dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang

berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan

mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah

balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan

darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan

kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan

kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati

sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.

Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang

menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua

ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,

bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar

kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas

titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih

dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati

dalam keadaan bertaubat."

4 Golongan Lelaki Ahli Neraka

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.


""EpOoL De DrAgONiZeR""

KEMENANGAN DI TENANG DAN KEHILANGAN DALAM PKR

Barisan Nasional (BN) mendapat dua bonus pada penghujung Januari 2011 kali ini.


Bonus pertama diperoleh BN adalah dari kemenangan pilihan raya di DUN TENANG dengan majoriti 3,707 undi yang diwakili oleh anak bekas ADUN Tenang Mohd Azahar Ibrahim sebanyak 6,699 undi mengalahkan calon PAS Cikgu Normala Sudirman yang memperoleh 2,992 undi.

Kemenangan ini jelas menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat dari kalangan rakyat yang mana majoriti undian telah meningkat semejak pilihan raya umum yang lepas dari dua ribu lebih kepada tiga ribu lebih.

Mengulas lanjut mengenai sentimen yang dimainkan di Tenang sewaktu berkempen, masing-masing menunjukkan krediabiliti untuk menang samada PAS mahupun BN. Kita dapati BN menggunakan suami calon iaitu Cikgu Maarof yang mengambil cuti sakit samata-mata hendak berkempen untuk isteri, kejatuhan ketua pembangkang yang menunjukkan Pakatan Pembangkang kian luntur. Manakala PAS pula melalui Tuan Guru telah mengeluarkan satu fatwa kepada pengundi yang akan mengundi BN adalah jahiliah. Selain itu, kematian ketua cawangan UMNO semasa lawatan Perdana Menteri juga dipolitikkan sehingga mengundang kekesalan oleh keluarga allahyarham.

Apapun, tahniah buat calon BN di Tenang. Jalankanlah tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat dan janganlah JANJI HANYA TINGGAL JANJI. Buat calon PAS, kekalahan adalah adat pilihan raya. Semak dan siasat punca kekalahan dan ambil iktibar.

Bercakap mengenai sentimen, baru-baru ini melalui laman Twitter seorang ahli PKR yang juga merupakan tonggak penubuhan parti tersebut mengumumkan keluar dari parti.



Ahli Parlimen dari Bagan Serai itu, YB N. Gobalakrishnan menulis beliau kecewa dengan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya tahu berjanji tetapi tidak langsung tahu untuk menunaikan janjinya itu. Menurut beliau, nasib kaum India tidak akan terbela jika beliau masih dibawah DS Anwar.

Pemergian YB Gobala meninggalkan PKR adalah satu lagi bonus bagi BN kerana didalam usaha parti kerajaan itu meraih sokongan rakyat, parti lawannya itu sendiri membongkar betapa busuknya parti itu hari demi hari dan seterusnya jatuh menjunam menyembah bumi.

Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia tetap aman dan harmoni seperti sediakala dan kita singkirkan mereka-mereka yang menjadi pengacau dalam arus keharmonian hidup rakyat ini.


""EpOoL De DrAgONiZeR""

Saturday, January 29, 2011

DATUK SITI JADI DUTA AKRABKAN HUBUNGAN MALAYSIA - NUSANTARA

Datuk Siti Nurhaliza yang merupakan seorang artis tersohor tanah air telah ditawarkan oleh seorang pegawai dari Indonesia untuk menjadi duta kepada hubungan Nusantara.

Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.


Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari yang dianjurkan oleh Iswami itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.

Saiful Hadi yang juga Ketua Pengarang, Agensi Berita Indonesia (Antara) berkata, beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan berkesan untuk 'mendinginkan suasana' ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.

"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.


""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, January 27, 2011

GADIS PEMINTA DERMA DI STESEN MINYAK SEMAKIN RAMAI

Semalam keluar dalam berita TV3, sebuah pusat amal di Negeri Sembilan telah diserbu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan ( JHEANS ). Kesalahan yang dilakukan termasuk mengajar tanpa tauliah dan beberapa kesalahan lain.

Yang menjadi topik utama adalah, diantara mereka merupakan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal di pusat tersebut dijadikan sumber pendapatan dengan menjual produk-produk seperti kalendar, minyak sapu dan pelbagai lagi atas nama 'amal'.

Menurut orang kuat pusat amal tersebut, kanak-kanak yang dihantar menjual produk itu adalah sebagai latihan keusahawanan bagi mereka. Yang menjadi persoalannya, adakah rela tindakan itu dilakukan oleh kanak-kanak tersebut? Ini kerana kanak-kanak sebaya mereka sepatutnya duduk dibangku sekolah menuntut ilmu dan bukannya menjaja seharian sehingga lewat malam.

Jika kita biasa mengisi minya dimana-mana sekitar Lembah Klang, pastinya kita akan terserempak dengan gadis yang menjual atau meminta derma atas nama 'amal'. Kadangkala saya rasa tergerak untuk berfikir dan bertanya kepada gadis tersebut asal-usulnya dan kepentingan tindakannya itu. Tetapi berat rasa hati dek melihat wayah sayu mereka yang seakan meraih belas.

Sebelum ini, pernah juga saya didatangi oleh seorang gadis sewaktu mengisi minyak di Stesen Petronas Pekan Meru. Apabila diminta, saya menyatakan alasan tiada wang kerana belum "cucuk". Jawapan yang diberikan memang membuatkan hati saya panas. "Isi minyak ada duit, orang minta derma sikit pun tiada duit", bisik gadis itu sendirian dengan suara yang perlahan.

Jadi apabila mendengar keluhan gadis tersebut, saya hairan adakah derma perlukan paksaan? Ataupun keluhan sebegitu kerana tindakan dia bukan seperti meminta derma tetapi seperti berniaga. Sebut pasal berniaga, pasti ada agennya. Dan terkini, agen yang menjadi persoalan itu telah diserbu oleh pihak berkuasa.

Saya bukanlah memboikot, tetapi banyak lagi cara lain untuk mereka ini menjalankan kerja amal daripada membuang masa gadis-gadis ataupun kanak-kanak tersebut di stesen minyak dengan meminta derma. Saluran yang betul akan lebih membantu untuk mendapatkan dana.

Renungkanlah...

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, January 24, 2011

KB = KOTA BHARU = BANDARAYA ISLAM...????

Salam kepada semua. Maaf lama tidak "posting" entri dalam blog. Agak sibuk kebelakangan ini.

Semalam terbaca satu artikel dalam sisipan PANCAINDERA oleh MINGGUAN MALAYSIA bertarikh 23hb Januari 2011 yang agak mengejutkan bagi saya. Sejenak terfikir, mengapa sebegitu teruk keadaan tersebut berlaku?? Dimanakah letaknya norma mereka sebagai seorang lelaki dan sebagai penduduk Bandaraya Islam? Persoalan itu berlegar-legar difikiran saya.

Tajuk artikel itu adalah ' FITNESS CENTRE JADI PORT GAY '... Saya agak tertarik untuk membacanya kerana terdapat satu lakaran animasi dibawahnya yang menunjukkan seorang lelaki berkopiah bersama dengan anak-isteri dan berdialog " alamak, kantoilah aku ".. Dek kerana tertariklah, artikel tersebut dibaca.

Alangkah terkejutnya saya apabila membaca. Berikut sedikit sinopsis >>>


Pengadu ( A ) merupakan seorang yang sering mengunjungi pusat latihan gim tersebut yang terletak di dalam sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Kota Bharu. Kebelakangan ini, pusat tersebut menjadi satu pusat yang menggalakan pengunjungnya menjalankan aktiviti songsang. Antara yang terlibat termasuklah remaja, dewasa dan tidak ketinggalan mereka yang sudak berumah tangga. A mendakwa jelik dengan perlakuan mereka kerana bukan sahaja membuat dosa, malah dibuat secara depan-depan. Mereka melakukan perbuatan tersebut di dalam tab sauna stim. Mereka masuk dan berbogel lalu berlakulah aktiviti tersebut. Paling mengejutkan A, seorang lelaki berumur melakukan aktiviti tersebut dihadapan matanya tanpa ada rasa malu ataupun segan. Selang beberapa hari, A terserempak dengan seorang lelaki berperwatakan alim bersama anak dan isteri. A mengecam lelaki tersebut adalah lelaki berumur yang ber'ehem-ehem' di dalam sauna tempoh hari. A merasa hairan dan sedih kerana luaran tidak menggambarkan dalaman. Selang beberapa hari kemudiannya pula, A mengunjungi sebuah surau untuk menunaikan solat. Alangkah terkejutnya si A kerana melihat imam yang akan mengimamkan solat tersebut merupakan 'partner' kepada lelaki alim tadi sewaktu aktiviti mereka di dalam sauna tempoh hari.


Saya rasa cukuplah sampai kat situ. Jadi, apakah yang terfikir di dalam benak anda? Perkara tersebut berlaku secara terbuka, ditempat yang boleh dikatakan awam, tanpa ada rasa hormat pada orang lain, di dalam sebuah bandaraya yang diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam, yang diperintah oleh pak-pak sheikh yang tinggi ilmu agama.

Saya rasa malu setelah terbaca artikel tersebut. Malu sebagai seorang Islam, malu sebagai seorang lelaki, malu sebagai seorang remaja juga sebagai seorang anak. Ini kerana mereka yang terlibat merupakan seorang Islam, lelaki, remaja dan juga seorang ayah dan suami. Tidakkah ini jelik??

Saya berharap pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya bagi membendung gejala yang kotor tersebut walau di Kota Bharu, mahupun dimana sahaja.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, January 11, 2011

ISU INTERLOK : Airmata Sasterawan Negara


Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain ketika ditemuramah

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.

Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.
Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.

Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.

Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?


ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.

SOALAN : Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?

ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.

SOALAN : Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?

ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.

SOALAN : Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?

ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.

SOALAN : Datuk masih menulis?

ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.