Monday, June 30, 2014

TRANSFORMERS 4 SANGAT BEST !!!

 

SINOPSIS


65 juta tahun yang lalu, dalam Zaman Cretaceous, makhluk yang dikenali sebagai yang 'Creators' meletupkan banyak 'Seeds', menghapuskan semua kehidupan di bumi. Terkini, seorang ahli geologi bernama Darcy mendapati banyak mayat dinosaur yang diliputi dalam logam yang tidak diketahui.

Lima tahun telah berlalu sejak Pertempuran Chicago. Cade Yeager, seorang pencipta yang kesempitan hidup bersama rakannya Lucas membeli sebuah trak lama untuk diambil bahagian-bahagian untuk dijual agar dapat menghantar anak perempuannya, Tessa ke kolej. Beliau kemudiannya mendapati ianya adalah sebuah Transformer bernama Optimus Prime yang telah cedera lalu membaikinya.  


Cade ketika membaiki trak (Optimus) lama


Sementara itu di Cemetery Wind, seorang unit elit CIA yang diketuai oleh ejen paranoid Harold Attinger, telah ditugaskan untuk memburu Decepticons yang tinggal. Walau bagaimanapun, dia secara diam-diam memburu kedua-dua Autobots dan Decepticons. Dengan bantuan satu Bounty Hunter Transformer dinamakan Lockdown, mereka memburu dan membunuh dengan kejam Ratchet. Selepas mengetahui Optimus berada di Texas, unit CIA, yang diketuai oleh James Savoy, dan Lockdown menuju ke sana dan mengancam Cade, Tessa, dan Lucas. Optimus keluar dari persembunyian dan menyerang anggota CIA, dan membolehkan mereka bertiga untuk melarikan diri. Mereka diselamatkan oleh Shane Dyson, teman lelaki rahsia Tessa, dan setelah jauh mereka lari dari unit CIA, mereka berjaya terlepas. Walau bagaimanapun, Lucas dibunuh oleh Lockdown. Optimus menghimpun kembali Autobots yang tinggal: Bumblebee, Hound, Drift, dan Crosshairs. Cade menggodam sebuah dron yang diambil dari satu serbuan unit CIA dan mendapati bahawa Cemetery Wind bekerjasama dengan satu koperasi bernama KSI. Mereka membuat keputusan untuk menyusup masuk ke ibu pejabat mereka untuk melihat apa yang mereka lakukan.


Optimus dan Cade


 Sementara itu, Joshua Joyce, ketua KSI, menunjukkan Darcy bahawa dia telah menyempurnakan transformium, satu codeable, logam bermolekul yang tidak stabil di mana sebuah Transformers diperbuat. Beliau telah memenjarakan Brains untuk memecahkan kod otak Transformers mati dan dipindahkan ke dalam Transformers ciptaan manusia. Beliau menunjukkan Darcy ciptaan berharganya, Galvatron, yang telah dicipta menggunakan data dari kepala Megatron.

Apabila dia berjaya menyusup masuk premis KSI, Cade mendapati mereka melebur
kepala Ratchet. Marah, Optimus dan Autobots menyerang premis itu, membebaskan Brains keluar, dan mula memusnahkan Transformers ciptaan KSI. Joshua menghalang mereka dan menjelaskan bahawa mereka tidak memerlukan Autobots lagi kerana mereka boleh membuat Tranformers mereka sendiri. Dengan rasa jelik, Autobots meninggalkan premis itu. Attinger memaksa Joshua untuk melancarkan Galvatron dan Stinger untuk menghapuskan Autobots. Galvatron dan Optimus bertempur sebelum Lockdown menembak Optimus. Tessa terperangkap dan dia bersama-sama dengan Optimus disedut ke dalam kapal Lockdown.  


Lockdown sewaktu memburu Optimus Prime



Lockdown mengunci Optimus di tengah-tengah bilik trofi, yang juga membawa Dinobots, kesatria legenda yang mana Lockdown penjarakan sebelumnya. Beliau menjelaskan bahawa pencipta Optimus itu mahukan dia dan membawa dia kembali. Sebelum dia meninggalkan bumi, Lockdown memberikan 'Seeds', sebuah bom yang boleh membentuk-siber mana-mana kawasan di seluruh dunia kepada Attinger, memberikan Cade, Shane, dan Autobots masa untuk menaiki kapal. Cade dan Shane menyelamatkan Tessa, dan dengan bantuan Crosshairs dan Bumblebee, mereka dapat melarikan diri. Tidak lama selepas itu, Hound dan Drift menyelamatkan Optimus dan pergi sebelum Lockdown memasuki ruang angkasa.  

Optimus dan Brains mendedahkan bahawa Galvatron adalah Megatron dijelmakan semula, dan bahawa Attinger telah memanipulasi KSI untuk memcipta tentera dan mencuri 'Seeds' untuk menghapuskan manusia dan mewujudkan lebih banyak Decepticons. Cade memberi amaran kepada Joshua, yang sedang menuju ke Hong Kong dengan rakan perniagaan beliau Su Yueming dan Darcy untuk mendapatkan ekstrak tentera, telah mengkhianati Attinger.



Optimus berjaya menjinakkan Grimlock (Dinobots)


Di Beijing, Galvatron mengaktifkan dirinya sendiri dan menggodam semua pesawat prototaip Transformer agar menuruti arahannya. Salah satu minions Galvatron telah menembak jatuh kapal yang dinaiki Autobots. Hound dan Bumblebee melompat keluar dan berjuang untuk melindungi manusia. Mengetahui perkara ini, Optimus melepaskan dan cuba menjinakkan Dinobots. Dengan bantuan mereka, mereka memusnahkan tentera Galvatron. Lockdown kemudian muncul dan menggunakan senjata magnet dalam usaha untuk mendapatkan semula Optimus dan Dinobots. Walau bagaimanapun, Optimus membinasakannya dan berhasil untuk melawan Lockdown. Cade cuba untuk membantu Optimus tetapi pistolnya dipegang oleh Attinger. Melihat Cade dalam bahaya, Optimus membunuh Attinger, dan membolehkan Lockdown menusuk Optimus dengan pedangnya sendiri. Cade dan Bumblebee mengalihkan perhatian Lockdown manakala Tessa dan Shane mencabut pedang tersebut daripada dada Optimus, lalu bangkit untuk membunuh LockdownGalvatron berundur, bersumpah untuk bertempur dengan Optimus di hari yang lain. Optimus membebaskan Dinobots sebelum terbang ke angkasa dengan 'Seeds', untuk menghantar mesej kepada 'Creators' agar tidak mengganggu Bumi dan bahawa dia datang untuk mereka.


+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

ZWANHAIFA COOKIES | ORIGINAL & DOUBLE CHOCO CHIP



ZWANHAIFA COOKIES



Biskut coklat edaran ZWANHAIFA merupakan keluaran pengusaha industri kecil bumiputera. Pembuatan biskut berkenaan dihasilkan menggunakan sepenuhnya kerja tangan tanpa menggunakan mesin. Kualiti biskut yang dihasilkan amat dititik-beratkan, bukan sahaja dari segi kuantiti coklat, cip dan tepung malah teknik pembakaran menggunakan suhu yang sesuai juga diambil kira oleh pengusaha. Premis pengusaha juga cukup bersih dan diiktiraf Gred A oleh majlis daerah selain bahan-bahan yang digunakan dijamin HALAL dan bermutu.



Setakat ini, ZWANHAIFA mengedarkan dua jenis biskut coklat :-

i- Original Choco Chip Cookies
ii- Double Choco Chip Cookies


ORIGINAL CHOCO CHIP COOKIES
ORIGINAL CHOCO CHIP COOKIES
DOUBLE CHOCO CHIP COOKIES
DOUBLE CHOCO CHIP COOKIES



Biskut coklat ini diedarkan dalam bekas berisi 300gram bersamaan 80 hingga 90 keping biskut dalam satu bekas. Harga yang ditawarkan adalah RM20 sebekas, dimana amat berpatutan dengan kualiti dan kuantiti.

Sekali dimakan, pasti mahu lagi. Biskut coklat ini cukup rangup, malah apabila biskut berkenaan pecah didalam mulut, akan terasa nikmat adunan cip coklat yang dihasilkan. Tidak rugi untuk dirasa.


Hubungi :-

+6 011 370 333 09
(   Epul  )


+6 018 293 0415
(  Haifa  )



Pengedar :-
ZWANHAIFA COOKIES
Pangsapuri Danau Kota 
53300 Setapak
Kuala Lumpur


 " Jenama ZWANHAIFA merupakan kerjasama antara Izwan dan Haifa, dua orang anak muda yang berazam menjadi perintis dalam bidang perniagaan. Masing-masing mempunyai latar pendidikan dalam bidang perniagaan, bercita-cita membawa jenama ZWANHAIFA lebih maju ke-hadapan ".


""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, June 23, 2014

SIAPA TU KAWAN ???


 -Kata Mak,
"Kawan tu macam lebah, 
habis madu sepah dibuang"...
 

-Kata Ayah,
"Kawan tu umpama bunga ros, 
dipandang cantik, dipegang sakit"...
 

-Kata Atuk,
"Kawan tu seperti air,
akan terus mengalir"...
 

-Kata Nenek,
"Kawan tu bak bulan,
dipuja dan disanjung, tapi jauh nun di sana"...
 

-Kate Sepupu,
"Kawan tu macam makanan,
kawan makan kawan"...
 

-Kata Abang,
"Kawan tu seperti lembu,
ikut sahaja apa dikata"...
 

-Kata Kakak,
"Kawan tu tak ubah macam durian,
bau sahaja busuk, tapi sedap dimakan"...
 

-Kata Adik,
"Kawan tu macam biskut,
kejap ada kejap tiada"...
 

-Kata Aku,
"Kawan tu tak kisahlah macam mana pun,
walaupun dia tu...

MACAM LEBAH   ke,
UMPAMA BUNGA ROS 
ke,
SEPERTI AIR 
ke,
BAK BULAN
  ke,
MACAM MAKANAN 
ke,
SEPERTI LEMBU
  ke,
TAK UBAH MACAM DURIAN
  ke,
MACAM BISKUT 
ke,
 
Dia tetap kawan"...

 
Tau x sebab ape?

 
"  Dia adalah kawan, dan tetap kawan  "...


 




Walaupun kita ada kekasih, tapi, 
kawan dan teman juga lah yang paling setia...

Walaupun kita punya harta yang banyak,
kawan dan teman lah tetap paling berharga...

TERIMA KASIH sebab sudi berkawan dengan saya :)


""DaiTei EpOoL Ri KaFuRen""
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, June 19, 2014

RAMADHAN 1435 - 2014



Bulan Ramadhan, bulan yang cukup dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam seantero dunia. Dalam bulan ini, semua muslim DIWAJIBKAN untuk berpuasa bagi mereka yang sihat dan berkemampuan. Puasa merupakan Rukun Islam ketiga dari kesemua lima rukun. Dalam tempoh sebulan, kita akan diuji Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menahan lapar dan dahaga bermula dari terbit fajar mentari sehingga terbenamnya ufuk ke sebelah barat. Selain makan dan minum, kita juga diminta untuk menjaga pertuturan, tingkah laku dan pandangan mata dari segala kemaksiatan dan lagha dunia.

Dengan berakhirnya 30 Syaaban pada 28 Jun ini, maka bermulalah lembaran baru dalam kitaran hidup seharian seorang muslim itu seawal jam 5 pagi dimana semua umat Islam tidak kira di pelusuk mana sekali pun, akan bangun untuk bersahur sehingga habisnya waktu Syuruk.

Paling dinanti sewaktu kedatangan Ramadhan adalah pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di TV menyatakan tarikh permulaan puasa. Kebiasaannya, saat ini akan dinantikan oleh semua orang tidak kira lapisan umur. Juga menjadi trend masa kini setelah pengumuman tersebut disiarkan, pasti berbondong status dikemaskini samada di Tweeter mahupun Facebook.

Aku secara peribadinya, tidak sabar menunggu Ramadhan. Hati bercampur baur teruja, gembira dan sebak. Boleh dikatakan semua perasaan bermain dalam hati ini. Apa yang mampu terungkap adalah, Selamat Datang RAMADHAN AL-MUBARAK di tahun 1435-2014.



 """"  أهلا وسهلا يا رمضان """"



""" 1 Ramadhan 1435 (29 Jun 2014)"""




""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, June 17, 2014

MALAYSIA & OBESITI

Malaysia diletakkan antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia. Satu fakta yang harus kita ambil berat.

Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid berkata, laporan terkini sebuah jurnal perubatan Britain, The Lancet mendedahkan 49% wanita dan 44% lelaki di negara ini mengalami obesiti.

"Ini suatu masalah yang sangat besar kerana ia membawa kesan penyakit kencing manis, masalah jantung serta penyakit lain. Oleh itu, Perdana Menteri meminta Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global membantu menanganinya," kata beliau.

Beliau ditemuramah pemberita sewaktu majlis pelancaran United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) semalam.








""EpOoL De DrAgONiZeR""

Saturday, June 14, 2014

DEMAM & TANGGUNGJAWAB

26 Mei 2014, hari Isnin.
Jam 3.30 pagi, aku selamat sampai di Setapak dari Ipoh. Sesampai sahaja di rumah, aku dan dia terus merebahkan tubuh untuk berehat. Dia terus lena. Namun lena aku tidaklah panjang. Aku seakan tidak dapat melelapkan mata sepenuhnya, mungkin sewaktu dalam perjalanan, aku sudah tidur agak lama. Tak mengapalah.

Pagi itu aku bekerja seperti biasa. Bangkit seawal jam 7.30 pagi dan bersiap. Masih tiada tanda-tanda aku akan ditimpa musibah kesihatan.

Sewaktu di pejabat, aku mula merasa sendi-sendi aku menggeletar. Tenaga aku hilang hampir 89%, begitu juga fokus aku. Kepala aku seperti dihempap dengan sekampit guni beras 5kg, membuatkan aku lemah serta merta.
Tepat jam 12.45 tengahari, aku terus mencapai jaket dan berpindah tempat untuk melabuhkan kepala aku yang tak tertanggung sakitnya. Hampir 1 jam aku lena tatkala semua rakan sekerja aku enak menikmati hidangan makan tengahari. Sewaktu terjaga sahaja, semua yang berada dihadapan ku gelap dan kelam. Aku hampir pitam. Namun masih memaksa tenaga untuk terus berdiri.

Tepat jam 6.30 petang, waktu normal bekerja tamat, sekali lagi aku rebahkan kepala aku ke meja. Aku gagahkan diri untuk 'stayback' hingga jam 8.30 malam. Aku perasan, ramai antara rakan sekerja aku bimbang dengan tahap kesihatan aku yang tiba-tiba merudum hari itu.

Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke rumah bersama motorsikal besar kepunyaan dia walaupun dalam keadaan menggigil dan sakit kepala. Hanya tuhan yang tahu, betapa sakitnya aku malam itu.


27 Mei 2014, hari Selasa.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku terjaga dari lena tidur yang membuai aku malam itu. Belakang leher ku seperti dihentak kayu balak, sakitnya Maha Suci Allah yang tahu. Aku terasa untuk membuang air kecil, namun bila aku bangkit sahaja dari kamar, lutut aku terus hilang tenaga dan sekali lagi hampir pitam. Aku menyeret kaki aku dan memaksanya untuk berdiri juga. Alhamdulillah, Allah masih memudahkan.

Jam loceng berbunyi, menunjukkan waktu 7.30 pagi. Kebiasaannya, aku akan mengejutkan dia untuk bangkit bersiap. Namun pagi itu aku gagal sepenuhnya. Dia terjaga dan terkejut bila merasa haba yang sangat panas pada tubuh aku. Aku demam panas pagi itu. Aku minta dia sahaja yang bersiap dan aku akan ke klinik untuk dapatkan rawatan.


Di klinik Dr Ng, aku dirawat. Menurutnya, punca aku demam panas hari itu adalah disebabkan kekurangan air dalam badan dan gastrik yang teruk. Dr Ng memberi nasihat agar aku tidak mengatur waktu makan yang salah, juga jenis makanan yang diambil. Seharian aku berehat dirumah tanpa dapat aku bergerak kemana-mana. Tubuh aku betul betul lemah. Aku hanya menunggu kepulangan dia sahaja.


28 Mei 2014, hari Rabu.
Seawal 7pagi aku terjaga. Tubuh aku masih lemah. Badan aku masih terasa panas, namun aku merasa teramat sejuk. Dia menegah aku untuk pergi ke pejabat, namun atas dasar tanggungjawab aku gagahkan juga. Aku berjanji pada dia, akan maklumkan terus jika berlaku apa-apa pada diri aku.

Tengahari itu, aku memesan kepada dia agar membungkuskan makanan untuk aku. Lalu dia membelikan sebungkus mee goreng. Tujuannya, hanyalah untuk aku makan ubat dan mengisi perut. Tiada langsung selera aku hari itu.

Malam itu aku sekali lagi tewas. Sebaik sahaja aku sampai di rumah, tubuh aku menggigil kesejukan dan haba badan aku bertukar panas kembali. Aku terus menggapai selimut, mencari bantal dan rebahkan tubuh di atas tilam. Dia mengambilkan air masak dan menyuruh aku untuk menelan ubat. Setelah selesai aku mengambil ubat demam dan gastrik, aku terus lena tanpa mengambil kisah hal lain.


29 Mei 2014, hari Khamis.
Pagi itu seperti biasa, aku bangkit dan sedia untuk bersiap ke tempat kerja. Kepala masih terasa pening dan sakit, meskipun badan aku terasa sedikit berpeluh.

Di pejabat, aku terasa sakit aku semakin kebah meskipun sedikit pening dan lemah. Fokus aku terhadap kerja masih baik. Terima kasih pada rakan-rakan sekerja aku yang banyak memberi sokongan dan semangat.

Petang itu aku pulang ke rumah bersama dia seperti biasa. Aku singgah sebentar ke kedai untuk membeli pati bubur segera, untuk dimasak. Setelah selesai memasak bubur tersebut, dia meminta aku untuk memasakkan Mamee Chef Tom Yam untuknya. Aku pun dengan gembira memasak. Alhamdulillah, aku dapat merasa tenaga aku kembali pulih sikit demi sedikit. Selesai memasak kedua-dua juadah tersebut, aku dan dia pun menjamah bersama dihadapan TV. Sempat dia memesan, agar aku tidak lupa untuk mengambil ubat setelah selesai makan nanti.

Bubur Segera


30 Mei 2014, hari Jumaat.
Sekali lagi aku menggigil kesejukan. Aku dengan lemah mengejutkan dia dari tidur sambil meleleh airmata dek tak tertahan sakitnya kepala aku. Dia meminta aku untuk bersiap dan akan menghantar aku ke klinik kerajaan. Aku semakin risau kerana kata-kata Dr. Ng sewaktu Selasa lalu terngiang-ngiang ditelinga, "possibility of dengue might be one of the reason why your falling sick today".

Dia membawa aku ke Klinik Kesihatan Sri Rampai untuk mendapatkan rawatan susulan, atas arahan Dr. Ng. Meskipun agak ramai mereka yang menunggu giliran, namun tidak untuk aku. Hal itu membuatkan aku bertambah runsing memikirkan 'mengapa' pengurusan klinik seperti mementingkan 'demam' aku dengan memberi laluan berbanding mereka yang sudah sebelum aku menunggu giliran.

Di dalam bilik rawatan, aku diperiksa sepenuhnya. Dari mata, air liur, anak tekak, suhu badan dan juga darah. Setelah lebih kurang 30minit rawatan dan menunggu keputusan, aku menarik nafas lega. Doktor mengesahkan badan aku terlalu kurang air dan kurang makan menjadi punca aku jatuh sakit.


Setelah dia menghantar aku pulang ke rumah, dia terus bergegas ke pejabat. Sebenarnya, sebelum menghantar aku ke klinik awal pagi, dia telah memberitahu kepada Ketua Unit yang dia akan masuk ke pejabat lewat. Aku cukup serba salah atas tindakannya itu namun dia memesan agar tidak bimbang kerana semuanya okay.

Tengahari itu, sekali lagi aku menyusahkan dia. Aku meminta dia untuk pulang ke rumah dan mengambil aku ke pejabat. Tanpa berdalih sedikit pun, dia dengan senang hati membalas, "baiklah tunggu kat rumah nanti orang sampai". Aku bercadang untuk masuk kerja separuh hari kerana risaukan kerja-kerja yang tertangguh. Inisiatif aku itu mendapat pujian Ketua Unit aku dan terus memberi sokongan moral. Alhamdulillah.



Di sini, aku amat berterima kasih kepada si dia kerana sanggup berkorban masa demi menghantar aku ke klinik. Aku takkan pernah lupa jasamu menjaga aku tatkala aku sakit, bersabar dengan kerenah aku juga sentiasa melayan aku yang kerap amarah kebelakangan ini. Terima kasih, sayangku.




Wednesday, June 11, 2014

HALAL & TIDAK HALAL

 Akhir akhir ini, banyak isu diperkatakan di media dan akhbar yang berkait dengan HALAL dan TIDAK HALAL. Sensitiviti berkaitan isu ini amat tinggi kerana ia melibatkan umat Islam khususnya dan masyarakat majmuk am-nya di negara ini.

Isu mengenai gelatin dalam makana yang datang dari sumber khnizir atau babi telah lama diperdebat dan dibincangkan di negara kita ini. Malahan baru-baru ini, timbul lagi satu isu mengenai coklat Cadbury yang cukup popular bukan setakat di Malaysia malah di dunia, mengandungi gelatin tersebut.

Coklat Cadbury yang digemari ramai




Setelah begitu hangat isu tersebut diperkatakan di semua media sosial dan elektronik negara, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (FATWA) mengatakan bahawa produk berkenaan sebenarnya adalah HALAL.

Rujuk di sini : KLIK

Walaupun demikian, stigma masyarakat terhadap status HALAL produk berkenaan tetap tidak berubah, atau setidak-tidaknya mengambil masa untuk mereka mengubahnya.

Mangsa paling teruk terjejas dalam isu ini adalah imej JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tercalar apabila mereka dilihat seakan tidak peka dengan isu HALAL dan TIDAK HALAL dalam produk pemakanan yang menjadi darah daging bagi umat Islam.

Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah laman web, yang mana pada hemat saya, akan membantu kita terutamanya umat Islam agar lebih berhati-hati dalam memilih produk keluaran Islam juga mendapat input mengenai produk keluaran bukan Islam.

Klik di sini :



 Semoga info di laman web berkenaan dapat membantu saudara Muslim saya menjadi pengguna yang lebih bijak dalam memilih produk yang HALAL demi kemuslahatan kita bersama.




""EpOoL De DrAgONiZeR""