Wednesday, June 29, 2011

APABILA SEPI, BARU KITA SEDAR, TIADA SIAPA DISISI

Aku rasa dah lebih dua bulan aku macam ni.

Dalam tempoh 24 jam satu hari, aku hanya membuka mulut untuk bercakap dengan Cik Ajak, customer, AIBA & kadang-kadang dengan Syahrul & Achik, itupun kalau dia call atau mesej dulu.
Kalau pepagi sebelum pegi kerja, aku akan tolong Opah bangun untuk ke bilik ayor, pas tu cakap ngan ibu untuk bersalam dan gi kerja.

Sebelum ni aku tak pernah pun rasa sesunyi ni dalam hidup aku. Jujur aku kata, semenjak zaman sekolah menengah dulu, hidup aku penuh dengan gelak ketawa, senda gurau dengan rakan-rakan, usik-usik, borak-borak, senang citer susah lar mulut aku nak muncung, atau pipi aku monyok. Ye lar, orang kata hidup penuh dengan warna-warni. Memang happy ajer all the time.

Tapi tu citer lama.

Citer sekarang ni dah takde yang desireful untuk dikongsi. Sebab rutin harian aku sekarang ni sama je tiap-tiap hari. Dan yang aku peliknya, aku tak pernah bosan pulak buat benda semua tu tiap-tiap hari.

Pagi-pagi bangun Solat Subuh (  ... )
Pukul 7.30pagi hantar Adek Yun gi Al-Fudhail
Balik rumah, siap nak gi kerja
Gi office
<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>
Balik pukul 8 / 9 / 10 malam
Mandi & Isyak & Termenung
Pejam mata & Tidur

( Berlaku setiap hari bermula Senin, akhiri Ahad.)

So, satu hari tu, aku termenung sorang-sorang dalam bilik, barulah aku dapat fikir APAKAH yang sebenarnya dah berlaku.

aku ke....an

Kalau dulu, aku ada keluarga yang bising, hingar-bingar dan suka memekak, termasuklah adik-beradik angkat aku sekali, tapi sedar atau tak, semua tu la sebenarnya pencetus keceriaan hidupku. Aku jujur, memang satu ketika dulu, semuanya penuh ceria, baik aku, family, beradik aku dan kawan-kawan aku jugak..

Tapi entahlah. aku nak tulis pun dah takde guna. 
Cuma sebab sesuatu yang tersangat.. , sumer terus senyap dan berlalu poie..

Takpe lah.. Lagipun, dah aku telan semuanya tu. Dan benda-benda itulah yang buat aku jadi lebih tabah, berhati-hati, dan cuba bawak diri sendiri sebaik mungkin, dengan yang paling penting, aku dapat pahala bonus sebab kurang bercakap (^_^)..


''So, korang-korang.. Aku ada puitis sikit nak coret. Layannzz je k.. ''



~~ Janganlah engkau berterusan memberi senyuman pada mereka yang tak tahu menghargai, kerana engkau telah menjadikan mereka hanya terus menerima,tanpa mahu memberi sedekah juga, walau hanya dengan senyuman, kerana senyuman itu satu sedekah yang paling mudah~~







""EpOoL De DrAgONiZeR""

[ 大帝 リーケフレン ] FiNgEr oF ThE DrAgOn: ^_^ EXCITED - LOVED SWEETHEART RETURN KUALA LUMPUR ^_^

[ 大帝 リーケフレン ] FiNgEr oF ThE DrAgOn: ^_^ EXCITED - LOVED SWEETHEART RETURN KUALA LUMPUR ^_^

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, June 27, 2011

^_^ EXCITED - LOVED SWEETHEART RETURN KUALA LUMPUR ^_^


I'm very excited
mood : (^_^) lalalalala
special recipient : "A-I-B-A"



O my beloved
Listen...
A sense of longing in my heart,
is like the owl misses the Moon,
so do the faithful of Laila to her love Majnun,

and..
as well as the Moon waits for Day to ends, to shine in a dim of Night.

Though, every night we communicate,
to understanding, sharing an expression, heart to heart,
to build an intimate relationships with ukhuwah basis,

and thus formed a coalition,
as a gateway,


Today,
 
returning you are,
from the scene you called hometown,
to the sketch, that you seen, visually, recognized, and thou call,
Kuala Lumpur..


I pray to Allah,
may the return of your,
is protected by Him,
and brings a shift,
within thee, especially,
and likewise,
for the two of us.



Constantly infuse,
In your heart,
and your soul,
as well in your mind,
that I am so..
will be..
and ever..
to love you,
for who you are.



I love you
"my sweet heart"

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, June 24, 2011

NILAI SAHABAT & PERSAHABATAN

Ohh Sahabat....






Setiap insan pastinya memahami apakah definasi frasa diatas, dan aku yakin bahawa korang semua mesti ada, sekurang-kurangnya seorang "SaHaBat".



Bagi aku, sahabat adalah insan yang sangat istimewa dalam hidup kita kalau nak dibandingkan dengan kawan biasa ataupun rakan-rakan kita yang lain.. Kenapa erk.?.



Sebab, kebiasaannya kedudukan seorang sahabat ni akan berada ditempat yang keempat dalam aliran kasih sayang dalam jiwa seseorang. Dengar macam biasa-biasa jer..?.. Tapi, sebenarnya ada benda yang kita kadang-kadang tak nampak atau terlepas pandang, tapi sebenarnya penting dan hakikat bagi benda tu memang susah nak dinafi. Takpe, kita tinggalkan dulu cerita pasal hakikat, biar aku terangkan dulu pasal carta aliran yang aku sebut tadi. Cuba korang skrol bawah :



+
|
|
|
|
|
|
V




ALIRAN !WAJIB! KASIH SAYANG DALAM JIWA SESEORANG



-1-
ALLAH Subhanahu Wa Ta'aLa, tuhan yang MaHa PenCipTa
&amp;
NABI MUHAMMAD SoLLaLLohu 'ALaiHi WasaLLam, utusan terakhir kepada 'umat zaman akhir


+
|
|
|
V



-2-
IBU, sorang wanita yang melahir dan menyusukan, mendodoi dan menjaga kita sejak kitorang semua sekecil dakap lengannya hinggalah membesar melebihi diri ibu tu sendiri
&amp;
BAPA, lelaki yang bertungkus lumus memberi ilmu, rezeki, keselesaan, kemudahan dan dorongan untuk diri kita agar di masa kelak kitorang jadi hiasan duniawi yang berguna untuk masyarakat



+
|
|
|
V



-3-
ADIK BERADIK, mereka yang berkongsi darah, ruang permainan dan ibubapa dengan kita juga dari kanak-kanak kita hingga dewasa, merekalah pencetus bahan tawa, tangis, kebosanan dan kerap menjadi pentengkar tradisi kita, namun berbaik juga kemudiannya
&amp;
KELUARGA, sebuah bahtera yang di nakhodai oleh atuk, opah, nenek moyang dan yang sewaktu dengannya yang mempunyai kapasiti dan nilainya yang tersendiri yang melambangkan identiti susur galur diri kita



+
|
|
|
V



-4-
SAHABAT, insan (lelaki, perempuan, jantan, betina, unisex, xdesex, dll) yang muncul dalam hidup kita tanpa diduga mahupun dirancang, dan kebiasaannya perkenalan kali pertama tu berlaku dalam persekitaran kita, ketika kita sedang melakukan aktiviti harian, yang mana sudah pasti tiada elemen-elemen istimewa yang wujud. 99% diorang yang bergelar sahabat kita tu pastinya langusng tiada pertalian darah dengan kita, mahupun hubungan dalam jalur keluarga. Meskipun begitu, unik dan istimewanya diorang ni dalam hidup kita sampaikan kita dapat merasakan satu perubahan telah berlaku dalam diri kita. Betul tak..?.. Percaya tak..?..






--------------------------------------------------------------------------------







Mungkin juga versi yang aku catat ini agak berbeza dengan pendapat korang dari segi definasi, mahupun respon atau tanggapan korang terhadap diorang sahabat, malah sebenarnya tu semua mengikut citarasa dan gerak hati diri masing-masing, tentang siapakah sahabat tu dalam kehidupan korang, dimanakah tempat diorang dalam hati korang dan apakah kapasiti yang korang berikan pada diorang sebagai 'sahabat' korang.?. Tu semua bergantung pada diri korang sendiri.



Tapi korang terfikir tak, kenapa aku tulis carta aliran kat atas tu.?. Hmmmmm... Sebenarnya ada sesuatu yang nak aku kongsi mengenainya.



Sedar ataupun tak, sebenarnya nilai persahabatan yang tulus tu hanya dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam bersahabat. Mereka ni-lah antara yang beruntung kerana nilai tersebut tak datang dengan sendirinya. Malahan, mereka yang dikurniakan dengan kelebihan untuk merasai ketulusan dalam persahabatan tu-lah yang sendiri pupuk nilai tersebut dari persahabatan yang mereka bina hingga menjadi amat bermakna dalam hidup mereka.



Sehinggakan, pada satu peringkat, kedudukan atau susunan carta alir kat atas tu boleh berubah secara drastik & inversif tanpa diduga disebabkan persahabatan kita dengan sahabat kita tu. Walau demikian, tu semua bergantung sepenuhnya pada kuantiti dan kapasiti ketulusan persahabatan yang diperolehi kedua belah pihak. Waima, isu ni tak-lah mengejutkan malah tidak juga boleh disanggah, sebab wujud beberapa faktor kukuh yang boleh meletakkan persahabatan tu menjadi yang utama.






Thursday, June 23, 2011

::: Andai Engkau Jauh :::




Andai engkau jauh,
abadikan zaman mesra,
sewaktu kita bersama,
berjalan menyusur senja merah,
senja merah

Masa telah berlalu,
tapi kenangan bersamamu,
masih menyala memberi ilham,
untuk lagu ini

Hantarkanlah suaramu,
supaya ombak rindu ini,
menjadi tenang kembali,
seperti dulu,
kekasih

Coretan dijiwa,
dihapus ombak masa,
pantai dan laut,
tetap jadi saksi

Andai ku ulangi,
sejarah hidupku ini,
akan ku pilih,
waktu bersamamu,
kekasih

Lagu : Andai Engkau Jauh
Penyanyi : Allahyarham Zubir Ali
Ciptaan : Allahyarham Zubir Ali

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, June 20, 2011

BELASUNGKAWA : PEMERGIAN 2 INSAN SENI TANAH AIR SELAMANYA

Telatah lucunya di dalam sketsa 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' suatu ketika dahulu pastinya menjadi penghibur hati kita. Watak Pak Uda yang dibawa oleh pelakon dan pelawak lagenda, Zami Ismail; 67 tahun sudah pasti mengundang hilai tawa penonton.

Namun, siapa sangka secepat itu beliau akan meninggalkan kita untuk selamanya. Pada tanggal 19 Jun 2011-hari Ahad yang lepas, sehari selepas dunia meraikan Hari Bapa, Malaysia dikejutkan dengan berita sedih bahawa beliau telah menyahut panggilan Illahi. Allahyarham yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semenjak dua minggu lalu dilaporkan sangat tenat dan sepenuhnya bergantung kepada mesin bantuan perubatan sejak Sabtu lalu.

Jenazah Allahyarham Zami Ismail dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Perak. Selain Allahyarham, dua anaknya turut mengikuti jejak langkah beliau dalam bidang seni iaitu pengarah terkenal M. Hitler Zami-39 yang merupakan anak sulung dan juga anak ketiga iaitu M. Soupi Zami (Opie)-37.


Allahyarham Zami Ismail (kanan) bersama anaknya yang juga seorang pelakon, Opie Zami


Belum pun reda kesedihan dengan pemergian Allahyarham Zami Ismail, negara sekali lagi mendapat berita yang mengejutkan dengan pemergian kartunis Komik Lawak Antarabangsa : Ujang, iaitu saudara Qayyum.

Menurut sumber, Allahyarham tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang menaiki ke apartment akibat terkena angin ahmar atau stroke. Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.45 malam semalam. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini di kampung halamannya dia Raub, Pahang.


Kartunis komik Ujang, Allahyarham Qayyum yang juga dikenali dengan watak Mat Despatch


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat roh mereka agar ditempatkan bersama mereka yang solehin di sisi Yang Maha Pencipta.



""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, June 17, 2011

KEMBALI MEM''BLOG''GING

Salam guys.

Sorry la sebab agak lama aku tak post entri.

Sebelum aku patah hati, patah riuk, patah segalanya. Pada saper yg kenal aku tu, konfem diorang tau ape yang dah berlaku pada diriku.



Anyway, tu cerita lama. Menjadi sejarah dalam hidup aku. Tarikh 22 Mac 2011 adalah tarikh keramat yang membawa kisah duka bagi aku.Pahit memang lah pahit. Tapi disebalik pahit yang aku rasa, manisnya menyusul kemudian.

Apa yang menariknya diriku selepas "clash" tu.?. hahahaha...



1- Aku mula buka akaun TAGGED balik.
2- Aku cari kenalan seramai yang boleh.






Tapi, setiap kawan yang aku 'add' dalam TAGGED tu aku bagitau awal-awal yang aku memang tak sedia untuk buka buku baru.

( Hati tengah terbelah kan kan kan )..

Haaaaa.. Nombor 3 dan seterusnya ni la bermulanya kisah gembira.. Bak kata orang tua-tua, selepas hujan, panas pastikan datang jua.. ( Tapi aku orang muda. Macam mane tu??? ) Kuikuikui.. Jom ikuti :






3- Aku kenal dengan seorang abang. Boi namanya. Umur dia dalam 34 tahun. Dia seorang yang baik dan masa aku lepak ngan dia kat Pak Li, kitorang banyak berbual pasal kisah sedih aku. Dia ni sangat berfikiran terbuka dan banyak bagi nasihat kat aku. Walaupun berlaku satu insiden yang kurang menyenangkan pada akhir pertemuan tu, tapi aku rasa okay sebab kitorang sekarang ni jadi kawan.
>>>> Aku respect kau, Abang Boi .^_^. Thanks.

4- Lepas tu, aku berkenalan pulak dengan sorang adik lelaki. Nickname dia sama ngan aku, Epul. Dia ni 20 tahun. Mula-mula kitorang jumpa, aku makan McD kat tempat dia kerja. Kitorang banyak berborak. Lama gak, dari petang pukul 4 setengah, sampai malam la bercerita tak habis. Haha. Yang kelakarnya, bila aku dah balik, masuk mesej dalam henfon aku. Macam ni tulisan nya : "sy dpt rs smthng, tp xtw ap. yg psti, rs ni wt sy resah. mcm yg sy ckp, awk ad ciri2 kwn yg sy tkut nk kwn, mcm yg sy bgtw sblum ni. papepn, tggu & lihat je". Nak tau seterusnya.?. hahaha.. Dia sekarang ni jadi adik angkat aku. Gembira kot. Bukan setakat aku dapat adik angkat baru, dapat sekali dengan kakak angkat dia yang automaticaly jadi kakak angkat aku jugak, Kak Hajar.
>>>> Thanks korang berdua .^_^. Gembira korang ada.

5- Dan kisah pun bersambung lagi. Seorang rakan lelaki berumur 25, menetap di Klang. First aku jumpa dia kat Oldtown White Cofee. Seronok berbual dengan dia sebab dia ni seorang pendengar yang baik. Aku panggil dia Zed. Banyak yang kitorang borakkan. Dan pertemuan kitorang tak berakhir malam tu je. Lepas dari malam tu, kitorang biasa lepak sama-sama, dan jadi semakin rapat. Genap sebulan kitorang kenal, berlaku sikit perselisihan faham. Mujur dia tunjukkan kematangan dia (walau sebenarnya hal tu berlaku sebab aku rasa kurang selesa dengan beberapa perkara). Then, aku jumpa dia dan berterus terang, dan sekarang ni kitorang sangat baik.
>>>> Zed, thanks a lot for being such a nice person. Terbaik dari ladang, bro ^_^

6- Dan ini orang yang terakhir aku kenal. Sebenarnya aku dah kenal dia sebelum Zed lagi. Cumanya kitorang jadi rapat selepas tu. Nama dia Adi. So far sampai setakat hari ni, aku masih lagi dalam proses nak kenal dia secara rapat. Ringkasnya, dia ni seorang yang mudah nak 'get along' dengan aku dari segi pergaulan, perbualan, perangai dan masalah. So, kira dia ni okay la untuk aku berkawan rapat.
>>>> Adi, saya ni insan yang baik kan3..???... hahahahaha.. -----pengsan-----





4 orang yang aku kenal kat atas tu akan terus menjadi orang yang aku kagumi dan terhutang budi sebab sudi menjadi kawan, rakan, teman dan saudara aku.

Korang buat aku senyum kembali.








-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, apa yang penting sekarang, aku dah kembali untuk menggesek jari jemari aku ni kat papan kunci komputer aku mem'blog'ging.

Jumpa lagi.

""EpOoL De DrAgONiZeR""