Tidak terlambat untuk mengucapkan ' SELAMAT TAHUN BARU CINA ' buat semua warga Tionghua Malaysia, Singapura juga seluruh pelusuk dunia.
Perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi selesai dimana kini sedang tertangguh tetapi pergolakan dalaman parti pimpinan beliau terus berlaku.
Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain meletak jawatan sebagai ahli parti dan semua jawatan dalam PKR lalu menjadi ahli parlimen bebas yang tidak menyokong mana-mana parti lain. Menurut beliau, lebih ramai ahli PKR akan mengikut jejak langkah beliau kerana tidak percaya kepada kepimpinan atasan parti.
Baru-baru ini, YB Zul pula mengatakan terdapat 'Firaun Kecil' dalam pakatan pembangkang yang mana gerakan kecil tersebut sedang rancak dengan agenda memisahkan negara daripada kerangka perlembagaan negara yang kita miliki. Jika tidak ditangani, akan lebih ramai ahli pembangkang yang tidak percaya kepada pimpinan atasan mereka sendiri.
Semua ini berlaku setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang diKATAkan telah menutup periuk nasi peniaga-peniaga kecil melayu disana dengan arahan meroboh gerai mereka. Diikuti pula dengan arahan pembatalan perarakan Maulidul Rasul minggu hadapan. Ini akan menambahkan lagi kemarahan penganut Islam kerana tidak menghormati Perlembagaan Malaysia yang termaktub Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan keistimewaan Melayu harus diutamakan.
Jadi, apa tanggapan anda mengenai perkara-perkara yang berlaku ini????
DAP-PKR-PAS boleh berdiri sama???
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment