Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh..
UCAPAN TERIMA KASIH
Gua nak ucap terima kasih la banyak2 pada si Putih *walaupun ada pihak yang letih katanya dok maen kaler ajer.. hahaha.. Terima kasih atas ucapan tahniah semoga bahagia yang ditulis melalui blog Beliyau..
Bagi gua la kann, gua dah puas nanges.. Jujur gua kata, gua memang sangat letih dok mengenang nasib jiwa gua, nasib hati gua..
Dulu, Gua perlukan 2 bulan nak berhenti dari terus rasa 'down' sebab putus cinta.. Alih-alih, bila gua dah jumpa dengan sorang insan nih, yang mana gua rasa kan gua dah tak perlu nak carik yang laen, tetiba plak timbul citer pasal Sang Kuku Besi.. Gua pun downstep la.. Berkawan pun takpe.. Pastu, tau-tau berkawan pun tak boleh.. **Memang hebak beto r penangang Sang Kuku Besi or..
Mula-mula gua clashed, bulan 3, bulan 5 baru gua dapat bukak hati nak kenal-kenal ngan orang laen..
Last-last, kenal ngan insaniah nih, pun tak dapat nak continue further even as a friend. Gua pun stop talking about that person bulan 10 tahun lepas.
Lagi lama gua menderita beb!! Siang - malam, hidop gua hanya pada komputer, kerja, rumah, solat.. Tu je hari-hari dok berkisar dalam hidop gua. *Nasib baek ada family kat Setapak yang sudi pujok aku.. **Thanks Achik, Che'Uda & Adek..
Memang gua tak nafikan, ujud perasaan sayang.. Tapi, bila gua angkat tangan, angkat bendera putih, gua engat diorang akan bahagia.. Hampas rupanya.. Tak pe la, gua percayakan hukum KARMA..
CINTA BARU
Memang gua tak nafikan, gua dah temui cinta baru.. Gua betul-betul tak merancang semua ni.. Tapi, bagi gua, memang gua berhak untuk temui satu cinta baru yang betul-betul mencintai dan menyayangi gua.. Dulu, takde sape pun gua bagitau, yang setiap malam gua tertunggu-tunggu mesej dari si dia.. Tapi, hanya hampa..
Cuba bayangkan, apa yang gua rasakan setiap malam!! Menunggu, menunggu dan terus menunggu.. Sakit dalam jiwa ni..!.. (T_T)
Gua boleh ibaratkan gua sama macam watak Izzah dalam Ombak Rindu **Kowt semuanya nak gunapakai perumpamaan Ombak Rindu.. Masa Hariz ngan Mila kahwin, Izzah menangis sorang-sorang kat kampung, dalam bilek.. (Macam tu la gua *Kowt*..) Cuma gua nih jantan.. haha..
So, balik dekat cinta baru.. Memang gua tak plan pun nak ada cinta baru.. Yang shioknya, cinta tu datang kat gua, bukan gua yang carik.. *Remark: DATANG SENDIRI..
Gua jugak mahu orang menyayangi gua.. Bukan hanya gua yang menanti tanpa pasti..................................
""EpOoL De DrAgONiZeR""
Monday, January 30, 2012
Monday, January 16, 2012
KEMBALI MENCACI!!!!!!!
Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh & Salam Sejahtera kepada yang tak reti nak menjawab salam tuh *non muslim for sure*
Kepada semua pembaca-pembaca blog Si Naga ni..
Aku dah lama diam *mendiamkan* diri... Sebab-munasababnya, biarlah aku yang simpan dalam hati...
Hanya sesetengah dari mereka yang pernah terkait dengan aku je yang tau sebabnya...
Tapi semakin lama aku duduk diam *malas nak charott* semakin sentap pulak aku...
Jadi, aku akan menulis balik dalam blog Naga aku ni, dengan lebih sentapan-sentapan yang menarik...
Tapi, aku tak pernah engkar apa yang aku pernah aku janjikan...
Sape yang engkar..?.. Tumbok dada, tanya "saket tak bhai..?..".. HAHAHA!!!!
***p/s : nk mula prhidopan bawu pn, mula la.. Ad ak keshah..?.. Sbb ko dari dulu da mula da pown.. Aku ni je yang vangang xreti2 nk sedor.. wakaka.. So, ko nk mula, ak pn kna r mula.. Thanks bhaiya!!!!
""EpOoL De DrAgONiZeR""
Kepada semua pembaca-pembaca blog Si Naga ni..
Aku dah lama diam *mendiamkan* diri... Sebab-munasababnya, biarlah aku yang simpan dalam hati...
Hanya sesetengah dari mereka yang pernah terkait dengan aku je yang tau sebabnya...
Tapi semakin lama aku duduk diam *malas nak charott* semakin sentap pulak aku...
Jadi, aku akan menulis balik dalam blog Naga aku ni, dengan lebih sentapan-sentapan yang menarik...
Tapi, aku tak pernah engkar apa yang aku pernah aku janjikan...
Sape yang engkar..?.. Tumbok dada, tanya "saket tak bhai..?..".. HAHAHA!!!!
***p/s : nk mula prhidopan bawu pn, mula la.. Ad ak keshah..?.. Sbb ko dari dulu da mula da pown.. Aku ni je yang vangang xreti2 nk sedor.. wakaka.. So, ko nk mula, ak pn kna r mula.. Thanks bhaiya!!!!
""EpOoL De DrAgONiZeR""
Monday, December 5, 2011
OMBAK RINDU - MERUNTUN JIWA
OMBAK RINDU
Rabu, 07 Disember 2011, aku berkesempatan menonton filem yang di adaptasi dari sebuah novel, bertajuk Ombak Rindu arahan Osman Ali.
Filem Ombak Rindu ini dijayakan oleh :
Maya Karin sebagai Izzah

Aaron Aziz sebagai Aaris
Lisa Surihani sebagai Mila

Kamarul Yusof sebagai Pakcik Taha
Delimawati sebagai Makcik Yam
Azizah Mahzan sebagai Datuk Suffiah
Zaidi Omar sebagai Pak Dollah
Normah Damanhuri sebagai Mak Jah
Julia Ziegler sebagai Wafia
Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan Sufiah Cemerlang telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari banglo Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah.
Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
------------+------------
Aku tonton cerita ni 3 kali kat pawagam. Campur dengan DVD original yang aku beli kat Jaya Jusco Wangsa Maju, dah 5 kali. Campur lagi tonton dengan Ayie kat rumah Afiq, dah 6 kali *dgn gigih*..
Sejujurnya, aku tak bosan walau pun banyak kali menonton filem ni. Sebabnya, cerita Ombak Rindu ni memang ada kena mengena dengan hidup aku *bak kata Adik Ipul-Zuhairy*..
Apa pun, aku enjoy sangat...
**Tak boleh blah r.. Ad sorang mamat tu kn, ckp xkn nanges pny r tgk Ombak Rindu.. Last-last, tersob-sob juo nan meleleh si aer mato... Hahahaha...
** P/S : Ad sesuatu yg ak prasan masa ending citer tuh.. Cuba tgk Haris pakai baju warna apa, Mila baju warna apa & Izzah warna apa bajunya.. ((ending citer ni xsama r dgn keshah idop ak)).. KikiKikiKiki... ***(Sob-Sob-Sob)..
""EpOoL De DrAgONiZeR""
Friday, November 25, 2011
!!! - MAAFKAN AKU, TEMAN-TEMAN
Jumaat yang
hening ini, aku sekali lagi dilanda emosi. Kali ini, aku benar-benar rasa
bersalah terhadap diriku juga teman-teman disekelilingku.
Coretan ini aku
tujukan khas buat adikku Saro & Sepu,
sepupuku Shah, sahabatku Achik Naz dan abangku Opie.
---------------------------------------------

Saro, aku tahu aku
banyak buat silap terhadap kau. Aku dah banyak memaki, mengutuk dan marah-marah
kau tiap kali bersemuka, lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini.
Meskipun dimata
orang lain, aku dan Saro nampak gembira setiap kali lepak sama-sama, namun itu
sekadar untuk ‘menutup mata’. Hakikatnya, aku dan Saro lebih kerap bertekak dan
berselisih pendapat sehingga menimbulkan suasana kurang senang antara kami.
Terbaru, aku
sekali lagi bertegang urat di telefon hanya kerana masalah yang sangat kecil
dan remeh. Aku sedar, kesalahan itu patut aku sandarkan pada diriku kerana
terlalu cepat ‘naik darah’. Aku tanpa usul periksa, terus meninggikan suara
kepadanya membuatkan dia tersentak lalu mengunci mulut sebelum aku mematikan
talian.
Namun, setelah
aku termenung dan berfikir sejenak, ternyata aku dah buat silap. Aku tak patut
herdik dia. Biarpun aku sedia maklum, tugas yang dia galas kini cukup
meletihkan dirinya, yang seawal jam 5.30 pagi sudah keluar ke café bekerja sehingga jam 8.30 malam
baru pulang. Tapi oleh kerana sikap ‘panas baran’ aku, dah buat aku lupa pada
keadaan dia disana.
Saro, maafkan aku ye. Aku telah terkasar bahasa
terhadap kau. Aku tahu kau tertekan. Sekali lagi, aku minta maaf.
Pesanan aku
buat kau, Saro. Tabahkan hati kau dan kuatkan semangat. Janganlah anggap
herdikan aku tu sebagai pematah semangat kau. Aku nak tengok kau berjaya dalam
hidup. Biarpun baru-baru ini kau ada mengadu kesedihan kau kepada aku, namun
aku mahu kau ketepikan semua kata-kata tu. ‘Lantakkan’ segala apa yang orang
mahu katakan pada kau. Hakikatnya, mereka tidak jelas apakah yang berlaku pada
diri kau.
Aku akan terus bantu kau, seperti yang aku pernah janjikan dulu.
Ingat, aku dan semua teman-teman rapat kita akan
terus menjadi keluarga untuk kau.
---------------------------------------------
Sepu, adikku. Aku
harap kau tak berkecil hati, seandainya aku tak berkesempatan nak bersua dengan
kau sesinggahnya aku di Setapak sebelum ini.
Aku tahu, kau
semakin hari semakin ditimpa kesempitan oleh ruang kehidupan juga perasaan hati.
Setiap kali aku tatap FB kau, dengan status yang kau nukil, aku dapat rasa
terpalitnya kemurungan dalam diri kau.
Sepu,
dengarlah... Aku tahu kau seorang yang tabah, cekal dan kental dalam mengharung
cabaran. Meskipun kau jauh dari abang kau Saro, aku, dan juga keluarga sedarah
kau, namun tebalkanlah azam kau dengan membina jati diri yang lebih jitu, “aku pasti berjaya”. Insya-Allah, kau
akan berjaya kelak.
Ingat, aku dan semua teman-teman rapat kita akan
terus menjadi keluarga untuk kau.
Dan buat kau
pula, sepupu merangkap sahabatku, Shah Ayie.
Maaflah, seandainya terdapat kekurangan dan kecacatan pada bahasa aku,
perlakuan aku, ataupun tindak balas aku sebelum ini terhadap kau.
Kini, bila aku
keseorangan, barulah aku banyak berfikir dan bermuhasabah.
Aku tak tahu,
apakah yang kau simpan dalam hati, sebab aku seakan dapat lihat sesuatu yang
sangat berat sedang kau pendamkan. Mahu juga aku bertanya, tapi risau akan
ketidak sediaan kau untuk berkongsi. Baru-baru ni, tatkala aku datang lepak
bersama kau dan Achik, aku dapat lihat dalam mata kau seperti ingin berkongsi
sesuatu, namun tak terdaya untuk kau lontarkannya.
Aku tahu, kita
pernah bersengketa. Namun, ibarat api yang membakar, kiranya disimbah air maka
padam jua. Begitu jugalah yang terjadi antara kita, kan Shah. Bukan sekali,
tapi dua kali. Kadang-kadang, aku tertawa sendiri mengenang persahabatan kita ni.
Justeru,
seandainya kau ada masalah, kongsilah padaku, sepertimana dulu. Aku juga ingin
memohon maaf pada kau sekiranya aku ada sakiti mahupun melukai hati kau. Aku sayangkan
persahabatan kekeluargaan kita semua. Biarpun antara kita berempat,
masing-masing sudah jauh, tetapi ikatan yang telah dibina sekian lamanya, aku
pasti tidak akan terjejas sedikitpun.
Maafkan aku,
saudara-saudaraku semua...
Ingat, aku dan semua teman-teman rapat kita akan
terus menjadi keluarga untuk kau.
---------------------------------------------
Seterusnya aku
ingin memohon maaf pada Achik Naz.
Meskipun persahabatan kita baru lagi, tidak sampai pun 7 bulan, tetapi sudah
cukup untuk aku anggap kau sebagai sahabat aku.
Aku bukanlah
seseorang yang pandai memilih sahabat. Aku juga tidak ramai sahabat. Tetapi,
apabila aku bersahabat, layanan sebagai seorang sahabat akan aku berikan pada
mereka, termasuk Achik.
Aku masih
ingat, hubungan antara kita juga pernah keruh seketika dulu. Walaupun kini kita
sudah berbaik, dan sesekali kita lepak bersama, namun tiap kali melihat kau
bersedih melalui coretan di FB, aku hiba. Mengapa pula aku merasa hiba? Hiba, kerana
aku faham akan apa yang Achik rasa. Kepedihan dan kesedihan yang Achik lalui
pernah aku alami dulu, dan kini masa untuk aku cuba bantu Achik keluar dari
kepiluan tu.
Sebab itulah,
Achik, aku akan terus menjadi sahabat kau walau hebat mana pun dugaan yang
datang. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku. Aku hargainya, Achik Naz.
---------------------------------------------
Aku juga tak
lupa pada Opie, sahabat dan juga
abang yang muncul secara tak langsung, namun memberi pengertian dalam hidup
aku, biarpun tidak sebanyak mereka diatas.
Pertamanya, aku
ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi belanja aku dan Saro makan Korean
Food, 8hb November lepas di Damansara. “Sangat
sedap dan paling penting, ada yang belanja”.
Namun, aku juga
kadangkala alpa dalam menjadi sahabat yang baik. Dek kerana sibuk dengan kerja
dan bergelut dengan masalah peribadi, adakalanya aku terlupa untuk membalas
pesanan dan bertanya khabar. Aku mohon maaf, ye Opie.
Opie seorang
yang baik, terima kasih kerana menjadi sahabat aku, dan membuka mata aku untuk
mengenali erti persahabatan dengan lebih luas.
---------------------------------------------
Di akhir ini,
aku juga ingin memohon maaf kepada Abg
Art. Perkenalan kita amat singkat, namun sejujurnya nama Abg lah yang sering
kedengaran di cuping ini suatu ketika dahulu.
Biarpun, ‘persengketaan’
maya yang terjadi antara kita sudah
kita akhirkan, tetapi sejujurnya perkara itulah yang banyak membuka mata aku
secara tidak langsung. Nasihat dan juga pandangan yang diberikan sedikit
sebanyak memberi buah fikiran kepada aku untuk maju melangkah dan bermuhasabah
diri agar terus cekal menggapai kejayaan dalam hidup.
Sesungguhnya
aku menghormati Abg, sebagai seorang yang berwawasan dan matang dari aku.
Terima kasih, Abg Art.
Juga kepada E-wan, adik Abg Art, aku minta maaf. Maaf
atas tindakan dan keputusan yang aku ambil sebelum ni. Ingat ye, percayakanlah
kau pada ‘perubahan’ itu. Terima kasih kerana pernah menjadi sahabat aku. Aku
amat menghargainya, dan aku doakan agar kau berjaya kelak.
---------------------------------------------
Sahabat.
Kamu semua
adalah warna-warni hidup aku.
Selain keluarga aku yang aku sayangi dan cintai, kamulah sabahat, yang datang
selepas keluarga.
Terima kasih, Sahabat..
""EpOoL De DrAgONiZeR""
Subscribe to:
Posts (Atom)