Coretan demi coretan, telah ku ukir di laman ini sejak dari 2009 hingga kini. Walaupun penulisan ku tidak-lah seindah coretan blogger-blogger lain, juga tidak-lah sekerap entri-entri mereka, namun pabila disorot kembali, telah banyak kisah yang aku kongsikan di sini.
Esok adalah 22 haribulan Oktober tahun 2014, merupakan tarikh aku dilahirkan ke bumi ALLAH ini melalui rahim ibu ku 26 tahun yang lepas. Ya, 26 tahun lepas aku dilahirkan. Ini bermakna tahun ini umur ku sudah menginjak dua puluh enam (26). Dua angka yang perlu menjadi kebanggaan buat diri ku.
Pertama sekali aku ingin mengucapkan SYUKUR ke hadrat ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA kerana sehingga ke hari ini aku masih mampu bernafas dengan penuh ketenangan, kesenangan dan kesihatan yang cukup baik. ALHAMDULILLAH.
Keduanya, ingin aku titipkan ucapan TERIMA KASIH dengan rasa penuh BANGGA terhadap kedua ibu dan ayah ku yang telah berjuang untuk membesarkan anak sulungnya ini sehingga aku berjaya dalam hidup.
Semuanya bermula dengan sebuah permintaan hati ke hati antara dua emak, Hajah Halijah Binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajah Tarwiyah Binti Man Hasan untuk menyatukan anak mereka dengan sebuah ikatan pertunangan. Peristiwa bersejarah itu berlaku di sebuah teratak yang terletak di Jalan Tap (kini Persiaran Hamzah Alang), Meru, Klang. Dengan baju kurung yang basah dek air cucian pinggan di dapur, seorang gadis yang telah lama menjadi perhatian Hajah Halijah dipanggil masuk ke ruang tamu. Maka berlangsunglah sebuah peristiwa bersejarah dimana gadis tersebut, Mazidah Binti Ahmad ditunangkan dengan anak kedua Hajah Halijah iaitu Mohd Puzi Bin Hassan.
Hampir setahun mereka diikat dengan sebuah pertunangan, maka seterusnya berlangsunglah sebuah majlis perkahwinan yang cukup meriah di kedua-dua belah pihak pada 26 Oktober 1986. Mohd Puzi Bin Hassan, seorang anggota rekrut Polis Di-Raja Malaysia yang bertugas di Perairan Sempoerna, Sabah disandingkan dengan Mazidah Binti Ahmad, seorang kerani am di sebuah firma swasta yang terletak di Petaling Jaya.
Setelah melayari bahtera hidup sebagai pasangan suami dan isteri, banyak suka dan duka ditempuh bersama, termasuk cabaran tinggal berasingan dalam tempoh yang agak lama. Maka ALLAH kurniakan seorang zuriat buat penyeri bahtera mereka dua tahun kemudian. Tepat jam 11 malam, 22 Oktober 1988 aku dilahirkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang. Menurut ibu ku, tatkala aku ditarik keluar dari liang rahim aku hanya diam seperti tidak bernyawa. Hanya setelah doktor bidan dan jururawat menampar-nampar aku berulang kali baru lah aku menangis. Ibu ku berkata, tidak tergambar betapa gembiranya beliau di saat itu menjadi ibu kali pertama dalam hidupnya.
ALHAMDULILLAH, aku sangat bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang cukup lengkap. Dari segi kasih sayang, sehinggalah kepada keperluan hidup ku, semuanya sempurna. ALHAMDULILLAH YA ALLAH. ALHAMDULILLAH.
Aku juga ingin merakam setinggi-tinggi ucapan TERIMA KASIH buat sahabat sejati ku yang sentiasa berada disisi ku tak kira sewaktu senang mahupun susah. Wahai sahabat sejati ku Omar Safuan Bin Razali keberadaan kau disisi amat diperlukan. Kau banyak memberi inspirasi, semangat, sokongan dan dorongan dalam aku menempuh cabaran liku kehidupan di kotaraya ini. Kau jalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat dan rakan dengan baik sekali. Tidak terbalas segala kebaikan yang kau curahi terhadap ku. TERIMA KASIH, sahabat sejati ku.
Tidak terlepas aku ingin menyampaikan warkah sayangku buat mu, WHK yang aku cintai. Sejak dari mula kita kenali hingga kini, dikau tetap berada dalam hatiku seutuhnya. INSYA'ALLAH, Januari depan genap hubungan kita yang ke-tiga tahun. Ku akan terus menyayangi mu sepenuh hati ku, walau ku tahu, diriku ini terlalu banyak kelemahan. Aku SAYANG kamu.
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment