Tuesday, October 21, 2014

TARIKH - ULANGTAHUN - UMUR - AKU


Coretan demi coretan, telah ku ukir di laman ini sejak dari 2009 hingga kini. Walaupun penulisan ku tidak-lah seindah coretan blogger-blogger lain, juga tidak-lah sekerap entri-entri mereka, namun pabila disorot kembali, telah banyak kisah yang aku kongsikan di sini.

Esok adalah 22 haribulan Oktober tahun 2014, merupakan tarikh aku dilahirkan ke bumi ALLAH ini melalui rahim ibu ku 26 tahun yang lepas. Ya, 26 tahun lepas aku dilahirkan. Ini bermakna tahun ini umur ku sudah menginjak dua puluh enam (26). Dua angka yang perlu menjadi kebanggaan buat diri ku.



Pertama sekali aku ingin mengucapkan SYUKUR ke hadrat ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA kerana sehingga ke hari ini aku masih mampu bernafas dengan penuh ketenangan, kesenangan dan kesihatan yang cukup baik. ALHAMDULILLAH.

Keduanya, ingin aku titipkan ucapan TERIMA KASIH dengan rasa penuh BANGGA terhadap kedua ibu dan ayah ku yang telah berjuang untuk membesarkan anak sulungnya ini sehingga aku berjaya dalam hidup. 

Semuanya bermula dengan sebuah permintaan hati ke hati antara dua emak, Hajah Halijah Binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajah Tarwiyah Binti Man Hasan untuk menyatukan anak mereka dengan sebuah ikatan pertunangan. Peristiwa bersejarah itu berlaku di sebuah teratak yang terletak di Jalan Tap (kini Persiaran Hamzah Alang), Meru, Klang. Dengan baju kurung yang basah dek air cucian pinggan di dapur, seorang gadis yang telah lama menjadi perhatian Hajah Halijah dipanggil masuk ke ruang tamu. Maka berlangsunglah sebuah peristiwa bersejarah dimana gadis tersebut, Mazidah Binti Ahmad ditunangkan dengan anak kedua Hajah Halijah iaitu Mohd Puzi Bin Hassan.

Hampir setahun mereka diikat dengan sebuah pertunangan, maka seterusnya berlangsunglah sebuah majlis perkahwinan yang cukup meriah di kedua-dua belah pihak pada 26 Oktober 1986. Mohd Puzi Bin Hassan, seorang anggota rekrut Polis Di-Raja Malaysia yang bertugas di Perairan Sempoerna, Sabah disandingkan dengan Mazidah Binti Ahmad, seorang kerani am di sebuah firma swasta yang terletak di Petaling Jaya.

Setelah melayari bahtera hidup sebagai pasangan suami dan isteri, banyak suka dan duka ditempuh bersama, termasuk cabaran tinggal berasingan dalam tempoh yang agak lama. Maka ALLAH kurniakan seorang zuriat buat penyeri bahtera mereka dua tahun kemudian. Tepat jam 11 malam, 22 Oktober 1988 aku dilahirkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang. Menurut ibu ku, tatkala aku ditarik keluar dari liang rahim aku hanya diam seperti tidak bernyawa. Hanya setelah doktor bidan dan jururawat menampar-nampar aku berulang kali baru lah aku menangis. Ibu ku berkata, tidak tergambar betapa gembiranya beliau di saat itu menjadi ibu kali pertama dalam hidupnya.

ALHAMDULILLAH, aku sangat bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang cukup lengkap. Dari segi kasih sayang, sehinggalah kepada keperluan hidup ku, semuanya sempurna. ALHAMDULILLAH YA ALLAH. ALHAMDULILLAH.

Aku juga ingin merakam setinggi-tinggi ucapan TERIMA KASIH buat sahabat sejati ku yang sentiasa berada disisi ku tak kira sewaktu senang mahupun susah. Wahai sahabat sejati ku Omar Safuan Bin Razali keberadaan kau disisi amat diperlukan. Kau banyak memberi inspirasi, semangat, sokongan dan dorongan dalam aku menempuh cabaran liku kehidupan di kotaraya ini. Kau jalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat dan rakan dengan baik sekali. Tidak terbalas segala kebaikan yang kau curahi terhadap ku. TERIMA KASIH, sahabat sejati ku.

Tidak terlepas aku ingin menyampaikan warkah sayangku buat mu, WHK yang aku cintai. Sejak dari mula kita kenali hingga kini, dikau tetap berada dalam hatiku seutuhnya. INSYA'ALLAH, Januari depan genap hubungan kita yang ke-tiga tahun. Ku akan terus menyayangi mu sepenuh hati ku, walau ku tahu, diriku ini terlalu banyak kelemahan. Aku SAYANG kamu.

+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, October 17, 2014

STRESS !!!!!!!!!!!






 HARI NI AKU SANGAT STRESS!! STRESS DENGAN KERJA!! DAH LA NAK DEKAT DENGAN DATELINE CLOSING, BANYAK LA PULAK MASIH TAK SETTLE LAGI!! UUURRRRRGGGGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!




MANAGEMENT BAGI BOOSTER RM2K++, TAPI MASIH TAK DAPAT NAK HIT TARGET!! SUMPAH, AKU TENGAH STRESS SANGAT SANGAT!! 

RASA MACAM NAK MAKI JE SEMUA ORANG!! !! !!



UUUUUUURRRRGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!
+
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, October 9, 2014

ALLAH RINDU TU





"ALLAH RINDU TU"

■ Pernah tak tiba tiba kita rasa sebak ?
■ Pernah tak tiba tiba kita rasa sedih ?
■ Pernah tak tiba tiba kita rasa rindu ? 

Tapi betul atau tidak, tiada siapa antara kita yang tahu mengapa....juga tahu apa sebabnya...

MASHA'ALLAH......... Itu tandanya ALLAH rindukan kita. ALLAH rindukan rintihan doa dan hajat kita kepada-Nya.

Cuba kita imbas kembali, buat seketika, bilakah kali terakhir kita bermunajat sepenuh hati kita pada-Nya dan mencurahkan segala perasaan kepada DIA

Semalam ?
Kelmarin ?
Minggu lepas ?
Tak pernah langsung ?

YA ALLAH........... MASHA'ALLAH........... SUBHANALLAH............

Saudaraku,
Bila tiba tiba kita rasa nak menangis, sebak dan rasa macam tak kena, maka cepat cepatlah ingat akan-Nya. ALLAH sedang rindukan kita.  

Mungkin bila kita dengar nasihat, rasa meruntun sahaja hati kita tu. Padahal tiada satu pun ayat yang menyentuh perasaan kita. Tapi kita berlebih pula rasa sebak. Ya, itulah dia. Itulah rasa yang ALLAH bagi pada kita. 

Cuba kalau............masa kita rasa sedih dan sebak nak menangis, kita cepat cepat pergi bilik air. Cari kepala paip dan buka. Untuk mandi ke? Bukan..........ambillah wudhu'. 

Masa ambil wudhu', hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu' kita. Pasti semakin lebat hujan air mata kita. Sebab apa? Sebab kita akan menghadap ALLAH

Hamparkan sejadah dan solat. Kemudian kita berdoa, mintalah pada-Nya. ALLAH MAHA MENDENGAR. ALLAH rindukan kita tu. Sebab itu ALLAH bagi rasa sedih tu pada kita. 

Nah...............lepas siap kita mengadu, merintih dan berhubung dengan-Nya, mesti rasa lega. Sebab ALLAH sudah dengar rayuan kita. Bersyukurlah kerana ALLAH masih ada untuk kita dan DIA masih rasa sayang pada kita. 

Saudaraku,
Walaupun tiada bahu untuk kita bersandar dan melepaskan rasa sedih, kecewa atau marah, tak mengapa. Kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada ALLAH untuk diadukan segala masalah kita.
Makanya, janganlah bersedih lagi, saudaraku.


.......ALLAH MASIH ADA UNTUK SAYANG KITA.......
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

Monday, October 6, 2014

KIAMAT TIBA !!!




GAMBARAN HARI KIAMAT




Jam 6:00 am kita bangun untuk Solat Subuh, kemudian kita bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Jam 7:00 am, hari masih gelap. Berkemungkinan kita anggap hari akan hujan, maka kita abaikan. Masuk ke pejabat dan terus buat kerja apa yang patut.

Kita jenguk jam, pukul 9:00am masa untuk bersarapan. Keluar sahaja dari pintu pejabat, suasana masih gelap, hitam pekat persis waktu malam. Kita mungkin masih boleh menganggap hari akan hujan lebat, maka kita abaikan sahaja. 

Tapi kalau jam 12:00pm pun hari masih gelap, apakah petandanya itu? Keesokkaanya pun sama, hari gelap sepanjang hari. Bila kita buka televisyen, kita tengok semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya. Begitu juga hari lusanya, masih tiada lagi matahari. 

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari. Tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu adalah fenomena alam. Maka lalai-lah kesemunya. 

Tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat???
Maka telah tertutuplah pintu taubat. Maka mereka yang bertaubat di ketika itu tapi Allah masih belum menerima taubatnya juga tertutuplah pintu taubat buatnya. 

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan mengeluarkan semua harta untuk diinfakkan, golongan yang tidak pernah membaca Al-Qur'an, akan membacanya 24 jam, golongan yang tak pernah bersolat jemaah akan berlari-lari menunaikan solat secara berjemaah. Begitu juga golongan yang tak pernah menutup aurat, akan segera bertudung labuh.

Tapi sayang, segalanya sudah tidak berguna lagi....................

BERMULA LAH DARI SEKARANG.. MARILAH MENUJU KE JALAN ALLAH.. ALLAH TIDAK PERNAH JAUH DARI KITA.. SENTIASA LAH BERAMAL KEPADA-NYA. TADAH LAH TANGAN DAN BERDOA LAH KE HADRAT-NYA..


............Allah panjangkan umur kita sampai ke hari ini supaya kita sempat BERTAUBAT............