TIMBALAN MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SE-MALAYSIA, DATUK HARON DIN |
Dewan Ulama Pas diminta meneliti semula tahaluf siyasi atau kerjasama
dalam pakatan pembangkang sama ada perlu diteruskan atau tidak.
Ketika membuat gesaan itu Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din
berkata, langkah tersebut perlu dilakukan memandangkan setiap hari ada
sahaja fitnah dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, Presiden Pas Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dan semua ahli parti berkenaan.
Sambil menyifatkan Pas berhadapan dengan suasana politik yang gawat,
Haron berkata, meninggalkan pakatan pembangkang adalah jalan terakhir
jika usaha memulihkan keadaan gagal dilakukan.
"Tahaluf berlaku dengan nasihat ulama dengan syarat dan rukun
dipenuhi. Ulama yang sebagai benteng mempertahankan tahaluf, demi
kebaikan Islam dan jemaah serta bukan untuk kebaikan individu.
"Kalau syarat tahaluf telah dilanggar, rukun diroboh, ulama mesti
merenung balik, kalau perlu diteruskan, teruskan. Kalau syarat dan rukun
dirobohkan, ulama mesti memperbaiki dan kalau tak boleh juga, ambillah
contoh dalam perkahwinan, maka talak walaupun talak amat dibenci dalam
perkahwinan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas, di Kulaijaya 17hb semalam.
Tegas Haron, ahli Pas yang memperjuangkan reda Allah, sepatutnya
mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka
hilang.
"Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu
kita perlu berada dalam jemaah," tegasnya sambil meminta semua ahli
untuk bersangka baik dan menganggap fitnah yang disebarkan sebagai
pembohongan yang nyata.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan pemimpin Majlis Syura Ulama tidak
mudah melatah apabila diserang melalui internet dan individu yang tidak
memahami perjuangan Pas.
"Barisan ulama Pas jangan mudah melatah, tidak menyerang balas kerana
perbuatan Itu bukan cara ulama, sebaliknya mereka perlu berlapang dada,
bermuhasabah diri dan memberi nasihat yang ikhlas," katanya.
Haron juga kesal kerana bukan sahaja keputusan Majlis Syura Ulama
biarpun dibuat sebulat suara diperlekehkan malah beliau dikecam apabila
menerima lawatan menteri ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN)
baru-baru ini.
Beliau turut meminta semua ahli Pas supaya patuh dan taat kepada
pemimpin selagi mereka tidak disuruh untuk melakukan maksiat kepada
Allah SWT.
"Inilah punca masalah yang berlaku sekarang apabila ketaatan terhadap
pemimpin itu dipertikaikan. Kita faham dalam konteks syura kehidupan
berjemaah. Syura bukan ciptaan kita, bukan ciptaan Pas, syura adalah
urusan pemerintahan, urusan bermesyuarat," tegasnya.
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment