Saturday, October 20, 2012

SURPRISE FOR MY BIRTHDAY


Bertarikh pada 18hb Oktober yang lepas, aku telah dikejutkan dengan sesuatu yang langsung tidak aku duga. Rakan-rakanku telah membuat satu kejutan sempena hari lahir aku yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Bermula dengan taktik menggunakan KE sebagai umpan membuat aku keluar dari rumah, segala-galanya diatur dengan sangat baik tanpa aku sedari.

KE yang datang dari Ipoh pada hari tersebut, telah meminta aku untuk mengambilnya di KL Sentral. Maka, tepat jam 7.30malam, aku pun memandu ke arah stesen tersebut. Setelah mengambilnya, aku memandu pulang tanpa sebarang syak (dengan lakonan KE yang sangat baik).

Sesampainya aku dirumah, aku mencari Omar untuk memberitahu kehadiran KE. Agak kehairanan melihat Syahir berada dirumah, namun aku masih tidak mengesyaki sesuatu kerana mengagak keberadaan dia hanya untuk lepak bersama.

Tiba-tiba, Omar menarik aku seperti ingin membisikkan sesuatu didapur. Lalu, "Happy Birthday To You....Happy Birthday To You....Happy Birthday To Epol....Happy Birthday To You.........".

Atie, Ijoy, Fozi, Ayie, Naz, Fizi, Akier, Syahir, KE dan dua lagi rakan Ijoy masing-masing mengiringi kek sambil menyanyi lagu Happy Birthday kepada aku.

Fikiran aku terhenti seketika, kerana setelah empat tahun, ini kali kedua aku mendapat kejutan. Aku sangat terkejut dan terkedu. Sangat terharu.

TERIMA KASIH, kalian sahabat-sahabatku.


Terkejut dan Terkedu...

Bersama Syed Syahir...

Memotong Kek yang dihadiahkan oleh Ijoy...

 Selain kek yang dibuat sendiri oleh Ijoy, aku juga mendapat hadiah dari Fozi dan KE.

Hadiah yang sangat cantik dari Fozi...

Hadiah yang sangat comel dari KE...
Sebenarnya, disebalik pelan mereka dalam mengatur kejutan tersebut, ada beberapa perkara yang hampir aku rosakkan tanpa aku sedar. Hahahahaha...!!!...

i- Sebelum bergerak mengambil KE di Stesen KL Sentral, aku bercadang menunggu Omar pulang untuk pergi bersama, namun ditolak. Alasan balik lewat. (Sudah dalam perjalanan pulang untuk menyiapkan persediaan pelan).

ii- Setelah Omar menolak, aku bercadang mahu mengambil Fizi, Akier dan Syahir di Masjid Jamek kerana boleh menemani aku ke KL Sentral. Namun turut ditolak mereka dengan alasan sudah menaiki LRT. (Mereka berada dalam kereta Atie, yang mengambil mereka pulang).

iii- Dalam kereta, KE meminta aku untuk berhenti dimana-mana pam minyak dengan alasan tidak tahan mahu membuang air besar. (Sebenarnya melengahkan masa, kerana Atie belum sampai ke rumah aku, dan persediaan di rumah yang belum lengkap).

Namun, semuanya berjalan lancar dan sangat baik. Aku hampir menangis....!!!!!....

Sekali lagi, TERIMA KASIH, sahabat-sahabatku.. Kalian yang terhebat!!!!!!


""EpOoL De DrAgONiZeR""

UMUR MENGINJAK LAGI

Setelah beberapa bulan, aku tinggal di Setapak, barulah aku tersedar bahawa, aku telah melangkah ke alam yang lebih matang.

Kadangkala, aku termenung sendirian, merenung dimanakah sebenarnya aku berdiri, kerana aku seakan sukar untuk percaya bahawa aku kini sudah menginjak umur 24 tahun.


Terlalu cepat masa ini berlalu. Sesekali pejam dan celik, telah banyak rupanya benda yang berlaku di sekeliling aku. Benarlah kata orang tua, "kita tak akan sedar kita semakin tua sehinggalah kita ini tua". Bukanlah maksudku mengatakan yang aku sudah tua, cuma agak sukar untuk aku menyedari terlalu cepat masa berlalu. Namun itulah hakikat kehidupan kita sebagai insan bergelar manusia.

Semakin tinggi umur kita, semakin banyak ranjau dan dugaan yang akan ditempuhi. Hanya kuat mahupun lemah untuk kita hadapinya menjadi kayu pengukur sejauh mana kematangan kita itu. Begitu jua dengan diriku, yang semakin hari semakin berliku jalan-jalan yang dilalui, demi menuju kejayaan hidup.

Namun, aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana sentiasa membekalkan kekuatan kepadaku terutamanya kala berada dalam kepayahan mencari penyelesaian masalah diri juga kerjaya. Walau apa jua yang berlaku, aku akan tetapkan hatiku pada Yang Satu.

Bersyukur Kepada-Mu Ya Allah
Aku berazam untuk terus maju dalam hidup aku. Semakin umur aku beranjak naik, semakin perlu aku memastikan hidupku terus terjamin dengan kualiti diri yang membanggakan.

Aku akan sentiasa mengingati kata-kata ibuku, "Ibu takkan hidup untuk seribu tahun. Jadi kaulah yang akan atur hidup kau. Kalau ya sekalipun seribu tahun Ibu hidup, Ibu hanya dapat menumpang gembira je". Insya-Allah Bu, anakmu akan sentiasa sematkan pesananmu itu dalam jiwaku.

Sayang Ibu...


""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, August 16, 2012

SALAM 'AIDILFITRI 1433H

1 Ramadhan baru sahaja datang kepada kita. Kini, ia sudah mahu meninggalkan kita.

Persoalannya, berapa banyakkah amalan kita sepanjang Ramadhan? Adakah kita bakal bertemu lagi Ramadhan yang akan datang?

Walau bagaimanapun, kita harus menyambut Syawal yang bakal menjelang 19hb Ogos ini.

Dengan itu, saya ingin mengucapkan "SALAM AIDILFITRI, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN".

Segala kekhilafan, kesalahan dan kesilapan saya yang lalu mohon dimaafkan.



""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, June 29, 2012

New Update : Six Month In Setapak

Salam to all..

It has been a while I hadn't update my blog.. Since that I found it could be worst, only by writing, if we're bounded in a brawl.

Well, since that I left this blog, my life seems empty, my soul seems alone by itself, without a place to express my anxiety heart.

While the time is ticking, without my realize, it has been six months I live in Setapak. Its all begin in January'2012 I moved here, I lefted my beloved office, my home, my village, my childhood place in Meru Town, brought all my soul to Setapak to began new life by my ownself, without any help from my family. At least, I hadn't burden my parents anymore.

In along of living in Setapak, it was colored by 1001 bitter and sweet of life. I was surrounded by Omar, my roomate, Mirul and Emy, newbies housemate since April, and also Feeze and Akhee who were moved-in since middle of May.

Before Mirul and Emy move in, the house were occupied by Adek, Ayie and Achik. Sadly, one by one left me alone, for no such firm reason. But for me, it was a challenge to reached in a way of maturing me well.

Start from Ayie, moved out to be with his adopted brother, followed by Adek who left me to be with his family at Terengganu (sulky to be true). Then, my oldtime adopt brother Syahrul move in but not for long. He left the house right after Mirul and Emy moved in. But before Syahrul left, Achik took place who later left the house after a little brawl with Syahrul and Ayie.

So there, me and Omar who stand still to live in the house. That even after we struggled to pay the rent by sharing on two. Alhamdulillah, now everything is going smooth, firmly and normally. Thank to Allah who gave me strength to survive. Thanks to Omar as well, for keep supporting me. May Allah bless you and your soulmate, Atie. I think that is it for now. I will comeback later for more update. I have a lot of stories to be shared to you guys. May Allah blesses all of us.

 Assalamu'alaikum.. ""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, March 6, 2012

Update : Aku Yang Terbaru

Aku sedang dalam transformasi dalam segala segi..



""EpOoL De DrAgONiZeR""

Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUL RASUL نبي محمد صلى الله عليه وسلم1433 / 2012



Aku dengan rendah hati, rasa bangga ingin mengucapkan SALAM MAULIDUL RASUL buat Junjungan Besar BAGINDA NABI ALLAH MUHAMMAD AL-AMIN SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM yang telah diputerakan pada 12 Rabi'ul Awwal bersamaan 20 April Tahun Gajah.

Mengimbau peristiwa diwaktu kelahiran Baginda Junjungan, berlakunya di Kota Makkah Al-Mukarramah, di mana saat turunnya berita mengenai akan kelahiran seorang putera besar yang akan menyinarkan Islam di Makkah seterusnya seantero dunia, maka Tentera Abrahah dengan Bala Gajah bertindak menyerang Kota Suci tersebut dengan meruntuhkan Ka'abah dan membunuh putera tersebut.


Maha Agung Allah S.W.T. lagi Maha Kaya, maka turunlah Bala 'Ababil yakni burung-burung dari Neraka membawa batu dari kawah ghaib Allah lalu dijatuhkan ke atas setiap tentera Laknatullah Abrahah. 

Maka selamatlah putera yang suci dilahirkan oleh Almarhumah Siti Aminah Binti Wahab. Baginda merupakan anakanda kepada 'Abdullah Bin 'Abdul Muthallib yang wafat sebelum kelahiran Baginda, dan Baginda pernah mendapat ibu susuan bernama Halimatus Sa'adiah setelah ibunda Baginda wafat ketika baginda masih bayi.



Meskipun sebagai yatim piatu, Baginda membesar sebagai seorang kanak-kanak yang cukup disayangi oleh datuknya Almarhum 'Abdul Muthallib, pakciknya Abu Thalib malahan Abu Jahhal sekali.


Sedewasanya Baginda, seorang Nabi Baginda telah diangkat, dan kemudiannya menjadi seorang Rasul Allah serta penghulu sekalian Nabi & Ummat akhir zaman.





""EpOoL De DrAgONiZeR""

Saturday, February 4, 2012

KELAKAR : Kisah Najwa Latif & Guru Disiplin






Cikgu: selamat berkenalan....

Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... :)

Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...

Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P

Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="

Najwa: hati ku rasa sesuatu :P

Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..

Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku

Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(

Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)

Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..

Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...

Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!

Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia

Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...

Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..

Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..

Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo\

Cikgu: otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...

Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda =P

Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...

Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja

Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi

Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni

Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)

cikgu: tak menentu saya di buatnya..

Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......

Cikgu : konfius!!!

Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya

Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii

Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..

Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...

Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...

Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..

Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku

Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..

Cikgu : aku rasa...

Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu

Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?

Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P

Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni...

Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,

Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!

Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...

Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?

Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP

Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu....


LOL :D

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, January 30, 2012

Terima Kasih Atas Ucapan Bahagia *Konongnya

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh..

    UCAPAN TERIMA KASIH

Gua nak ucap terima kasih la banyak2 pada si Putih *walaupun ada pihak yang letih katanya dok maen kaler ajer.. hahaha.. Terima kasih atas ucapan tahniah semoga bahagia yang ditulis melalui blog Beliyau..

Bagi gua la kann, gua dah puas nanges.. Jujur gua kata, gua memang sangat letih dok mengenang nasib jiwa gua, nasib hati gua..

Dulu, Gua perlukan 2 bulan nak berhenti dari terus rasa 'down' sebab putus cinta.. Alih-alih, bila gua dah jumpa dengan sorang insan nih, yang mana gua rasa kan gua dah tak perlu nak carik yang laen, tetiba plak timbul citer pasal Sang Kuku Besi.. Gua pun downstep la.. Berkawan pun takpe.. Pastu, tau-tau berkawan pun tak boleh.. **Memang hebak beto r penangang Sang Kuku Besi or.. 


Mula-mula gua clashed, bulan 3, bulan 5 baru gua dapat bukak hati nak kenal-kenal ngan orang laen..

Last-last, kenal ngan insaniah nih, pun tak dapat nak continue further even as a friend. Gua pun stop talking about that person bulan 10 tahun lepas.

Lagi lama gua menderita beb!! Siang - malam, hidop gua hanya pada komputer, kerja, rumah, solat.. Tu je hari-hari dok berkisar dalam hidop gua. *Nasib baek ada family kat Setapak yang sudi pujok aku.. **Thanks Achik, Che'Uda & Adek..


Memang gua tak nafikan, ujud perasaan sayang.. Tapi, bila gua angkat tangan, angkat bendera putih, gua engat diorang akan bahagia.. Hampas rupanya.. Tak pe la, gua percayakan hukum KARMA..

    CINTA BARU

Memang gua tak nafikan, gua dah temui cinta baru.. Gua betul-betul tak merancang semua ni.. Tapi, bagi gua, memang gua berhak untuk temui satu cinta baru yang betul-betul mencintai dan menyayangi gua.. Dulu, takde sape pun gua bagitau, yang setiap malam gua tertunggu-tunggu mesej dari si dia.. Tapi, hanya hampa..

Cuba bayangkan, apa yang gua rasakan setiap malam!! Menunggu, menunggu dan terus menunggu.. Sakit dalam jiwa ni..!.. (T_T)

Gua boleh ibaratkan gua sama macam watak Izzah dalam Ombak Rindu **Kowt semuanya nak gunapakai perumpamaan Ombak Rindu.. Masa Hariz ngan Mila kahwin, Izzah menangis sorang-sorang kat kampung, dalam bilek.. (Macam tu la gua *Kowt*..) Cuma gua nih jantan.. haha..

So, balik dekat cinta baru.. Memang gua tak plan pun nak ada cinta baru.. Yang shioknya, cinta tu datang kat gua, bukan gua yang carik.. *Remark: DATANG SENDIRI..

Gua jugak mahu orang menyayangi gua.. Bukan hanya gua yang menanti tanpa pasti..................................

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, January 16, 2012

KEMBALI MENCACI!!!!!!!

Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh & Salam Sejahtera kepada yang tak reti nak menjawab salam tuh *non muslim for sure*

Kepada semua pembaca-pembaca blog Si Naga ni..

Aku dah lama diam *mendiamkan* diri... Sebab-munasababnya, biarlah aku yang simpan dalam hati...

Hanya sesetengah dari mereka yang pernah terkait dengan aku je yang tau sebabnya...



Tapi semakin lama aku duduk diam *malas nak charott* semakin sentap pulak aku...

Jadi, aku akan menulis balik dalam blog Naga aku ni, dengan lebih sentapan-sentapan yang menarik...

Tapi, aku tak pernah engkar apa yang aku pernah aku janjikan...

Sape yang engkar..?.. Tumbok dada, tanya "saket tak bhai..?..".. HAHAHA!!!!



***p/s : nk mula prhidopan bawu pn, mula la.. Ad ak keshah..?.. Sbb ko dari dulu da mula da pown.. Aku ni je yang vangang xreti2 nk sedor.. wakaka.. So, ko nk mula, ak pn kna r mula.. Thanks bhaiya!!!!


""EpOoL De DrAgONiZeR""