Setelah beberapa bulan, aku tinggal di Setapak, barulah aku tersedar bahawa, aku telah melangkah ke alam yang lebih matang.
Kadangkala, aku termenung sendirian, merenung dimanakah sebenarnya aku berdiri, kerana aku seakan sukar untuk percaya bahawa aku kini sudah menginjak umur 24 tahun.
Terlalu cepat masa ini berlalu. Sesekali pejam dan celik, telah banyak rupanya benda yang berlaku di sekeliling aku. Benarlah kata orang tua, "kita tak akan sedar kita semakin tua sehinggalah kita ini tua". Bukanlah maksudku mengatakan yang aku sudah tua, cuma agak sukar untuk aku menyedari terlalu cepat masa berlalu. Namun itulah hakikat kehidupan kita sebagai insan bergelar manusia.
Semakin tinggi umur kita, semakin banyak ranjau dan dugaan yang akan ditempuhi. Hanya kuat mahupun lemah untuk kita hadapinya menjadi kayu pengukur sejauh mana kematangan kita itu. Begitu jua dengan diriku, yang semakin hari semakin berliku jalan-jalan yang dilalui, demi menuju kejayaan hidup.
Namun, aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana sentiasa membekalkan kekuatan kepadaku terutamanya kala berada dalam kepayahan mencari penyelesaian masalah diri juga kerjaya. Walau apa jua yang berlaku, aku akan tetapkan hatiku pada Yang Satu.
Bersyukur Kepada-Mu Ya Allah |
Aku berazam untuk terus maju dalam hidup aku. Semakin umur aku beranjak naik, semakin perlu aku memastikan hidupku terus terjamin dengan kualiti diri yang membanggakan.
Aku akan sentiasa mengingati kata-kata ibuku, "Ibu takkan hidup untuk seribu tahun. Jadi kaulah yang akan atur hidup kau. Kalau ya sekalipun seribu tahun Ibu hidup, Ibu hanya dapat menumpang gembira je". Insya-Allah Bu, anakmu akan sentiasa sematkan pesananmu itu dalam jiwaku.
Aku akan sentiasa mengingati kata-kata ibuku, "Ibu takkan hidup untuk seribu tahun. Jadi kaulah yang akan atur hidup kau. Kalau ya sekalipun seribu tahun Ibu hidup, Ibu hanya dapat menumpang gembira je". Insya-Allah Bu, anakmu akan sentiasa sematkan pesananmu itu dalam jiwaku.
Sayang Ibu... |
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment