Monday, September 19, 2011

KHAS BUAT AIBA & KEKANDA HATINYA

"AIBA"

Kamu merupakan insan yang telah mewarnai hidupku tanpa ku duga dan ku paksa. Biarpun baru berusia tiga bulan perkenalan, aku dapat merasakan sesuatu tentang talian yang wujud di antara kita.


Tika datangnya dikau, hatiku yang remuk berubah gilap. Tergilap dengan segala keceriaan hati yang kau kongsikan bersamaku. 

Aku lihat dan ku renung jauh ke dasar langit, terbuah dalam fikir layangku, sepanjang perkenalan kita, tidak pernah pun sekali-kali kita melanjurkan diri, apatah berbuat onar. Lalu, sejenak terdetik di denyut hati, "mesti ada sesuatu yang istimewa di antara aku dan dia". 

Di dalam aku mendayung bahtera kekeluargaan aku bersama adik kesayanganku, kehadirannya ke dalam hidupku sedikitpun tidak menjejaskan hubunganku dengan adik. Malah, setelah aku memperkenalkan kau kepada adik, hubungan kau dan adik menjadi akrab. 

Aku sangat gembira dan merasa bertuah.


Namun, semuanya berubah tatkala hari berdetik ke tarikh16 September.

Dikala rakyat Malaysia bersorak menyambut Hari Malaysia, ku mendapat perkhabaran yang kau sedang berantakan dengan kekanda hati kau.


Tika itu, aku menjadi buntu. Aku menyalahkan diriku kerana telah menyebabkan hubungan kau dan si kekanda hati kau itu bercakaran. 

Keesokan harinya, ku datang padamu. Dengan harapan, dapat aku meluahkan kesedihan pada engkau. Namun, aku yang seharusnya melemparkan airmataku, terpaksa ku seka justeru terpandang wajahmu.

Di saat kau melangkah longlai menghadap ku, ku lihat airmata mu berjujuran rebah ke bumi. Ku kesat airmata mu, ku tenangkan fikiran mu, agar dapat kau jelaskan satu persatu apakah situasi sebenar yang melanda hatimu.


Setelah mendengar segala, aku terdiam. 

Aku bisu.

Aku merasa terharu dan kasihan terhadap dirimu. Apakah dugaan yang engkau hadapi ini? Tidak mengapa, AIBA. Aku akan terus berada dibelakangmu, sentiasa menyokongmu walau dimana jua kau berada.

Aku telah menasihatimu, agar tidak kau sesekali merosakkan hubungan kau dengan kekanda hatimu. Bagiku, dia telah banyak membantumu, juga telah dahulu mengenali dirimu.

Aku hormati kekanda hatimu.

Kepada Kekanda Hati AIBA, dengarlah, kanda.

Ku tidak akan sesekali merampas apa yang pernah kanda miliki, jauh sekali memutuskan tali persaudaraan yang telah terjalin tuk sekian lamanya itu. Fahamilah kanda, kehadiran aku dalam hidup AIBA atas kekecewaan aku dan juga kekecewaannya. Kami masih didalam proses mengenali hati dan budi. Langkah kami masih jauh. Aku tidak akan sekali-kali melukakan hati kanda, yang aku sedia maklum, telahpun robek. Anggaplah kehadiranku ini sebagai seorang adikmu, yang ingin berkongsi kasih dalam keluarga kanda.

Buat AIBA, jagalah hati Kanda Hatimu itu dengan sebaiknya. Berilah sinar buatnya. Aku percaya, kecerahan sinar akan menjelma jua, dengan berkat kesabaran.


PERCAYALAH.....

""EpOoL De DrAgONiZeR""

7 comments:

ed.izuan.ahmad said...

maafkan daku....

Unknown said...

tiada apa yang perlu dimaafkan.. segalanya merupakan perjalanan yang harus ditempuh. tempuhilah dengan tabah, jangan sekali-kali kita lupakan tuhan.

ed.izuan.ahmad said...

berkata memang senang...
tapi yang menanggung rasa dalam hati ini hati ini?
tak semua orang tahu...
apa tah lagi untuk memahaminya..

Unknown said...

oleh sbb itulah, org trus brada d cni dn trus mnyokong kamu dr blakang.. org tak mau segalany berantakan dn punah, lantas hati masing2 tidak tenteram.. org mahukn kedamaian ^_^

ed.izuan.ahmad said...

betuL ke awak rasa damai sekarang?
benar ke awak rasa tenteram sekarang?
sungguh ke apa yang awak kata kan ni?

Unknown said...

tidaklah saya mngatakan bhw saya mrasa damai kini, tp ap yg kte smua mahukn adalah kdamaian.. oleh itu, sy sudah brkorban sdikit sbyk demi kdamaian itu.. hny tggal pihak satu lg saje yg prlu mmbuka sdikit ruang agar tiada lg masalah membelenggu.. itulah kunci kdamaian..

ed.izuan.ahmad said...

pihak yang satu lagi tuh, adakah saya yang dimaksudkan?