20 April depan akan berlangsung inkues kematian Teoh Beng Hock di mahkamah. Dr Pornthip kata dia nak datang, tapi sebab tekanan dari kerajaan Malaysia dia tak jadi datang sebab dihalang dan tak bergerak bebas nak buat kerja.
Kesian pulak kat Dr Siam tu. Datang berjemput, balik berhantar, tapi kerja tak selesai atas alasan ada tekanan dari banyak pihak menyebabkan dia tak boleh nak buat kerja.
Cuba tengok, kesian kat Mendiang Teoh sebab kes kematian dia tak habis-habis disiasat lagi. Kerajaan negeri tuduh tu, tuduh ini, kata dia mati dibunuh, didera, ditolak sampai mti dari tingkat 15. Siap upah pakar dari Thailand lagi untuk siasat mendiang. Yang kerajaan pulak, tak habis-habis cakap dia mati sebab bunuh diri, tertekan oleh kerana menyimpan banyak 'rahsia' kerajaan negeri.
Apa-apa pun, kepada keluarga Teoh harap bersabar banyak-banyak. Anda kehilangan anak tercinta, anda dapat cucu. Jadi, jagalah anak-cucu anda sebaik-baiknya dan sayangilah mereka. Jangan sampai mereka jadi mangsa politik lagi.........
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment